" Rei, kenapa tak siap lagi. kan nak dinner" kata Murni sambil meletakkan pin pada shawl biru air yang dipadankan dgn blouse putih.
Dari pantulan cermin dihadapanya dia melihat Reihana mneggelengkan kepala sambil mengatakan dia tidak mahu turut serta.
Murni segera berpaling sambil bertanya kenapa. Jawapan Reihana mudah, dia tidak lapar dan ingin istirahat sahaja. Maklum Reihana langsung tidak tidur sepanjang perjalanan.
Murni akur. Murni keluar dari bilik tanpa sebarang kata. Wajahnya sedikit muram.
****************************************************************************
Restoran di Resort Pelangi Island separuh bahagian dindingnya adalah kaca yang memperlihatkan pemandangan laut malam. Di bahagian luar dinding kaca memiliki koridor yang berlantaikan marmar hitam dan pagar yang menjadi penghadang daripada jatuh ke dalam laut dililit oleh Porana volubilis . Sejenis bunga menjalar berwarna putih dan berbau wangi. bunga-bunga putih ini menyerikan suasana malam di tambah pula dengan hiasan lampu lampu yang berwarna warni. Ramai pasangan akan bergambar untuk menyemat memori indah di sini.
Makan malam ini ada pelbagai sajian yang mennggoda. Menu makan malam ini bertemakan western. Tapi ada satu tarikan tentang sajian yang disediakan di Pelangi Island Resort, semuanya dihidangkan beserta informasi tentang kalori makanan tersebut. Ini memudahkan untuk mereka yang sedang berdiet atau mengamalkan kehidupan sihat memilih menu makan malam.
Mereka rambang mata dengan aneka pilihan makanan dan yang lebih mengujakan apabila ada sesetengah sajian di masak depan mata. Aroma daging yang di panggang membuat semua meneguk air liur. Mereka memilih meja panjang yang berdekatan dinidng kaca untuk menikmati pemandangan malam laut. Langit malam ini diserikan dengan kerdipan bintang-bintang dan cahaya bulan. Jika bertuah anda akan melihat seekor dua kunang-kunang atau rama-rama yang sesat.
Zahir, Ilyasak dan Fadh duduk membelakangkan cermin. Sesekali Zahir dan Fadh menjeling ke arah dinding yang tergantung lukisan-lukisan yang mengaggumkan. Zahir yakin lukisan ini bukan cetakan tapi karya asli pelukis kerana ada nama pena di setiap hujung kiri lukisan. Sempat juga Zahir mendekati lukisan itu ketika sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan pilihan hati. Kagum benar dengan pelukis yang bernama Han. Lukisan ini bukan calang-calang orang boleh hasilkan, sangat detail sehingga lukisan itu seakan-akan pemandangan sebenar. Restaurant ini bukan sahaja bagaikan istana kerana dipenuhi dengan hiasan keemasan dan ukiran mewah tetapi bagaikan sebuah muzium lukisan juga.
Masing-masing asyik bergambar terutamanya Nina, Nita, dan Tikah.
"Oh my God!, so cantik. so beautiful, I am amazed!" kata tikah yang mengagumi keindahan pemandangan langit malam.
"Yes, the food are amazing too! Kene sangat dengan interior design ni. Rasa macam dalam istana!" kata Nita dengan lenggok gedik, acah acah seorang puteri sambil mengambil swafoto berlatarbelakangkan chandelier yang bersadur emas yang dihiasi dengan permata bergemelapan. Gambar yang memeperlihatkan kemewahan makan malam ini segera di upload di instagram dengan caption, "Like a princess, thank you sayang." emoji bibir merah dan ig illyasak di tag bersama.
Murni hanya sesekali sahaja menyertai mereka. Murni tak mampu untuk benar-benar menikmati makan malam ini. Dia bingung memikirkan sikap dingin Reihana. Dia tidak tahu dimana silapnya. Dia yakin Reihana sedang menyembunyikan sesuatu dan pastinya ada kaitan dengan resort ini. Sejujurnya dia tidak kisah jika Reihana tak mahu menceritakan apa-apa tetapi sikap dingin Reihana buat dia merasa serbesalah. Seakan-akan Reihana menyalahkan dirinya kerana dia terpaksa ke resort ini, lantas bersikap dingin terhadapnya. Murni sangat benci apabila dia merasa bersalah.
YOU ARE READING
Demi Janji
Roman d'amour"Semua mampu berjanji tapi mampukah kau untuk tunaikan janji itu. Sejauh manakah kau sanggup berkorban demi mengotakan sebuah janji." Mengisahkan tentang Hawa Reihana yang masih bujang dan dilabel cerewet dalam mencari jodoh. Gadis ini memiliki pers...