Bab 6: Pelangi Island

35 0 0
                                    

"Murni, macam mana Rei nak ikut tak? I nak confirmkan dengan Ilyasak ni?"

Pertanyaan daripada Fadh seminggu lalu buat otaknya tepu untuk memujuk Rei agar turut serta dalam percutian ini. Perkahwinannya hanya ada masa sebulan sahaja lagi jadi Murni mahu menggambil peluang ini untuk bercuti bersama Reihana dan sahabat yang terlibat dalam majlis perkahwinannya nanti. Murni mahu semua rakan-rakan yang terlibat bersuai kenal agar wujud chemistry antara mereka, dengan itu majlis pasti akan lebih menyeronkan.

Rei yang kaki melancong pasti tak akan melepaskan peluang untuk turut serta tapi entah mengapa kali ini Reihana tidak mahu sertai percutian ini. Reihana menolak tanpa alasan kukuh.

"Kenapa kau tak nak join? Ni kan ala-ala bachelorate party untuk aku dan Fadh?"

"Sorry Murni, not this time." Reihana membalas selamba sambil meneguk air mineral di meja kopi yang terletak di ruang tamu rumah.

"Why? Kalau kau bagi aku alasan kukuh, aku akan terima. Rei tempat tu pasti best gila, bukan senang tau nak book chalet kat situ, selalunya orang kaya je yang datang kawasan pulau yang agak private macam tu. Ni kebetulan kawan Fadh kerja di chalet itu. Dia dapat book 4 bilik untuk kita dengan harga special." Murni masih gigih untuk memujuk Reihana. Dia merasakan Reihana sepertinya sedang mengelak darinya tapi dia tak peduli, Reihana harus turut serta.

"Aku dah pernah pergi lah Pelangi Island tu. Biasa je tak menarik sangat pun." selamba Reihana membalas.

"So, kalau dah pernah pergi sekali pun kau tak nak join plan aku ni? Kau tak nak raikan akulah hanya sebab kau dah pernah pergi. Fine, aku ingat kau ni sayang and care tentang aku tapi kau selfish kan?" tak bermaksud begitu, tapi sengaja Murni mahu membakar jiwa Reihana agar Reihana mengubah fikirannya untuk turut serta.

"Murni, aku rasa lebih baik aku tak join korang. Kau lupa kau pernah cerita tentang kawan-kawan kau mengumpat pasal aku dekat kau. Mereka kata aku ni cuba rampas Fadh dari kau?" Reihana mengingatkan Murni apa yang terjadi ketika Murni keluar makan malam bersama kawan-kawannya. Kebetulan salah seorang daripada kawan murni terserempak dengan Reihana yang sedang menemani Fadh di butik perkahwinan. Maka kawan itu mulalah bercerita tentang hal itu sehingga timbul salah faham antara kawan-kawan murni dengan Reihana.

"Apa kau nak risau, aku yang suruh kau teman Fadh, kau tak nak pun pergi, aku yang merayu kat kau. Tak perlu risau, aku percaya kau Rei, so please join us." Murni memegang tangan Rei dan matanya yang berkilauan menatap sayu mata Reihana dengan harapan Reihana akan terpujuk.

"Ish kau ni. Yelah I follow." Tak sampai hati, Reihana akhirnya bersetuju. Jauh disudut hatinya dia hanya berdoa dia akan terus kuat.

Pelangi Island merupakan satu tempat yang menyimpan sebuah sejarah indah dalam hidup Reihana. Pelangi Island merupakan sebuah Pulau yang kurang dikenali tetapi saujana mata memandang. Kebersihannya masih terpelihara. Memang cantik. Dek kerana itulah tempat itu menjadi tempat utama yang akan Reihana kunjungi setiap tahun bersama orang-orang tersayang. Sejak empat tahun lalu Reihana sudah tidak lagi pergi ke situ kerana pasti sejuta memori akan berputar semula.

******************************************************************

Pukul 4.30 pagi tadi, dua buah kereta meluncur dijalan raya. Perjalan ini memakan masa lebih 5 jam untuk tiba di pulau itu. 4 jam menaiki kereta dan satu jam menaiki boat. Sebuah kereta dinaiki oleh kawan Murni, Tikah dan dua orang sepupu Murni, Nina dan Nita serta Illyasak kawan Fadh. Sementara sebuah lagi kereta dipandu oleh Fadh dan ditemani Murni, Reihana dan Zahir.

Murni dan Zahir masih lena, sementara Reihana tak mampu memejamkan mata. Bukan tak percaya akan pemanduan Fadh tetapi keresahan hatinya telah terasa sejak dia memaksa diri untuk turut serta dalam percutian ini.

Demi JanjiWhere stories live. Discover now