Ding! Dong!
Berkali-kali locong bergema di ruang tamu rumahnya. Reihana yang masih bertelekung bingkas bangun sambil mempersoalkan siapakah manusia yang tak reti bersabar dan telah mengganggu ketenangan jiwanya yang baru selesai mengerjakan solat Isyak.
"Siapa?" soal Reihana kuat. Tiada jawapan. Hanya loceng sahaja yang memekik.
"Siapa tu? Nak ape ye? Kalau tak cakap, I ignore" sekali lagi Reihana menyoal.
Maklumlah sekarang ini banyak kes-kes jenayah. Hendak pula sekarang ini dia tinggal sendirian di rumah. Meskipun ada kawalan keselamatan tapi siapa tahu, orang nak buat jahat ni banyak akalnya. Reihana memang sangat mementingkan keselamatan dan kesihatan. Reihana pasti akan berpesan macam-macam kepada adiknya, emak, ayah dan orang-orang yang dia sayang supaya sentiasa jaga keselamatan, pastikan rumah sentiasa kunci, jangan mudah percaya orang, elakan makanan masin-masin, kurangkan gula, banyakan minum air putih dan macam-macam lagi. Kadang-kala naik jemu orang-orang itu mendengar tapi itulah bukti kasih dan sayang Reihana. Jika orang itu bukan siapa-siapa dia pasti tak akan bebel seperti itu. Hanya kawan-kawan terdekat, ahli keluarga, Zahir dan Murni yang pernah mendengar ribuan pesanan penaja kecuali Fadh. Dia belum pernah mendengar ribuan pesanan penaja daripada Reihana. Dia hanya pernah mendengar keluhan Zahir dan Murni sahaja yang mengadu selepas mendengar pesanan penaja Reihana.
"Fadh." Manusia tak penyabar akhirnya bersuara selepas di ugut kerana khuatir Reihana tidak akan membuka pintu.
"Huh?" Reihana hairan.
"Dah kenapa pula dia datang ni. Malam-malam macam ni?" Reihana mengomel di dalam hati. Reihana membuka pintu. Mata mereka saling bertentangan.
"Fadh? Ada apa malam-malam cari aku ni?" Tanya Reihana. Belum sempat Fadh menjawab Reihana meletakan jari di bibir sebagai isyarat diam. Kedengaran suara kanak-kanak menghampiri rumah. Reihana yakin itu pasti anak-anak jirannya.
Reihana segera menarik Fadh masuk ke dalam rumah. Fadh yang terkejut masuk ke dalam rumah tanpa membuka selipar. Fadh bengang apabila kepala Fadh dan Reihana terhantuk akibat kelam kabut Reihana yang meminta Fadh untuk masuk.
Aduh! Fadh menggosok-gosok kepala yang terhantuk.
Ops! Reihana menutup mulut apabila melihat Fadh terhantuk. Segera dia mengusap dahi lelaki itu dan menyatakan maaf berulangkali dengan berbisik. Fadh menepis tangan Reihana. Reihana menggetap bibir. Dia rasa bersalah tapi dia rasa terhibur melihat gelagat lelaki itu yang kesakitan. Mengapa? Entah, mungkin syaitan sedang menggeletek hatinya.
"Kau ni kenapa?"ujar Fadh yang masih bengang. Matanya melihat dahi Reihana yang mula memerah tetapi Reihana langsung tak menunjukan reaksi sakit. Bukan terhantuk sikit tetapi kuat juga kepala mereka terhantuk. Atau mungkin ke kepala dia yang lembut sangat sampai terasa sakit sedangkan Reihana baik-baik saja.
"Dia ni tak rasa sakit ke? Kuat kot terhantuk tadi. Kepala aku yang lembut sangat ke? Aaa ni mesti kepala dia ni yang diperbuat daripada batu agaknya." omel Fadh didalam hati. Reihana mesih menggetap bibir menahan geli hati.
"Sorry Fadh. Aku tadi terdengar suara anak-anak jiran depan rumah ni. Aku rasa mereka baru balik dari kelas tambahan tu. Aku takut nanti Abang Man dan Kak fiza nampak kita berdua. Nanti apa pula mereka cakap." ujar Reihana perlahan. Kak Fiza baik orang nya tetapi kadang kala terlebih sangat mengambil berat. Anak-anak Kak Fiza juga rapat dengan Reihana kerana ada masanya Reihana mengajak Rian dan Rasya menemaninya pada hujung minggu sambil si kecil yang berusia sembilan dan lapan tahun itu melakukan aktiviti seni atau pun memasak bersama Reihana.
"What? Ooo kalau orang nampak kite berdua kau risau apa orang akan cakap? Yang kau bermesra dengan lelaki lain, peluk lelaki lain sesuka hati, Kat tengah orang ramai pulak tu! Tak risau pulak! Tak fikir pulak ape orang cakap! Tak malu pulak!" Marah Fadh. Suara Fadh yang tiba-tiba meninggi membuatkan Reihana segera meminta dia memperlahankan suara . Namun Fadh tidak peduli lalu Reihana menutup mulut lelaki itu dengan tapak tangan.
YOU ARE READING
Demi Janji
Roman d'amour"Semua mampu berjanji tapi mampukah kau untuk tunaikan janji itu. Sejauh manakah kau sanggup berkorban demi mengotakan sebuah janji." Mengisahkan tentang Hawa Reihana yang masih bujang dan dilabel cerewet dalam mencari jodoh. Gadis ini memiliki pers...