Bab 7: Rumah Kaca

43 0 0
                                    

"Bang aji, ape khabarlah anak kite si Fadh tu. Dah lama die tak telefon. Terakhir telefon minggu lepas."

"Semalam ada dia telefon, tapi awak tengah sibuk membawang dengan si Bedah tu." Kata Encik Azlan kepada isterinya Puan Zuraini.

"Lah... kenapa tak cakap. Saya nak tanya dia apa lagi yang belum selesai. Majlis kahwin dah tak lama. Risau saya." kata si isteri.

"Toksahlah awak nak risau. Pandailah mereka uruskannya. Semalam awak borak dengan si Bedah tu tak tanya dia ke? Mesti Murni ada cerita pada ibunya itu." balas si suami sambil membelek pokok bonsainya.

Encik Azlan memang penggemar bonsai, dia bukan sahaja membuat koleksi bonsai tetapi juga mahir dalam seni bonsai. Namun, tiada seorang pun anaknya yang ada minat sepertinya. Anak perempuan lebih gemar bersolek dan yang lelaki lebih gemar memancing dan bersukan. Barangkali kerana mereka masih muda.

"Yelah bang, terlupa nak tanya. Semlam tu kami borang tentang cucu Nek Limah yang dah lama kat KL tu tapi tak balik-balik jenguk nenek die. Rupa-rupanya dah kawin dengan anak orang kaya." 

Puan Zuraini dia sangat bersyukur, keenam-enam anaknya meski sudah dewasa dan ada yang telah bekerja jauh di negeri orang, mereka masih tak lupa akan kampung halaman. Sebulan sekali pasti akan pulang. Jika tidak pun, dia dan suami sendiri pergi melawat cucu-cucunya di rumah mereka. 

Dia meletakan air kopi dan kuih bakar di atas meja batu. Minum petang untuk si suami. Namun, mulut terus-terus bercerita kisah sedih Nek Limah dan cerita-cerita sensasi yang di bualkan bersama bakal besannya semlam kepada Encik Azlan. Diselang seli kisah anak-anaknya sambil menemani si suami yang khusyuk mengemaskan pokok-pokok bonsai.

*************************************************************************

Anging yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sangat mendamaikan. Tetapi buat Reihana dirinya terasa seram sejuk sejak dia melangkah masuk di pintu gerbang Pelangi Island Resort. 

"You are Miss Reihana right?" soalan itu diulang kerana Reihana masih belum memberi riak balas.

Soalan itu mula menarik semua mata disekelilingnya. Perlahan- lahan Reihana berpaling ke arah suara tadi, lantas mengukir senyuman. Dia cukup kenal lelaki berambut putih itu, Hallem. 

"Hallem, hai." balas Reihana sambil mengangkat tapak tangan untuk melambai namun terasa kekok. Segera di menurunkan tapak tangan.

"Oh my God! I can't belive this!" 

"Kak Mem look who's here!" Hallem menjerit memanggil wanita di kaunter 'receptionist'.  Wanita yang berusia hampir separuh abad itu lengkap dengan sepersalinan suit putih dihiasi dengan butang berwarna emas melambangkan pangkatnya di situ. Wanita yang tadi hanya memerhati dari jauh segera berlari anak mendekati Reihana dan terus memeluknya. Dia meluahkan rasa rindu pada Reihana ditemani genangan air mata. 

Mereka berdua sangat terkejut dan tak menyangka mereka akan bertemu Reihana sekali lagi setelah lima tahun berlalu. Pada mulanya mereka mengenali Reihana sebagai tunang Adam Maliki. Sifat Reihana yang lambat untuk mesra memberi tanggapan bahawa Reihana seorang yang sombong di mata mereka tetapi ternyata mereka silap setelah mengenali Reihana. Reihana seorang yang periang, baik hati, berkawan tanpa mengira latar belakang, dan berbudi bahasa. 

Mereka sudah 15 tahun bekerja dengan Pelangi Island Resort. Bermula sebagai pekerja biasa kini Kak Mem adalah Manager sementara Hallem merupakan Assistant Manager. Mereka berdua pada mulanya ditugaskan untuk melayan dan membantu Reihana sepanjang penginapannya di resort ini. Namun begitu,  kecekapan dan ketulusan dalam melaksanakan tugas serta rekomendasi dari Reihana, perlahan-lahan mereka mendapat kepercayaan pemilik resort ini yang merupakan ibu angkat Reihana. 

Demi JanjiWhere stories live. Discover now