Bab 13: Kembali

45 0 0
                                    

Sejauh mana pun aku melangkah pergi, Setinggi manapun aku daki, seluas apapun lautan yang aku layari, kepada mu pasti aku kembali.

Para penyokong mula memenuhi stadium untuk menonton perlawanan persahabatan antara dua pasukan hoki. Oleh kerana ini hanya perlawanan persahabatan, hanya peminat tegar hoki dan pasukan sorak yang menonton. Stadium itu tidak sesak berbanding hari perlawanan sebenar. Namun penyokong bagi ke dua-dua belah pasukan boleh tahan ramainya. 

Pasukan Acad mengenakan jersi berwarna biru diraja dan seluar putih yang menjadi warna tema kumpulan itu . Barisan penyokong pasukan Acad masing-masing mengenakan baju berwarna putih yang memiliki logo beruang kutub sebagai logo pasukan mereka. 

Sementara, pasukan lawan memakai jersi berwarna merah dan berseluar hitam. Penyokong mereka mengenakan baju hitam dan logo kumpulan disulam menggunakan benang merah yang berkilat. Logo harimau bintang yang bengis itu terpampang besar di bahagian belakang baju penyokong sehingga mampu menggerunkan pasukan lawan. 

Pasukan ini meskipun terdiri daripada mereka yang bermain sekadar memenuhi masa lapang tetapi memiliki penyokong yang sangat ramai kerana kehandalan mereka. Wajah pemain yang kacak-kacak belaka juga  menjadi sebab utama pasukan ini memiliki penyokong perempuan yang ramai dan aggressif. Ramai gadis-gadis muda yang sanggup berdandan meskipun duduk dibawah panas mentari dengan harapan dapat memikat hati pemain dalam pasukan ini.  Selain wajah yang tampan dan hebat bermain, pemain-pemain pasukan yang dikenali sebagai Fiery Cheetah ini masing-masing memiliki latar belakang yang hebat dalam erti kata lain,kaya-raya.

Fadh dan Zahir mula menggambil tempat duduk. 

"Uish, Gerun aku tengok penyokong Cheetah ni." kata Zahir sambil menyumbatkan segenggam popcorn kedalam mulutnya. Matanya leka melihat kumpulan-kumpulan penyokong berbaju hitam yang bebas duduk dalam kelompok masing-masing. Begitu juga penyokong berbaju putih, mereka duduk berkelompok bersama sepanduk masing-masing.

Fadh dan Zahir memilih tempat duduk yang dekat dengan tangga agar mereka mudah untuk keluar yang terletak di barisan ketujuh dari hadapan. Mereka duduk bersama penyokong - penyokong yang berbaju putih sama seperti mereka.  Sementara tempat duduk di sebelah kiri mereka yang dipisahkan oleh tangga di penuhi oleh mereka yang berbaju merah. 

Sedang Zahir ralit melihat beberapa orang gadis sedang menconteng wajah mereka dengan lipstik merah dan hitam di pipi mereka, tanpa sengaja Zahir terpandang seorang berbaju hitam tetapi logo cheetah itu disulam dengan benang emas  berbeza dengan yang lain. Dia mula bergerak kedepan dan belakang untuk melihat jika ada orang lain memakai baju berlogo cheetah yang disulam benang emas sama seperti penyokong yang duduk di barisan ke tiga dari hadapan, tapi hanya dia sahaja yang berbaju itu. Gadis itu duduk agak terasing daripada penyokong yang lain. Dua tempat duduk di bahagian kiri dan kanannya kosong.  Dia sendirian. 

"Oi! kau dah kenapa. Duduklah diam-diam." Tanya Fadh yang mula terasa rimas dengan Zahir yang dari tadi bergerak-gerak sehingga mengganggu pandangannya.

" Tu, kau tengok tu baju dia tak sama doh dengan orang lain." Zahir membalas dengan wajah teruja. Sulaman benang emas itu membuatkan si pemakai kelihatan gah meskipun hanya dari belakang.

Fadh memandang. Entah kenapa matanya lebih tertarik pada topi gadis itu. Seperti dia pernah lihat topi itu. Topi hitam yang mempunyai sulaman benang emas berlogo kepala harimau bintang dan di apit oleh Huruf 'A' dan 'M'. Berkerut dahinya cuba untuk mengingati dimana dia pernah lihat topi itu. 

"Hawa Reihana!" terpacul dari mulut Zahir. Sepantas kilat memori tentang topi itu menerpa kedalam ingatannya. Topi itu milik Reihana. Ya, dia pernah melihat gambar Reihana memakai topi itu bersama seorang lelaki yang juga memakai topi yang sama cuma berbeza huruf yang tersulam sahaja berbeza di dalam rumah kaca  ketika di Pelangi Island. Namun wajah lelaki itu tak kelihatan, potrait itu hanya memaparkan sebahagian sahaja wajah lelaki itu tapi Fadh yakin mereka berdua begitu gembira ketika potrait itu diambil.

Demi JanjiWhere stories live. Discover now