" Kalau mendung hitam sudah di atas kepala, jangan larang hujan turun ke bumi,
kalau angin bertiup kencangnya, jangan larang daun daun kering berguguran,
kalau senyummu selalu mekar dalam hatiku, jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu."
- KH. D Zawawi Imron -
Semenjak tinggal di rumah ini bersama Reihana, Fadh tak pernah mengukir senyuman apatah lagi mahu berkata-kata. Yang terukir hanya riak wajah masam dan marah. Seminggu telah berlalu, Fadh masih tak boleh terima Reihana tinggal di rumah ini bersamanya. Benci betul dia melihat wajah Reihana. Kerana masalah peribadi Reihana yang entah apa-apa itulah menjadi penyebab mereka harus tinggal disini. Sedangkan rumah ini untuk dia dan Murni. Dia telah bercadang, jika dia berjaya pujuk murni untuk kembali padanya, dia akan ceraikan Reihana kerana dia tidak akan mungkin mencintai perempuan ini.
Setiap hari Reihana akan menyediakan sarapan pagi sebelum pergi kerja namun tak pernah sekali pun Fadh menjamah. Pernah sekali Reihana mengajak Fadh untuk bersarapan bersama tapi hanya kemarahan dan makian sahaja yang diterima. Marah Fadh masih belum reda.
Semalam, Reihana membekalkan sarapan pagi untuk Fadh atas permintaan Zahir. Reihana menghantar bekal ke pejabat Fadh tetapi apabila pulang dari rumah Fadh memarahi Reihana.
"Kau memang sengaja ke nak orang tahu kau tu isteri aku! Then orang cakap aku yang curang dengan Murni?" marah Fadh dengan bengis sambil melemparkan bekal tupperware yang dipulangkan oleh Zahir ke arah Reihana.
Fadh menduga Reihana sengaja mahu orang sekitar tahu akan perkahwinan mereka. Bagi Fadh Reihana telah melanggar janji mereka yang perkahwinan ini harus menjadi rahsia. Maka meluap-luaplah rasa marah Fadh ketika itu. Oleh itu,sejurus menerima bekal, Fadh terus membuang bekal itu ke tong sampah apabila mendengar nama Reihana.
Zahir ketika itu melihat tindakkan Fadh, rasa marah benar tapi dia hanya berdiam kerana tak mahu masuk campur urusan rumah tangga Fadh. Zahir tak mahu menegur Fadh, dia mahu ini akan menjadi memori yang akan membuat Fadh menyesal satu hari nanti.
"Bukan macam tu lah." Reihana membalas.
"Zahir call aku pagi tadi ajak aku breakfast. Dia cakap dah lama tak breakfast dengan aku. tapi aku kata tak nak sebab dah masak nasi goreng untuk bawa bekal pergi office. Hari ni kat office aku ada buat potluck. Then Zahir tanya ada lebih tak, dia nak sikit. Zahir pesan buat dua bekas sebab tak nak share dengan kau. Kalau share nanti tak puas katanya. Aku ingat memang kau nak juga nasi goreng tu. Tu yang aku bekalkan. Tu lah ceritanya. bukan aku sesuka hati nak kirim bekal untuk kau. Tak kuasa tahu tak." Balas Reihana dengan memek muka sedikit marah dan berlalu pergi.
Fadh terdiam mendengar penjelasan Reihana. Namun dia ego, tak mahu mengaku akan kesalahannya dan terus berlalu pergi.
"Orang tak sudi buat ape nak terhegeh-hegeh." Omel Reihana sambil mengambil bekas tadi untuk dicuci. Langkahnya terhenti apabila teringat bekas ini sepatutnya ada dua.
"Mana satu lagi bekas?" tanya Reihana kepada Fadh dengan selamba.
"Dah buang." Balas Fadh yang sedaing menaiki anak tangga untuk naik ke bilik.
"What? Buang?" tinggi nada Reihana.
"Weiiii kalau ye pun tak nak makan, tak payahlah buang bekas tu. Mahal tahu tak bekas tu! dah lah limited edition. Ish! becilah!" rajuk Reihana dan terus melangkah ke dapur apabila fadh terus berlalu pergi tanpa rasa bersalah.
Fadh melihat Reihana hanya dari ekor mata saat menaiki tangga menuju ke bilik. Bengang! Kalau sebelum ini masih ada rasa kasihan, rasa serba salah jika dia marah-marah, masih ada niat untuk berbaik tapi kali ini hati dan fikirran Fadh telah dikuasi benci dan marah, hanya kerana Reihana tinggal di rumah yang seharusnya di diami oleh cinta hatinya, Murni Afiqa.
YOU ARE READING
Demi Janji
Romansa"Semua mampu berjanji tapi mampukah kau untuk tunaikan janji itu. Sejauh manakah kau sanggup berkorban demi mengotakan sebuah janji." Mengisahkan tentang Hawa Reihana yang masih bujang dan dilabel cerewet dalam mencari jodoh. Gadis ini memiliki pers...