"Pernikahan adalah sebuah perjanjian tetapi ia bukan perjanjian biasa yang boleh dibuat main-main seperti bercerai sesuka hati. Penikahan ialah Mitsaqan Ghalidza yang bermaksud Perjanjian Agung. Dan seiring dengan lafaz akad adalah sebuah tanggungjawab yang besar."
"Do you love me?" Satu suara singgah di telinga lelaki itu.
"Why?" balas lelaki berkulit kuning langsat. Hidungnya mancung dan berkulit mulus. Rambutnya sangat lembut bagaikan sutera. Suara lunak memikat hati setiap perempuan yang mendengar.
"Because all these year we were together not even once I feel that you love me." Kata wanita hamil yang berambut perang dan bermata sepet. Wajahnya kacukan Malaysia, bugis dan british.
"Rasanya selama ini I tak pernah sekali pun abaikan tanggungjawab I pada you dan anak-anak. I tak pernah miss sekali pun your regular check up and I fullfill all your needs without fail. I hormat you. Wasn't that enough to prove the love you want?" Balas lelaki itu dengan wajah yang kelat berkerut.
"I know that. You did care, you did give me attention but after all the real reason is you did that not because you love me but for the sake of responsibility as a husband and a father. I can Feel it, that wasn't love." Ujar wanita itu dengan wajah sayu dan mata yang berkaca.
"Enough with all these nonsense, I penat. Let us just sleep. Please Aireen, for the sake of our baby." pinta lelaki itu sambil memejamkan mata. Dia sendiri tak faham apa lagi yang kurang dimata wanita itu sedangkan dia bagai nak gila memaksa diri untuk menerima kenyataan ini. Bukan mudah untuk dia lupakan apa yang telah terjadi, tapi demi janji yang telah dilafazkan maka mahu atau tidak dia harus menjalankan tanggungjawab dengan seikhlas hati.
*******************************************
Fadh termenung melihat cermin. Seharusnya dia gembira apabila melihat dirinya tampil kacak dalam sepersalinan baju melayu berwarna putih salju bersampin putih yang diserikan dengan sulaman benang emas. Rambut yang selalunya sengaja di biarkan tanpa perapi rambut hari ini dirapikan sehingga dahinya jelas kelihatan. Memori pagi tadi rancak berputar di fikiran. Fadh masih belum boleh menghadam apa yang terjadi. Sakit hatinya saat mengingat kembali apa yang Murni katakan di dewan.
"Aiden Fadh, maafkan saya. Saya dah fikir masak-masak, mulai saat ini terlerailah ikatan antara kita. Awak bebas. Saya bukan lagi tunang awak." Kata Murni dengan linangan air mata. Sedih dan sakit tapi inilah keputusan tebaik untuk mereka berdua.
"Murni! Demi Allah, tak pernah sekalipun saya curang dengan awak. Tolonglah jangan batalkan perkahwinan kita. Bagi saya masa untuk cari bukti dan betulkan keadaan. Tolonglah percayakan saya, sayang." Rayu Fadh dengan sungguh-sungguh.
"Fadh, saya cintakan awak sangat-sangat tapi cinta tanpa kepercayaan takkan kekal untuk selamanya. Kalau kita teruskan perkahwinan ni, ia akan musnah di tengah jalan bahkan kita berdua akan terluka dengan lebih teruk. Saya paksa hati saya untuk percayakan awak dan Rei sebab akal saya menghalang saya untuk curiga tapi jauh disudut hati saya, saya masih curiga akan korang berdua."
Air mata murni semakin deras, diikuti dengan linangan air mata si ibu dan mereka-mereka di situ yang merasai kekecewaan Murni. Hawa Reihana diam seribu bahasa.Rasa kecewa jelas terpancar diwajahnya. Remuk hatinya hanya Allah yang tahu. Apa yang dijangka telah pun terjadi. Rasa bersalah pada pasangan ini menyelubungi perasaan, meskipun bukan salah Reihana.
"Murni apa saya patut buat supaya saya boleh yakinkan awak. Cakaplah saya sanggup buat apa saja untuk awak percayakan saya semula dan buktikan cinta saya." Rayu Aiden Fadh dengan linangan air mata. Fadh tak sanggup untuk kehilangan Murni Afiqa yang di sayangi sepenuh hatinya.
YOU ARE READING
Demi Janji
Romance"Semua mampu berjanji tapi mampukah kau untuk tunaikan janji itu. Sejauh manakah kau sanggup berkorban demi mengotakan sebuah janji." Mengisahkan tentang Hawa Reihana yang masih bujang dan dilabel cerewet dalam mencari jodoh. Gadis ini memiliki pers...