Bab 22: Sayang

34 0 0
                                    

"Cinta pertama itu tetap unggul, mencakar-cakar kerinduan dan kenangan, menyembunyi dan merahsiakan sebahagian keanehannya, dan akhirnya menjadi sukar dimengerti apalagi disambung." - A. Samad Said, Cinta Fansuri 1994.

Fiq memeluk Reihana yang rebah dalam pelukannya. 

"Rei, Rei, are you okay sayang? Reihana?" Ucap Fiq keresahan. Air mata Fiq membasahi pipinya. Fiq berulang kali memanggil nama Reihana dan menggoncang lembut badan gadis itu namun mata Reihana tak berkedip, dia hanya memandang ke dalam rumah. Air matanya mengalir tanpa ekspresi sedih kerana melihat oren yang telah menjadi bangkai di ruang tamu rumah. Melihat keadan itu, Fiq memeluk Reihana dengan lebih erat kerana dia pasti Reihana trauma dengan apa yang telah terjadi.

Fadh disisi, hanya mampu memandang Reihana dan lelaki asing itu. Sejujurnya Fadh sudah tak berdaya, dia juga sangat terkejut dengan apa yang terjadi dan lebih merenggut emosinya apabila melihat bangkai oren yang sangat menyedihkan. Air mata tak mampu di tahan mengalir sederasnya. Lidahnya kelu.

Zahir segera mendekati Fadh lalu melutut di hadapan Fadh untuk menghalang pandangan Fadh dari terus melihat bangkai oren. " Fadh, kau kene kuat, demi Rei." Ujar Zahir lalu memegang bahu Fadh.

Fadh memalingkan wajah kearah Reihana yang berada dalam pelukan lelaki itu. Rei begitu lemah, masih memandang ke arah bangkai oren. Fadh yakin Reihana pasti lebih tersiksa, pastinya dia menyaksikan kematian oren. Perlahan-lahan mata Reihana terpejam, tangannya terkulai. 

"Kita bawa Reihana ke hospital segera!" Fiq membawa Reihana sehingga ke dalam ambulans tetapi saat dia ingin naik ke atas Zahir bersuara.

"Aku rasa lebih baik bagi Fadh yang ikut Reihana." Sambil menepuk bahu Fadh dan memandang Fiq. Fiq mengerutkan dahinya seakan minta penjelasan.

"Why him?" Tanya Fiq.

"Dia suami Reihana. So lebih baik dia di sisi Reihana." Fiq akur. Sejujurnya dia sudah tahu akan kewujudan suami Reihana cuma masih belum di temui secara formal. Oleh itu Fiq tak lagi basa basi bertanya yang bukan-bukan. 

"Tak pe Zahir, aku follow dari belakang je nanti."

"No! Kalau kau suami Rei, means kau mmg perlu ada disisi Rei. Stay by her side, I'll follow you guys." Kata Fiq tegas dan bermakna. 

Bukannya Fiq bulat-bulat percaya lelaki itu suami Rei tetapi mustahil Reihana akan tinggal di rumah yang ada kucing tanpa pemiliknya dan pemilik oren adalah Fadh. Mustahil Reihana akan tinggal di rumah itu jika lelaki ini bukan muhrimnya. Oleh itu, Fiq yakin lelaki ini memang suami Reihana apatah lagi pertemuan di hospital dulu menguatkan kenyataan yang mereka telah berkahwin. Iyalah mustahil Reihana semudah itu meriba seorang lelaki yang bukan muhrim. Kini semuanya telah terjawab, Reihana telah pun berkahwin.

Kak lela digari dan dipakaikan baju putih khas untuk orang gila. Tangannya turut dibedung. Dia dibawa ke rumah sakit mental untuk rawatan segera. 

Fadh yang menemani Rei menggenggam erat tangan Reihana. Resah, gusar, sedih dan bermacam rasa lagi silih berganti dirasai oleh Fadh sepanjang perjalanan. Dia sangat-sangat risau akan Reihana.

Sebelum gerak, Zahir berkata kepadanya agar tidak risau tentang rumah dan oren. Zahir menghulurkan tangan untuk menyelesaikan semuanya. Kata Zahir , Fadh hanya perlu fokus pada Rei sahaja.

"Zahir.... oren, tolong ye." rayu Fadh. Zahir sangat mengerti permintaan Fadh lalu mengangguk faham. Fadh mahu Zahir menguruskan oren. Oren telah lama dalam jagaan Fadh. Sehingga ke akhir hayat oren berjasa kepada tuannya. Dia terkorban ketika cuba menyelamatkan Reihana yang menyayanginya sama seperti Fadh.

Rei bukanlah pencinta kucing bahkan sangat takut dengan kucing. Tetapi oren yang manja itu berjaya mencuri hati hatinya. Rei mula belajar menguruskan kucing daripada Fadh kerana terlalu sayangkan oren.

Demi JanjiWhere stories live. Discover now