Bab 15: Serumah

49 0 0
                                    

Telefon masih berdering. Dia hanya membiarkan sahaja lalu deringan itu mati. Diganti pula dengan bunyi notifikasi yang bertubi-tubi masuk. Masih tidak dihiraukan. . Walaupun sudah 3 bulan berlalu, luka itu masih berdarah. Murni tidak seperti dulu lagi. Jarang sekali melihat Murni senyum. Sepertinya perpisahan itu membawa pergi jiwa Murni Afiqa. Pengkhianatan yang diberikan oleh Reihana sememangnya menyiksakan. Tapi benarkah Reihana merancang kejadian malam itu. Keraguan masih ada tapi logik fikiran mengatakan Reihana yang merancang semua ini.

Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran Murni. Saat dia mahu meletakan semua kesalahan pada Reihana hati kecilnya menghalang. Tapi apabila dia cuba melihat motif-motif dan teori-teori daripada Tikah, Nita dan Nina tentang mengapa Reihana sanggup melakukan itu. Ada logiknya berdasarkan bukti dan kenyataan dari Nina, Nita dan Tikah. Berdasarkan analisis kejadian itu, daripada penerangan Reihana sendiri satu perkara yang pasti, Fadh adalah mangsa keadaan. Tapi bagaimana jika ini satu lakonan. Reihana yang Murni kenal tidak akan sewenang-wenang meletakan kesalahan pada seseorang tanpa bukti kukuh. Adakah kerana itu Reihana tidak membela diri dengan cuba menamakan seseorang jika benar dia di fitnah. Jika teori ini benar, bererti Reihana juga mangsa keadaan. Tapi dimana punca semua ini? Siapa pelakunya?

Hampir setiap hari Murni Afiqa cuba merungkai tragedi itu, namun gagal. Selepas keluar dari rumah Reihana, Murni menyewa apartmen bersama Tikah. Tikah menjadi penyelamat apabila Tika menawarkan diri untuk menemani Murni. Sesekali, Nina dan Nita akan datang melawat. Namun kehadiran mereka bertiga gagal membuatkan Murni rasa bahagia seperti ketika dia duduk serumah dengan Reihana. Sejujurnya, tinggal serumah dengan Reihana sangat menyeronokan bahkan mendamaikan. Reihana tak pernah sekali pun buat dia rasa seperti menumpang dan demi Allah, Murni sangat selesa tinggal bersama Reihana.

Walaupun Tikah memang rakan baik Murni sejak dibangku sekolah tetapi ada satu sikap Tikah yang Murni tak berapa gemar iaitu dia suka mengumpat dan bergosip.  Sikap itulah yang membuatkan Tikah boleh berkawan dengan Nina dan Nita.  Pada mereka hanya mereka yang sempurna. Yang selalu menjadi bahan mereka adalah Hawa Reihana. Reihana pasti menjadi topik umpatan mereka jika sudah tiada mangsa lain. Perangai ini yang membuatkan Murni lebih selesa berkurung di kamar sehingga mereka menganggap Murni masih trauma. Lantas Reihana pasti dipersalahkan.

Nita yang disangka selama ini seorang yang lebih baik berbanding Nina, perlahan-lahan menunjukan belang. Dia menjadi seorang yang lebih teruk berbanding Nina selepas kejadian di Pelangi Island. Barangkali setan di pulau itu yang merasuk Nita. Murni tak menyangka Nita boleh berubah seteruk itu. Tetapi Tikah dan Nina langsung tidak terkejut dengan perubahan Nita ini. Adakah Nita memang begini dari dahulu dan hanya dia sahaja tak perasan. 

"Hello everybody!" Nina menjerit saat pintu rumah dibuka oleh Tikah. Tikah tersenyum gembira. Mereka berpelukan. Mereka terus menuju ke ruang tamu dan meletakkan bungkusan makanan. Nina dan Nita membawa empat bungkus Roti Subway pelbagai perisa. 

"Lah kan I pesan tak payah bawak makanan, I dah masak spagheti." Kata Tikah.

"Ala tak pe lah. Makan nanti-nanti pun tak pe. Kite orang kan nak lepak kat sini sampai ..." Kata Nita sambil melihat Nina.

"ESOK!" Nina dan Nita serentak mengucapkan dengan penuh keriangan. Tikah masak dengan perangai dua orang ni, hanya mampu tersenyum meskipun dia tahu Murni kurang gemar Nina dan Nita berlama-lamaan. Namun pada Tikah perangai kembar ini yang Murni tak suka tak lah begitu teruk. Jadi dia abaikan sahaja persaan Murni yang kurang selesa itu kerana mengganggap Murni yangterlebih sensetif. 

"Murni mana?" Tanya Nita.

"Ada dalam bilik tu." Jawab tikah.

"Hurmmm ape lah yang nak berduka sangat. Murni! Murni! meh sini makan." Jerit Nina.

Demi JanjiWhere stories live. Discover now