Fadh meletakkan kereta di hadapan restaurant tomyam & Seafood kegemaran mereka berempat dan juga tempat lepak Fadh dan Zahir jika mahu feel menonton bola. Ramai orang bertandang ke restaurant ini meskipun esok hari bekerja. Orang zaman sekarang lebih memilih makan di luar kerana tak perlu penat-penat basuh pinggan dan memasak.
Sementara menunggu pesanan mereka tiba Fadh yang sedang menumpukan pandangan pada telefon bimbit, sesekali menjeling melihat Reihana yang sesekali menyedut minuman. Ini kali pertama dia lihat wajah Reihana pucat tak bermaya dan pastinya terpaksa. Risau. Dari tadi Reihana hanya membisu, sepatah ditanya, sepatah jua dijawab, kadang tiada langsung jawapan.
"Selamat menjamu selera." kata pelayan yang menghantar makanan itu dengan mesra. Nasi putih, tomyam dan telur dadar terhidang di hadapan mereka.
"Thanks." , ucap Rei dengan memaksa bibirnya mengukir senyuman.
Sup tomyam itu dihirup sekali dua. Sedap. Reihana menuangkan kuah tomyam ke atas nasi putih lalu menyuap ke dalam mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah dan menelan. Dia terpana. Tekaknya loya. Reihana bingkas bangaundan meluru ke tandas yang berdekatan.
Fadh tersedak. Mahu disusul tapi Reihana terlalu pantas jadi dia hanya memerhati dengan wajah risau. Nasi tak jadi disuap ke mulut, matanya melekat memandang kearah tandas wanita.
"Isteri ke dik?" satu suara menyapa menyebabkan Fadh mengalihkan pandangan. Wanita tersebut berusia sekitar 40 an. Fadh hanya mengangguk dan tersenyum. Matanya beralih semula ke arah tandas. Risau. Reihana kembali duduk dihadapannya.
"Muntah?", ringkas pertanyaan Fadh. Rei mengangguk perlahan. Sudu dah diangkat semula tetapi tidak bergerak. Kaku.
"Kenapa?" Tanya Fadh.
"Takut muntah lagi.", balas Reihana. Dia pasti ini kerana perutnya kosong. Hari ini dia hanya makan sekeping roti dan secawan milo itu pun pagi tadi. Belum sempat Fadh membalas kakak tadi mencelah.
" Makanlah sikit dik, kesian kat baby dalam perut tu. Muntah tu biasa, minum air suam dulu, baru makan sikit-sikit. In sya Allah okay nanti."
"Terkebil-kebil Fadh memandang Reihana, begitu juga Reihana. Namun Fadh menguntumkan senyuman dan membalas, "Terima kasih kak." Tak mahu bicara panjang, dia mengiakan sahaja. Biarlah akak itu dengan angannya. Namun akak itu masih mahu berbual.
"Anak pertama ya? Dah berapa bulan?"
"Eh racak juga akak ini." bisik hati kecil Fadh.
"Aah baru tiga bulan." Kata fadh memintas keinginan Rei untuk berterus terang. Rei hanya mampu tersenyum kelat ke arah kakak tadi dan mengerut dahinya apabila mengalih pandangan kepada Fadh tanda protest. Fadh menggetap bibir sambil tersenyum.
"Oklah dik, akak balik dulu. Jaga isteri ni elok-elok ye. Assalamualaikum." Mereka menjawab salam seiringan melemparkan senyuman. Mereka berdua lega, tak dapat dibayangkan berapa banyak lagi penipuan akan dibuat oleh Fadh jika akak tadi terus menerus berbual.
Makanan Fadh telah pun habis tetapi tidak Reihana. Dia tak dapat menghabiskan, dia hanya menjamah sesudu dua sahaja lalu Fadh membungkuskan air milo suam dan memberikan kepada Reihana yang telah berada di dalam kereta lebih awal.
"Habiskan, perut kau tu kosong tu yang nak muntah." Reihana hanya menurut kata-kata Fadh. Dia mencemik. Fadh sempat melihat cemikkan comel wajah Reihana dari ekor mata. Dia tersenyum bahagia.
****************************************
Sebelum masuk ke bilik masing-masing Fadh cepat-cepat meninggalkan ingatan kepada Rei, "Kalau ada apa-apa panggil aku tau! Aku tak kunci pintu, kau pun jangan kunci pintu, kalau ada apa-apa senang." Reihana hanya mengangguk mengiakan tanda faham.
YOU ARE READING
Demi Janji
Romantik"Semua mampu berjanji tapi mampukah kau untuk tunaikan janji itu. Sejauh manakah kau sanggup berkorban demi mengotakan sebuah janji." Mengisahkan tentang Hawa Reihana yang masih bujang dan dilabel cerewet dalam mencari jodoh. Gadis ini memiliki pers...