Bab 25 : Cemburu (bhg. 1)

40 0 1
                                    

"Jauh termenung," tegur Zahir kepada Fadh yang daripada tadi hanya merenung skrin laptop tanpa berbuat apa-apa. Hanya dahi saja yang berkerut.

"Rasanya jap lagi, pecah lah skrin tu. Bende yang kau fikir kan tu?", tambah Zahir.

"Next week kene outstation," kata Fadh.

"So ape masalahnya?" tanya Zahir, hairan.

"Aku risau nak tinggalkan Rei nanti. Dah lah dua minggu tu. Lama tau!" balas Fadh lemah lalu bersandar atas sofa yang empuk milik rumah sewa rakanya itu.

"Amboi....sejak dua menjak ni aku tengok kau memang tak boleh langsung ye berenggang dengan Rei? Kalau time kerja tu, cepat je kau angkat kaki ek? Dah tu weekend je busy sokmo," kata Zahir lalu duduk di sebelah Fadh dengan menghulurkan secawan kopi untuk Fadh dan secawan lagi untuk dirinya lalu menyambung dialog.

" Dulu bukan main, sanggup outstation sampai tiga empat kali sebulan. Dah tu siap sanggup gantikan orang lain outstation lagi. Sekarang outstation dua minggu je pun tak sanggup."

Fadh hanya tersengih mendengar bebelan Zahir. Semenjak Reihana keluar hospital memang tak dinafikan masa Fadh banyak di habiskan bersama Reihana. Dia sudah jarang sekali keluar dengan Zahir mahupun rakan-rakan yang lain. Bagi Fadh keutamaannya kini adalah Hawa Reihana. 

Selalu sahaja Acad dan Akram bertanya mengapa Fadh sudah jarang sekali melepak bersama mereka. Adakah Fadh lebih seronok dengan housmate baru. Zahir mahu sahaja menjawab yang Fadh memang tengah seronok dengan housmate baru tetapi nanti pasti akan menimbulkan cemburu di hati rakan mereka yang tidak tahu akan gerangan housemate Fadh. Jadi Zahir dengan terpaksa membohongi mereka. Alasan yang selalu diberitahu adalah outstation, kerja lebih masa dan beberapa lagi kebohongan yang logik di akal. Keadaan ini membuatkan rakan-rakanya itu menganggap Fadh masih belum boleh melupakan Murni, tetapi hakikatnya Fadh sedang bahagia bersama kekasih baru yang halal.

"Kau tau tak, aku paling risau kalau Rei sorang-sorang kat rumah bila malam, " kata Fadh.

"why? Rei masih mengigau ke malam-malam?"

"Taklah selalu. Cuma ada masa dia akan meracau tapi tak seteruk dulu. Especially bila die penat. Sekarang ni dia mcm busy so "

"Rei still bergantung dengan ubat ke?" tanya Zahir risau.

"Tak. Since dia dah jarang terjaga malam, doktor suruh stop ambil ubat. Doktor advice untuk tak bergantung pada ubat, dengan harapan Rei akan slowly recover dan Rei tak boleh dibiarkan sendirian bila tidur. So, aku kene sentiasa ada dengan Rei waktu malam. Itu yang berat hati aku nak tinggalkan die."

"Faham. Tapi ni kan kerja. Nak tak nak kau kene pergi jugak." pujuk Zahir. 

Fadh hanya mengeluh lemah.

"Eh Fadh. Aku ada soalan."

"Ape lagi ni? Aku ni dari tadi cube nak siapkan slide presentation ni tapi kau asyik lah ajak aku borak."

 Fadh menyandar ke sofa empuk lalu memeluk tubuh dan memberikan perhatian kepada Zahir. Zahir hanya tersengih seperti kerang busuk lalu meneruskan misi 'busy body' seperti selalu.

"Rei tahu ke yang die still ada mengigau?" 

Fadh sedikit terkejut dgn soalan itu lalu menjawab, "Tak dia tak tahu and please jgn bagi tahu dia. Klu check up pun, aku bagi tahu doktor tanpa pengetahuan dia pasal ngigau dia sebab tak nak dia terkesan. Rei kene pulih sepenuhnya klu tak sampai bila-bila pun aku akan rasa bersalah. And yang pasti aku tak kan boleh mengaku pada dia yang aku dah mula sayangkan dia"

Zahir tersenyum sambil mengusik Fadh sehingga kedua-duanya ketawa berdekah.

"Amboiii" Kata Zahir sambil menyiku lembut Fadh yang sedang tersenyum sehingga ke telinga.

Demi JanjiWhere stories live. Discover now