Still in 1897 || Joseon Era
Areum pov 👑
Leher diusap perlahan. Sejak dari kejadian dia menolong jejaka itu , banyak benda-benda yang pelik yang berlaku.
Setiap malam dia akan bermimpi yang dia memakan binatang dengan sangat berselera, macam tidak pernah makan untuk jangka masa yang lama.
Setiap malam juga dia berasa bagai ada orang yang memasuki biliknya setiap tengah malam, tapi apabila dia bangun tiada sesiapa di ruangan bilik tidurnya. Dan dia akan bangun dengan tanda kemerah-merahan di lehernya.
Areum cuba menganggap itu hanya mainan perasaannya dan mungkin kesan merah itu kesan gigitan nyamuk.
"Areum-ssi" panggil Jimin lalu memberhentikan lamunannya.
" oh Jimin-ssi , ayuh pergi" Jimin memegang bahu bagi menghentikan aku dari terus berjalan.
" Areum-ssi , engkau baik-baik saja? Jika tidak, kita boleh ke sana besok sahaja. " Kata Jimin sambil memandang aku dengan tatapan risau.
" kajja (jom) , nanti kita terlambat" kata Areum sambil menarik tangan Jimin.
.
.
.
Kandang Keluarga Lee.
Keluarga Lee telah menghubungi pihak pegawai istana yang ada sesuatu yang pelik di kandang miliknya. Ayah kepada Jimin, yang merupakan ketua pegawai istana telah mengarahkan Jimin untuk pergi menyiasat tentangnya. Disebabkan Jimin terlampau penakut, dia memilih untuk mengajak Areum bersama.
"minta maaf agassi (cik) . Ambil sapu tangan ini" kata ajusshi Lee tatkala melihat aku menutup hidung aku tatkala terbau bau yang hanyir .
Bau hanyir itu makin kuat apabila Ajusshi Lee yang kacak itu membuka pintu kandang miliknya.
Jimin pantas berlari keluar dari kandang itu sambil menekup mulutnya dari muntah.
Areum terduduk kerana terlampau terkejut melihat haiwan-haiwan ternakan milik ajusshi Lee dalam keadaan yang mengerikan.
.
.
.
Areum menatap bulan penuh dan bintang-bintang yang cantik bertaburan di atas langit. Fikirannya sudah jauh dibawa angin. Kepalanya mengimbaskan kejadian haiwan-haiwan ternakan yang terkorban dalam keadaan yang begitu mengerikan .
Kejadian itu sama seperti dalam mimpinya. Dimana dia bermimpi dia melahap semua haiwan-haiwan itu. Tidak lain tidak bukan, memang itu berkait dengan dirinya. Tetapi ada satu suara di dalam dirinya berkata kemungkinan itu cuma mainan tidur.
Dia harus memberitahu ayah angkatnya tentang hal ini pada keesokan harinya.
Di sudut yang lain,
" Areum kesayanganku , engkau begitu naif sekali sayang . Ini membuatkan aku makin meronta untuk melihat engkau bergelut kesakitan. Disaat engkau menyuruh aku berhenti menyeksa engkau. Hah nikmatnya. " sengihan seseorang dibelakang pokok sambil merenung tingkap bilik tidur Areum.
.
.
.
knock knock
Pintu ruangan bilik tidur ayah angkatnya diketuk perlahan.
YOU ARE READING
[C] Bloody Kiss | JJK
Vampire[JK Malay FF] 𝓼𝔂𝓪𝓲𝓽𝓪𝓷 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝔂𝓮𝓻𝓾𝓹𝓪𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓼𝓮𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓫𝓮𝓻𝔀𝓪𝓳𝓪𝓱 𝓼𝓾𝓬𝓲 × "your lips are just like drug, it's my addiction" × Baca laaa eh?❤️ inspired by : A Twilight Saga status ( ) on going ( ) Hia...