-22

227 42 3
                                    


Jeon Jungkook sedari tadi bersandar di luar keretanya, memerhatikan sahaja bangunan apartmen yang kini didiami Song Jihyo.

          Sekali sekala jejaka itu turut menggosok kedua-dua tangan, cuba untuk menghangatkan dirinya.

Hembusan nafasnya yang membentuk kepulan putih menandakan bahawa musim sejuk semakin menghampiri. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum perayaan krismas bakal menjelang tiba.

Jungkook ingin melangkah masuk dan berjumpa dengan sang gadis, namun niatnya sering kali terhenti apabila memikirkan kembali perkataan-perkataan yang dilontarkan kepada gadis itu.

          Baru sahaja beberapa hari yang lepas Jungkook menghalau Jihyo pergi, dan pagi ini jejaka itu pula yang datang mencari sang gadis semula. Alasan apa yang Jungkook harus berikan?

Sudah lah Jungkook masih berasa kekok dengan kehadiran gadis tersebut dalam hidupnya.

Keluhan dilepas Panjang.

Tidak berbaloi untuk jejaka itu menunggu seperti orang bodoh di hadapan bangunan tersebut.

          Mungkin buat masa sekarang, Jungkook patut membiarkan sahaja gadis itu terlebih dahulu. Jungkook sepatutnya memberi tumpuan penuh kepada rawatannya.

Walaupun Tuan Saito memberitahu bahawa Jihyo merupakan kekasihnya dan Junseo adalah anaknya, Jungkook tetap sahaja perlu berhati-hati.

Mana lah tahu sekiranya ada rahsia yang tersembunyi? Mungkin jejaka itu hanya menolong gadis itu atas dasar simpati? Cuma jejaka itu sahaja yang tidak mengingatinya.

          Lagipula, Jeon Jungkook tidak pernah jatuh cinta. Jejaka itu bukan lah seseorang yang mudah untuk jatuh pada seorang wanita. Apatah lagi untuk memberi komitmen dalam sesebuah hubungan.

Jika benar Song Jihyo telah berjaya membuatkan dirinya untuk jatuh cinta, maka gadis itu sememangnya penting dalam hidup Jeon Jungkook.

Jadi setelah ingatannya pulih dan Jungkook benar-benar pasti akan perasaannya terhadap Song Jihyo, barulah Jungkook akan berjumpa dengan gadis itu semula.

          Lamunan jejaka itu serta-merta terhenti apabila kelibat Song Jihyo akhirnya keluar dari bangunan apartmen tersebut.

Kelam kabut Jungkook bersembunyi di sebalik keretanya, berharap agar Jihyo tidak perasan akan kehadiran dirinya.

Jungkook kini terhendap-hendap.

Matanya pula tidak lepas dari memerhati setiap perbuatan yang dilakukan oleh sang gadis.

          Jihyo sepertinya mahu pergi ke sesuatu tempat apabila gadis itu mula menahan teksi yang lalu-lalang.

Dahi Jungkook serta merta berkerut. Ke mana pula gadis tersebut mahu pergi seawal pagi ini?

Sebaik sahaja teksi yang dinaiki Jihyo berlalu pergi, Jungkook dengan segera menghidupkan enjin keretanya dan mengekori dari belakang.


***


Tuan Saito menghembuskan kepulan asap rokok ke udara.

Badan tuanya disandar ke belakang.

Maklumat yang disampaikan oleh Takayama kini Berjaya merungkaikan kekusutan yang berada di mindanya selama ini.

          "Where's that fucking bastard?"

          "He's currently being held captive in one of our hideouts."

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now