-16

223 45 1
                                    


Jeon Jungkook mengesat kasar mulutnya.

Rasa perit di anak tekak masih bersisa. Tidak kurang juga dengan rasa loya yang dialaminya. Masuk kali ini, sudah tiga kali jejaka itu berulang alik ke tandas.

          "Kazuo, awak ok tak?"

Suara Song Jihyo kedengaran di balik pintu tandas.

Dengan segera Jungkook melangkah keluar untuk mendapatkan sang gadis.

Dan seperti biasa, Jihyo sudah bersiap sedia melapangkan tangannya, menunggu Jungkook memeluk dirinya.

           Perkara ini telah menjadi rutin harian mereka berdua semenjak usia kandungan Jihyo mencecah lima bulan.

Entah bagaimana, Jeon Jungkook pula yang terkena alahan mengandung gadis tersebut. Dan antara cara untuk dirinya mengurangkan loya adalah dengan mendekatkan diri bersama sang gadis.

Entah betul entah tidak. Mana lah tahu sekiranya jejaka itu menggunakan alasan 'morning sickness' untuk mendapatkan pelukan harian dari Song Jihyo?

          "Tak. Aku tak ok,"

Jungkook mengadu setelah tubuh Jihyo berada di dalam dakapannya, membuatkan sang gadis ketawa kecil.

Belakang badan jejaka itu lalu diusap Jihyo lembut.

Sudah beberapa bulan berlalu sejak tragedi yang hampir meragut nyawa Song Jihyo berlaku.

          Jihyo mahupun Jungkook dan Kazuo, masing-masing langsung tidak pernah bercakap lagi mengenai hal tersebut. Seolah-olah kejadian itu tidak pernah berlaku.

Mereka meneruskan kehidupan seperti kebiasaan.

Dan tidak dinafikan, hubungan di antara mereka turut semakin rapat dari hari ke hari. Namun, hubungan mereka dikatakan hanya sekadar teman.

Teman tapi mesra?

          "Ehem,"

Deheman dari Kim Mingyu menarik kedua-dua pasangan itu ke dunia nyata semula.

          "Tuan muda, dah tiba masa untuk tuan muda ke pejabat,"

Jungkook mengeluh sebelum pelukan bersama Jihyo dilepaskan.

          "Pergilah mandi. Saya sediakan breakfast"

Jungkook mencebikkan bibirnya, tanda protes. Namun tetap juga kakinya dibawa melangkah semula ke bilik air.

Mingyu pula telah lama turun ke bawah, tidak mahu berlama-lama menyaksikan adegan pasangan tersebut.

Walaupun tuan mudanya dan Song Jihyo tidak mahu mengaku, namun semua pekerja di kediaman Jeon itu dapat melihat bagaimana kedua mereka menyimpan perasaan terhadap satu sama lain.

Cuma pasangan itu sahaja yang masih buta untuk menilai.

          Bunyi penggera dari telefon milik sang jejaka memenuhi ruangan bilik tersebut.

Jihyo yang baru sahaja hendak turun ke bawah, segera menghentikan langkahnya.

Memandangkan jejaka itu sedang berada di bilik air, Jihyo lantas mencapai telefon sang jejaka sebelum mematikan jam loceng tersebut.

          Tanpa sengaja, gadis itu telah tertekan butang notifikasi, membawa Jihyo ke paparan yang lain.

Dahi sang gadis lantas berkerut.

Ianya seperti diari sang jejaka. Jihyo mahu menutup kembali paparan tersebut namun sebuah nama asing Berjaya menarik minatnya.

          "Jungkook?"


***


Jeon Jungkook yang hanya bertuala menapak keluar sambil mengeringkan rambutnya.

Kelibat Jihyo yang masih berada di atas katil miliknya hanya diabaikan. Mungkin sahaja gadis itu mahu menunggu dirinya untuk selesai bersiap.

          "Jungkook,"

          "Yes?"

Jungkook menoleh apabila namanya dipanggil.

Wajah Jihyo yang bertukar serius kini menjadi tatapan jejaka tersebut.

          "Something happen?"

Jungkook menyoal risau. Segera gadis itu didekati. Jejaka tersebut masih belum menyedari akan situasi yang sedang terjadi.

Jihyo bungkam, perasaan sang gadis kini bercampur aduk.

Marah, keliru, kecewa.

Sampai bila jejaka itu mahu menyembunyikan hal sebenar dari dirinya?

          "Awak nak rahsiakan semua ni, sampai bila Jeon Jungkook?"

Song Jihyo menyoal. Sengaja nama Jungkook ditekan sang gadis.

Telefon milik jejaka itu pula diangkat ke udara, menunjukkan bahawa Jihyo sudah membaca semua yang tertulis oleh Kazuo dan Jeon Jungkook.

Jungkook terdiam.

          Jejaka itu, dirinya sendiri tidak tahu akan jawapan yang harus diberikan. Tidak pernah terlintas di fikiran Jungkook bahawa Jihyo bakal mengetahui mengenai rahsia ini.

Jikalau boleh, Jungkook mahu selama-lamanya ia disimpan rapi dari pengetahuan sang gadis.

Dan sekarang, apa yang jejaka tersebut harus lakukan?

          Tak.

Apa yang gadis itu akan lakukan?

Adakah Song Jihyo bakal menganggap dirinya sebagai seorang yang gila, dan akhirnya pergi meninggalkan dirinya?

          Melihatkan Jungkook yang masih kaku berdiri di tempatnya, Jihyo lalu mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari bilik sang jejaka.

Mungkin jejaka itu perlukan masa.

Mungkin ada sebab mengapa jejaka itu tidak mahu berterus terang.

Mungkin juga dirinya bukan sesiapa, jadi mengapa pula jejaka itu mahu berkongsi segalanya?

         "Jihyo,"

Jungkook segera menghalang.

Pergelangan tangan gadis itu dipegang erat.

          "K-kau nak pergi mana?"

Jihyo tidak memandang wajah sang jejaka.

Sebaliknya, gadis itu melepaskan pegangan tangan Jungkook.

          "Saya nak ambil angin luar. Awak patut bersiap. Nanti Mingyu tunggu lama pula"

          "Biar aku temankan"

Jungkook mendesak.

Jihyo hanya tersenyum tawar.

          "Tak apa. Encik Lee boleh temankan saya,"

          "Jihyo-"

Jungkook mahu menghentikan langkah sang gadis, namun dirinya juga masih buntu.

Jejaka itu mahu menerangkan segalanya. Tapi entah mengapa, mulutnya seolah-olah begitu berat untuk bersuara.

          'Jihyo, aku tak sakit. Aku tak gila!'

Perkataan ini hanya mampu Jungkook ungkapkan di dalam hati. 

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now