-11

316 49 0
                                    


Song Jihyo menguak perlahan pintu bilik sang jejaka, berhati-hati agar tidak mengejutkan lena jejaka tersebut.

          Senyuman nipis terukir di bibir.

Gadis itu berhasrat mahu memberi Kazuo cengkerang siput yang dikutipnya di pantai petang tadi.

Namun baru sahaja gadis itu mahu melangkah masuk, Kazuo tiba-tiba sahaja muncul di balik pintu.

Segera Jihyo menyembunyikan cengkerang tersebut di belakang badannya.

          Kerutan terbentuk di dahi sang gadis. Jejaka itu kelihatan kemas berpakaian bersama sut kemejanya.

Ke mana pula Kazuo mahu pergi pada waktu sebegini? Jika diingat semula, Jihyo kerap kali juga perasan bahawa jejaka itu sering sahaja keluar setelah jam berganjak melepasi angka 12 tengah malam. Namun Jihyo mengendahkan sahaja perasaan ingin tahunya selama ini.

Tetapi, memandangkan Kazuo kini sudah pun berada di hadapannya, perasaan ingin tahu sang gadis muncul kembali. 

          "Awak nak ke mana?"

"Kelab"

Oh.

Jejaka itu ke kelab malam.

Sudah tentulah.

Mengapa pula Jihyo harus hairan. Kelab bukanlah tempat yang asing bagi jejaka itu, kan?

          "Kenapa kau tak tidur lagi?"

Soalan dari kazuo menyentak lamunan Song Jihyo.

          "Tak ada apa lah. Saya masuk tidur dulu. Selamat malam,"

Soalan Kazuo dibiar tidak dijawab. Jihyo mengelak dari bertembung mata dengan sang jejaka. Langkahnya pula segera dilajukan, menuju ke biliknya semula.

Gadis itu sudah tiada sebarang alasan untuk mengambil tahu mengenai urusan jejaka tersebut. Jihyo juga tiada hak untuk menghalang jejaka itu dari melakukan apa yang dia mahu.

Lagipula, jejaka itu hanya pergi ke kelab malam. Biarlah sekiranya Kazuo mahu berseronok sekali pun.  

          "Jihyo,"

Kazuo kini berdiri di muka pintu bilik sang gadis.

Jihyo pula hanya membiarkan.

          Gadis itu segera menutup lampu meja sebelum selimut ditarik menutupi paras dadanya. Badannya pula dibaringkan membelakangi kazuo, seolah-olah kehadiran Kazuo di situ tidak diambil peduli.

Harapan Jihyo agar Kazuo berlalu pergi punah saat jejaka itu bertindak untuk turut baring bersebelahannya. Malah, jarak mereka berdua dihapuskan apabila Kazuo memeluk tubuh badannya dari belakang.

          "kau ok sayang?"

Jihyo memutar matanya ke atas. Menyampah pula bila Kazuo bersayang-sayang dengan dirinya.

Kazuo menggigit bibir. Jejaka itu pasti ada sesuatu yang sedang berlaku hingga membuatkan Jihyo seperti ini. Cuma dia tidak pasti akan penyebabnya.

          "Kau marahkan aku?"

Kazuo cuba mengintai wajah sang gadis.

          "Pergilah. Nanti tertunggu-tunggu pula perempuan-perempuan awak kat kelab tu"

Eh? Kini giliran Kazuo pula untuk terdiam. Lama-kelamaan ketawa mula pecah dari mulut sang jejaka.

         "Dah lah"

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now