Song Jihyo meniup kasar helaian rambut yang menutupi sebahagian wajahnya. Adunan kek yang berada di hadapan gadis tersebut direnung tajam.
Kini sudah hampir dua minggu Jihyo menyertai kelas yang jejaka itu sediakan buat dirinya. Banyak perkara yang sudah dipelajari dirinya, dan masih banyak lagi yang belum dikuasai sepenuhnya.
Loceng pintu yang berterusan berbunyi Berjaya menghentikan perlakuan sang gadis. Hairan pula dirinya.
Tidak pernah lagi mereka menerima kehadiran tetamu ke rumah agam ini, melainkan ketika Tuan Saito datang melawat. Sudah lah waktu telah menghampiri lewat senja.
Memikirkan bahawa Kazuo juga bakal pulang dari pejabat tidak lama lagi, lantas sahaja gadis itu menapak ke ruang hadapan. Namun entah mengapa, kediaman tersebut seakan-akan sunyi sahaja. Langsung tiada kelibat Madam Yoo dan pembantu rumah yang lain.
Loceng yang masih berbunyi membuatkan Jihyo mengabaikan rasa curiganya. Dengan segera pintu hadapan milik kediaman Kazuo dibuka.
Kerutan di dahi sang gadis lantas terukir.
Terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan Song Jihyo. Sejambak bunga turut berada di genggamannya sebelum ianya bertukar tangan. Kini, jambangan bunga tersebut dipegang Jihyo.
Kad yang terselit pada celahan bunga itu lantas dibaca.
'Ops! I found you sweetheart!'
Sebelum Jihyo sempat bertindak, lelaki di hadapannya itu terlebih dahulu mendaratkan tumbukan pada wajah cantik sang gadis, membuatkan dirinya pitam tidak sedarkan diri.
***
Jeon Jungkook mempamerkan riak wajahnya yang bosan. Wajah-wajah ahli korporat yang kian hanyut dibuai alcohol membuatkan jejaka itu semakin menyampah.
Jikalau tidak memikirkan perihal pembangunan projek barunya, mungkin sahaja Jungkook sudahpun berada di kediamannya kini.
Baru sahaja jejaka itu mahu meneguk minuman kerasnya, suara Kim Mingyu terlebih dahulu menyapa gegendang telinganya.
"Tuan muda!"
***
Sebaldi air dicurahkan kepada sang gadis yang sedang terbaring di atas lantai, membuatkan gadis itu tersedar lalu tercungap-cungap mencari nafas.
Rambut panjang gadis tersebut lalu dicengkam sebelum ditarik kuat ke belakang.
"Kau memang cari nahas kan sayang?"
Jung Ilwoo tersenyum sinis.
Wajah Song Jihyo yang dicemari kesan lebam akibat dipukul orang suruhannya hanya dijeling Ilwoo sekilas sebelum cengkaman tangan pada rambut sang gadis dilepas kasar.
"Kau ni sama dengan bapak kau. Dua-dua bodoh!"
Jerkahan dari Jung Ilwoo membuatkan bahu Song Jihyo terhinjut.
Sedaya upaya Jihyo menahan dirinya dari mengeluarkan tangisan. Rasa sakit di seluruh badannya juga dibiarkan.
"Kau ingat kau dah selamat lepas si Kazuo tu simpan kau? Hah?!"
Sekali lagi suara jerkahan Ilwoo bergema di gegendang telinga sang gadis.
Jihyo tidak membalas. Gadis itu hanya berdiam diri sedari tadi. Tiada guna sekiranya dia merayu agar dilepaskan, Ilwoo pasti tidak akan melepaskan dirinya pergi begitu sahaja.
YOU ARE READING
Till Death Do Us Part
RomanceShe is full of love He is full of secrets You could feel warmth in her stare But there is only cold in his gaze She seeks for the harmony in living Yet he brings the turmoil to those who breathing He got nothing to lose, but everything to fight Whi...