Song Jihyo terjaga dari lena apabila deringan telefon bimbit mengacau tidurnya. Masih dalam keadaan mamai, tangannya lantas dipaksa untuk meraba sekeliling, cuba mencari punca bunyi yang mengganggu pagi gadis tersebut.
Dahi Jihyo berkerut apabila tangannya seolah-olah menyentuh satu permukaan yang hangat dan keras. Lantas matanya dicelik dan perkara pertama yang menyapa pandangannya ialah dada bidang milik seorang jejaka yang dipenuhi tattoo.
Tubuhnya yang tanpa seurat benang itu pula kini berada di dalam dakapan jejaka tersebut, membataskan pergerakkan gadis itu.
Wajah jejaka tersebut yang masih lena ditatap Song Jihyo lama. Dia hampir sahaja terlupa akan kejadian malam semalam. Keluhan halus lalu meniti di bibir munggil gadis tersebut.
Dia mungkin telah berjaya melepaskan diri dari cengkaman Ilwoo buat masa sekarang, namun bagaimana pula dengan nasibnya setelah ini?
Haruskah dia sekali lagi menyerahkan dirinya kepada mana-mana jejaka sekiranya kejadian yang sama berulang kembali?
Senyuman tawar lantas terukir di bibir Song Jihyo.
Tattoo yang memenuhi hampir segenap tubuh kekar milik jejaka tersebut lalu diusap Song Jihyo lembut.
Sisi wajah jejaka itu disentuh perlahan sebelum satu kucupan lembut hinggap pada hujung bibir sang jejaka.
Jihyo berterima kasih.
Tanpa jejaka itu, kemungkinan sahaja gadis tersebut sudah pun diseksa Ilwoo di saat ini.
Lengan sasa yang merangkul pinggangnya lantas dialih Jihyo perlahan, tidak mahu sekiranya jejaka itu tersedar.
Jihyo turut merapikan selimut pada badan jejaka itu sebelum dirinya turun dari katil.
Baju jejaka itu berserta pakaian dalam wanitanya yang berselerak di lantai segera dikutip oleh gadis tersebut. Dress singkat yang dipakainya malam semalam pula lantas dibuang Jihyo ke dalam bakul sampah.
Mujurlah kemeja jejaka itu berjaya menutupi tubuhnya hingga ke paras lutut.
Rambutnya yang agak serabai lalu diikat Jihyo membentuk sanggul.
Dia harus pulang.
Pasti sahaja neneknya sedang risau akan kehilangan dirinya selama hampir dua hari ini.
Tanpa berpaling lagi ke belakang, Song Jihyo lantas pergi meninggalkan apartmen lelaki tersebut.
Jeon Jungkook membuka matanya.
Tanpa Jihyo sedari, jejaka itu sudah pun lama bangun dari lenanya.
***
"Nek! Nenek!"
Pintu rumah yang berkunci diketuk Song Jihyo berkali-kali.
Mata bundar gadis itu pula sudah mula berkaca, risau akan sebarang kemungkinan buruk yang terjadi sepanjang ketiadaannya di rumah.
"Jihyo?"
Gadis itu serta merta berpaling.
"Makcik Seo!"
YOU ARE READING
Till Death Do Us Part
RomanceShe is full of love He is full of secrets You could feel warmth in her stare But there is only cold in his gaze She seeks for the harmony in living Yet he brings the turmoil to those who breathing He got nothing to lose, but everything to fight Whi...