Kazuo mengeluh berat.
Cincin yang bertakhtakan berlian itu diletak semula ke dalam kotak, sebelum disimpan rapi ke dalam laci mejanya.
Ianya buat sang gadis.
Kazuo telah nekad untuk melamar Song Jihyo.
Namun setelah mengetahui apa yang telah berlaku, niatnya serta merta terhenti.
Segala-galanya telah terbongkar.
Jihyo telah mengetahui rahsia dirinya.
Rambut Kazuo lantas diraup kasar. Fikiran jejaka itu kini kusut.
Langsung tiada penjelasan yang diberikan oleh Jeon Jungkook terhadap gadis tersebut, seolah-olah memburukkan lagi keadaan di antara mereka.
Jungkook tentu sahaja menyalahkan diri Kazuo.
Semenjak dahulu lagi. Jungkook sering mengatakan bahawa Kazuo tidak sepatutnya wujud dalam dirinya.
Kazuo dianggap sebagai penyakit.
Sebagai sesuatu yang palsu.
Adakah Song Jihyo turut berfikir akan hal yang sama?
Ketawa kecil lalu meniti di bibir sang jejaka. Namun ketawa itu tidak membawa sebarang makna.
Ianya sekadar ketawa kosong.
***
Song Jihyo menarik nafas, mengumpul kekuatan.
Rasanya sudah cukup lama gadis itu memberi ruang buat sang jejaka. Jihyo juga sudah berfikir dengan masak.
Gadis itu nekad, yakin dengan perasaannya.
Walau siapa pun Jeon Jungkook ataupun Kazuo, perasaan Jihyo terhadap jejaka itu tetap tidak berubah.
Tombol pintu bilik sang jejaka lantas dipulas. Namun ruangan gelap yang menyapa pandangannya kini.
Ke mana pula jejaka tersebut menghilang?
Entah mengapa, Jihyo mula berasa tidak senang hati atas ketiadaan sang jejaka.
***
Kazuo memandu laju, meredah kegelapan malam.
Fikiran jejaka itu kini kosong.
Biarlah Kazuo menamatkan semuanya malam ini juga.
Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu terseksa lagi.
Papan tanda yang memaparkan amaran awas diabaikan Kazuo.
Pedal minyak ditekan semakin kuat sehinggalah kereta yang dipandu akhirnya terjunam ke bawah, menuju ke dasar sungai.
***
Song Jihyo berlari menuju ke sebuah katil yang ditempatkan di ruangan kecemasan.
Kim Mingyu turut mengekori dari arah belakang. Kedua-dua mereka kini mempunyai raut wajah yang cemas.
Tirai langsir yang tertutup itu segera ditolak Jihyo.
Gerangan yang dicari kini berada di hadapan mata, sedang duduk di birai katil.
Tiada kata yang dikeluarkan dari sang jejaka melainkan sebuah senyuman tawar.
YOU ARE READING
Till Death Do Us Part
RomanceShe is full of love He is full of secrets You could feel warmth in her stare But there is only cold in his gaze She seeks for the harmony in living Yet he brings the turmoil to those who breathing He got nothing to lose, but everything to fight Whi...