--

720 69 3
                                    

PROLOGUE

Jeritan dan raungan penuh kesakitan memenuhi ruangan tersebut.

Senyuman sinis terbit di celahan bibir seorang jejaka bersut kemas. Arak di tangan diteguk tanpa menghiraukan lolongan mangsanya.

Kesengsaraan yang diratapi oleh manusia memberi kepuasan dalam diri jejaka itu.

     "Kazuo, aku minta maaf! Aku sanggup buat apa-apa yang kau suruh tapi tolong jangan bunuh aku!"

Senyuman sinis jejaka tersebut beransur hilang. Matanya dicerlung tajam ke arah lelaki yang sedang sujud merayu, meminta agar nyawanya diselamatkan.

Tanpa sebarang kata, jejaka tersebut lansung bangun dari duduk.

Takayama, orang setia jejaka itu pula lantas mengeluarkan bilah pedangnya tanpa perlu disuruh.

     Dengan sekali libasan, suara pekikan lelaki malang tersebut tidak lagi kedengaran. Sunyi seolah-olah tiada sebarang tanda bahawa lelaki itu pernah wujud.

Dinding dan lantai disimbahi percikan merah pekat. Malah, ruangan tersebut turut diselubungi bauan hanyir yang tidak menyenangkan rongga hidung.

Jejaka tersebut memperkemaskan kot yang dipakai sebelum meninggalkan ruangan sempit itu. Tiada lansung sekelumit riak yang terpamer di wajahnya.

     Kazuo. Satu nama yang memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia gelap. Dikenali sebagai manusia yang tidak mempunyai hati. Kekejaman jejaka tersebut sudah cukup untuk membuatkan manusia lain gerun dan tunduk pada dirinya.

Namun identiti sebenar jejaka itu tidak pernah diketahui. Wajah mahupun suara jejaka tersebut, sering menjadi tanda tanya.

     Tiada siapa pun yang akan dibiarkan tinggal bernyawa untuk menceritakan.

Hanya yang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersua muka dengannya.

***

     "Sial! Jahanam!"

Rambut gadis itu ditarik kasar tanpa simpati. Satu tamparan kuat kemudian hinggap di wajah pucat itu.

     "Mana tak guna tu lari hah?!"

Lelaki bertattoo itu terus menerus mencengkam kulit kepala gadis tersebut. Lansung tidak mempedulikan rintihan dan tangisan si gadis.

     "Kau bisu ke? Hm?"

Pipi gadis itu dicengkam pula.

     "Aku tanya jawab la bodoh!"

Berang akibat pertanyaannya tidak dijawab, lelaki itu sekali lagi menampar gadis tersebut.

     "Jihyo!"

Wanita tua itu lantas bersusah payah mendapatkan gadis tersebut yang sudah pun terduduk lemah di atas lantai rumah kecil mereka.

     "Lepaskan cucu aku! Cucu aku tak bersalah! Kau cari la anak aku, bukannya cucu aku!"

Wanita tua itu hanya mampu menangis dan merayu agar cucunya itu dikasihani.

     "Anak tak guna kau tu, dah bawak lari duit aku. Sebagai galang gantinya, aku akan ambil perempuan ni. Kau faham?!"

Tubuh tua itu lansung ditolak kasar ketepi sehinggakan kepala wanita tersebut terhantuk ke bucu meja.

Darah pekat mengalir keluar, mengelilingi tubuh yang sudah pun terbaring kaku di atas lantai ruang tamu.

     "Nenek!"

Tanpa simpati, tubuh gadisitu yang meronta-ronta untuk dilepaskan lantas diseret keluar dengan paksa,meninggalkan rumah kecil tersebut bersama tubuh yang sudah pun tidak bernyawa

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now