-6

406 61 4
                                    


       "Ehhh?!"

Song Jihyo terkejut apabila mendengar sahaja penjelasan dari Madam Yoo.

       "Kenapa pula kena pindah??"

Jihyo terkebil-kebil. Masuk hari ini, baru sahaja empat hari gadis itu tinggal di apartmen Kazuo. Tiba-tiba sahaja dia mendapat khabaran dari Madam Yoo bahawa mereka akan berpindah, hari ini juga.

          "Tuan muda tak ada pula bagitahu sebab-sebabnya. Tapi cik muda jangan risau, kediaman baru nanti, lebih besar dari sekarang. Ianya rumah peninggalan ibubapa tuan muda. Ada kolam renang, taman, gym, cik muda cakap je cik muda nak apa. Semuanya tersedia."

Jihyo mengeluh berat.

Dia tidak kisah akan semua itu. Bagi Jihyo, tiada guna sekiranya kediaman mewah dan luas tetapi sunyi. Tinggal di apartmen jejaka ini pun Jihyo sudah terasa sepi, apatah lagi jikalau pindah ke kediaman yang lebih luas.

Sudah lah jejaka itu jarang berada di rumah. Bangun pagi sahaja, mesti Kazuo sudah pun lenyap dari pandangan. Jihyo cuma sempat bergaul dengan jejaka tersebut bila malam tiba.

          Itupun, tidak selalu kerana Kazuo juga turut keluar pada waktu malam. Entah apa yang Kazuo lakukan, Jihyo juga tidak pasti.

Malah Jihyo lansung tak dibenarkan keluar tanpa pengawasan. Park Seojoon juga gadis itu gagal untuk hubungi.

Memang dia dilengkapkan dengan telefon baru, namun nombor telefonnya turut berubah. Nombor telefon yang tersimpan dalam telefon barunya itu cumalah nombor telefon Madam Yoo, Kim Mingyu, dan juga Kazuo.

          "Mari Cik muda, Cik muda kena bersiap-siap. Cik muda cuma perlu bawa barang peribadi sahaja. Pakaian semua tu tak perlu. Semua dah lengkap tersedia dekat sana,"

Jihyo terlopong.

Bukan kah baju-baju yang dipakainya selama ini masih sahaja baru dibeli? Kaya sangatkah jejaka yang digelar tuan muda ini sampai semua benda harus ditukar baru?


***


          "Tuan muda, kami dah bawakan orang tersebut. Tuan muda nak berjumpa dengan dia sekarang?"

Kim Mingyu menyoal.

Jeon Jungkook pula hanya mengangguk sebagai jawapan.

Selang beberapa saat kemudian, seorang jejaka lantas diheret masuk secara paksa ke dalam pejabat mewah milik Jungkook.

          "Lepaskan aku! Aku Cuma nak cari Jihyo!"

Rontaan jejaka yang dibawa masuk itu hanya diabaikan Jungkook.

Butiran peribadi milik jejaka itu dibaca Jungkook sekilas.

          "Park Seojoon."

Nama jejaka itu disebut Jungkook senada. Matanya lantas memandang ke arah Seojoon. Ternyata jejaka tersebut hanyalah kawan rapat kepada Song Jihyo.

          "Bagitahu aku mana kau sorok Jihyo! Jangan sampai aku report polis!"

Seojoon menjerit, lebih kepada mengugut. Dia telah menyaksikan kejadian di mana Song Jihyo digendong dalam keadaan yang tidak sedarkan diri oleh jejaka yang berada di hadapannya kini.

Mujur sahaja Seojoon berpatah balik ketika itu. Jika tidak, mungkin dia bakal kehilangan jejak Jihyo buat selamanya.

          Kim Mingyu lalu bergerak mendekati Seojoon.

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now