-1

584 72 12
                                    


Nafas Song Jihyo termengah-mengah menahan lelah.

Gadis itu kini sedang terhimpit di tengah lautan manusia yang asyik dengan tarian dan minuman yang memabukkan, khayal dalam nikmat dunia.

     "Kau cari perempuan tu sampai dapat! Kawal semua pintu keluar!"

Degupan jantung Jihyo semakin menggila. Peluh yang menitik turut dirasakan deras mengalir.

Suara itu datang tepat dari arah belakangnya.

     Tidak.

Dia tidak boleh tertangkap.

Anak mata bundar gadis itu pantas diliarkan, mencari arah keluar.

     "Kau check jap perempuan depan ni"

Jihyo semakin cemas.

Gadis itu yakin bahawa perempuan yang dimaksudkan mereka ialah dirinya.

     Tanpa sedar, tangannya telah pun terlebih dahulu menarik lengan milik seseorang.

Leher jejaka tinggi tersebut segera dipaut sebelum bibir munggilnya mendarat kasar pada bibir sang jejaka.

Mata Song Jihyo terpejam rapat bersama nafas yang tidak teratur. Tubuh kecil gadis itu turut menggigil akibat ketakutan yang melampau.

     Dalam hati, Jihyo tidak putus-putus berharap agar jejaka itu tidak menolak tubuhnya jauh.

Pasti sahaja gadis itu akan tertangkap sekiranya perkara tersebut berlaku.

Namun harapannya musnah.

     Jejaka tersebut lansung sahaja menjarakkan wajah mereka berdua.

Mata bundar milik Song Jihyo sudah pun berkaca.

Mati.

Dia pasti mati.

Gadis itu sudah tiada harapan lagi. Nampaknya dia harus menerima takdir untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelacur selepas ini.

     "Shh,"

Song Jihyo terkedu.

Gadis itu dapat merasakan pipinya dielus perlahan.

Pinggangnya pula dirangkul ke hadapan, atau lebih tepat, ke arah jejaka tersebut.

Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

     Dalam sekelip mata sahaja, bibir keduanya sudah pun bertaut semula.

Dan ianya ternyata jauh lebih berbeza.

Ciuman yang pada mulanya perlahan kini mula berubah rentak. Jejaka itu seolah-olah langsung tidak memberi ruang untuk Song Jihyo bernafas.

Setiap lekuk tubuh gadis itu pula diteroka liar oleh tangan jejaka tersebut.

     Jihyo pasrah.

Dia tiada pilihan lain.

Jejaka itu mungkin sahaja merupakan satu-satunya jalan keluar bagi dirinya.


***


Kazuo menyalakan sepuntung rokok. Hadapan badannya disandar pada beranda di balkoni bilik.

Pemandangan kota Seol pada malam itu dihiasi dengan titisan air hujan yang jatuh berderaian.

     Kepulan asap dihembus keluar membentuk bulatan. Rambut serabai jejaka itu kemudiannya diraup kebelakang.

Dingin angin malam yang membelai tubuh badannya lansung tidak dihiraukan. Jejaka itu masih sahaja menghisap rokoknya.

Pandangannya dibawa pula ke arah sekujur tubuh yang berada di atas katil.

     Gadis itu, tanpa seurat benang, sedang tertidur lena dibaluti selimut tebal milik jejaka tersebut.

Tanpa sedar, senyuman kecil perlahan-lahan terbit di bibir Kazuo apabila mengingati semula kejadian yang berlaku semalam.


***


Lima jam sebelum:

Pintu utama apartmen tersebut ditolak kasar.

Tanpa melepaskan tautan bibir, Kazuo lantas mengangkat dan mendorong tubuh Song Jihyo ke arah dinding, membiarkan kedua-dua kaki gadis itu berpaut pada pinggangnya sebagai sokongan.

     Leher jinjang milik gadis itu kini menjadi sasaran. Dicium lembut sebelum bahagian tersebut digigit dan dihisap, meninggalkan kesan yang membiru.

Tangan sasanya pula liar menyentuh dan membelai setiap bahagian sensitif gadis tersebut.

Desahan berselang seli erangan bermain di telinga Kazuo, tidak ubah seperti melodi yang menyenangkan.

     Dress singkat yang dipakai Song Jihyo segera ditanggalkan oleh jejaka tersebut, mendedahkan sebahagian tubuh polos milik gadis itu.

Hembusan nafas yang tidak teratur menerpa wajah mereka berdua.

Mata kuyu gadis itu lalu ditatap Kazuo lama.

      Sempurna.

Satu perkataan itu sudah cukup untuk menggambarkan gadis tersebut di pandangan matanya.

Tanpa menunggu lebih lama, Kazuo segera membawa mereka berdua masuk ke dalam biliknya.

     Kazuo mahupun Song Jihyo, kedua-dua mereka akhirnya hanyut dan terbuai dalam sentuhan masing-masing.


***


Nyalaan api pada puntung rokoknya dimatikan.

Gadis yang sedang lena itu dipandangnya sekali lagi. 

     Kepalanya lalu digeleng perlahan, tidak percaya. Ketawa halus meniti keluar.

Tidak pernah lagi jejaka itu membawa pulang mana-mana gadis. Malah, dia tidak berniat lansung untuk membantu apatah lagi meniduri gadis tersebut.

     Kazuo sedar bahawa gadis itu sedang melarikan diri dari Jung Ilwoo, lelaki yang memiliki kelab malam tersebut. Cuma dia tidak pasti mengapa gadis itu berbuat demikian. Namun jejaka itu pasti bahawa gadis tersebut tiada pilihan lain selain dari mengikutinya pulang.

Jejaka itu tidak pernah bertindak seperti ini. Bukanlah sifat dirinya untuk campur tangan mahupun mengambil kisah akan perihal manusia lain.

     Namun, ada sesuatu dalam diri gadis itu yang berjaya menarik dirinya tidak ubah seperti magnet. 

Entah mengapa, Kazuo tidak dapat mengawal dirinya untuk terus berhenti dari menginginkan lebih dari gadis tersebut.


Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now