-14

251 41 3
                                    


Sudah hampir 20 minit Takayama dan pengikutnya memasuki bangunan usang tersebut. Sepanjang tempoh itu jugalah, bunyi tembakan dan raungan manusia tidak berhenti bersahutan. 

Tubuh Jeon Jungkook menggigil. Peluh dingin turut mengalir deras, membasahi diri.

Jeritan meminta pertolongan serta bayangan tragedi dari masa silam mula terpancar kembali dalam ingatan sang jejaka.

          'Jungkook! Lari sayang! Pergi!'

Kepala Jungkook digeleng laju.

Tidak.

Kali ini, jejaka itu tidak akan pergi melarikan diri mahupun berdiam diri. Jungkook tidak akan biarkan wanita yang disayangi, pergi buat kedua kalinya.

Mengabaikan permintaan Takayama supaya dirinya tidak masuk campur, Jungkook lantas mengorak langkah, memasuki bangunan usang tersebut.


***


Jung Ilwoo menarik kasar ikatan pada pergelangan tangan Song Jihyo, memaksa sang gadis mengikuti langkahnya.

          Kelibat anak buahnya berlawan menentang pengikut Kazuo hanya mengundang senyuman sinis di bibir Jung Ilwoo. Ternyata Kazuo memandang rendah pada dirinya apabila bilangan pengikut yang dihantar ternyata Cuma sedikit sahaja.

Takayama yang sedang dikelilingi sepuluh orang suruhannya juga sepertinya sedang bergelut, tiada ruang untuk menembusi benteng pengikut Ilwoo.

Mengambil kesempatan ini, Ilwoo harus segera pergi. Tidak dinafikan, bilangan mereka lebih ramai. Namun ketahanan Takayama juga melebihi batas manusia biasa. Jejaka berdarah Jepun itu mampu bertempur seharian tanpa henti.

          Lantas Jihyo yang masih lemah itu segera dipaksa untuk meneruskan perjalanan.

Belum sempat Ilwoo mahu melangkah, sebuah tumbukan terlebih dahulu mendarat pada wajah jejaka tersebut, membuatkan jejaka itu jatuh ke lantai.

Di hadapan Ilwoo kini berdiri seorang jejaka.

          "Kazuo-"

Jihyo akhirnya bersuara.

Air mata yang ditahan selama ini tumpah apabila melihatkan gerangan yang dinanti kini muncul.

Segera gadis itu berlari mendapatkan sang jejaka, tidak kisah akan kesakitan yang dialami pada seluruh tubuhnya.

          Berang dengan situasi yang sedang terjadi, Ilwoo tanpa berfikir panjang lantas mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluarnya.

Tubuh Song Jihyo menjadi sasaran.

          Jeon Jungkook tersenyum hiba melihat wajah polos sang gadis yang kini berlari ke arah dirinya. Tangan sang jejaka sudah dibuka luas, bersedia untuk menggamit tubuh Song Jihyo ke dalam dakapan.

Tetapi, senyuman Jungkook hilang apabila kelibat Jung Ilwoo muncul dibelakang Jihyo, menghunus pisau ke arah gadis tersebut.

Jungkook lantas menjerit, berharap agar Jihyo sempat mengelak. Namun semuanya terjadi dalam sekelip mata.

          "Jihyo!!!"

Tubuh longlai Song Jihyo kini rebah, tertiarap di atas lantai.

Darah pekat yang membuak dari bahagian belakang sang gadis membuatkan Jungkook sesak nafas.

Bayangan silam sekali lagi berputar kembali.

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now