-7

511 63 34
                                    


Song Jihyo termenung di beranda biliknya. Gadis itu terbangun awal pada pagi ini. Matahari juga belum bersinar sepenuhnya.

Sejak beberapa hari yang lalu, gadis tersebut kerap kali memikirkan perihal Park Seojoon yang secara tidak lansung telah memberikan petunjuk, bahawa dia tiada sebarang rasa istimewa buat sang gadis.

Bukan mudah buat Jihyo untuk lupakan perasaannya pada Seojoon begitu sahaja. Mana taknya, dia sudah memendam rasa pada jejaka tersebut sejak di bangku sekolah lagi.

          "Selamat pagi Cik muda,"

Jihyo yang baru sedar akan kehadiran wanita berusia itu hanya mampu mengukirkan sebaris senyuman.

Madam Yoo memang akan datang ke bilik gadis tersebut tiap pagi untuk membangunkan dirinya. Dan perkara itu merupakan permintaan dari Song Jihyo sendiri.

         "Cik muda masih fikirkan tentang dia?"

Jihyo menghela nafas berat mendengarkan soalan yang keluar dari bibir Madam Yoo.

          "Adalah sikit,"

Madam Yoo tersenyum nipis.

         "Mungkin Cik muda patut cuba untuk lihat apa yang dah ada depan mata,"

Jihyo mengerutkan dahi, cuba memahami apa yang disampaikan oleh wanita tersebut.

Namun belum sempat gadis muda itu untuk bersuara, rasa mual tiba-tiba sahaja menyerang dirinya. Lantas langkah gadis itu diatur menuju ke tandas.

          Habis segala isi perut dimuntahkan sang gadis.

Jihyo terduduk di sisi mangkuk tandas. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini dirinya sering berasa tidak enak.

          "Cik muda, Cik muda tak apa-apa?"

Madam Yoo menyoal cemas. Belakang badan gadis muda itu juga diurutnya perlahan.

Jihyo hanya mampu mengangguk lemah.

          "Biar makcik panggilkan doktor,"

Tangan Jihyo lantas menahan wanita berusia tersebut dari melangkah pergi.

          "Tak apa makcik, Jih-"

Percakapan Jihyo terhenti apabila serangan mualnya datang buat kali kedua.

Melihatkan Jihyo yang muntah sekali lagi, Madam Yoo lantas bergegas keluar. Dia harus segera membuat panggilan kepada doktor sekali gus memberitahu keadaan Jihyo kepada tuan mudanya.

          Jihyo mengelap mulutnya.

Seingat gadis itu, tiada pula dia mengambil sebarang makanan yang mencurigakan. Malah, gadis itu sendiri yang masak semalam. Kalau terjadi keracunan makanan sekalipun, tak akan lah hanya dia seorang yang mengalami gejala tersebut. Sakit perut mahupun cirit birit pun tiada juga. Jadi agak mustahil sekiranya dia sedang mengalami keracunan makanan sekarang.

Rasa pahit di anak tekak membuatkan gadis itu loya semula.

          "Kau ok tak ni?"

Suara serak basah milik Jeon Jungkook yang baru sahaja bangun jelas kedengaran di telinga Song Jihyo.

Tangan hangat jejaka itu turut mengusap lembut belakang badan Jihyo, cuba untuk meredakan mual sang gadis.

          Serentak itu jugalah air mata Jihyo jatuh.

Jungkook yang sedari tadi masih mamai lantas sahaja menjadi segar. Rasanya, tiada pula jejaka itu berkata yang bukan-bukan hingga membuatkan gadis tersebut menangis.

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now