-15

259 52 0
                                    


Kazuo semalaman berada di sisi Song Jihyo, menggenggam erat jemari sang gadis yang masih belum sedarkan diri.

Mujur sahaja tikaman yang diterima gadis itu tidak mengenai organ mahupun saluran darah yang penting.

Kandungan Jihyo juga terselamat, tiada tanda-tanda bahawa janin yang dikandung gadis tersebut terjejas.

          "Tuan muda,"

Madam Yoo datang menghampiri.

Sedulang makanan diletakkan di meja berhampiran.

          "Makan lah walaupun sikit. Kalau cik muda tahu, mesti cik muda sedih."

Kazuo tersenyum nipis.

          "Jihyo takkan sedih kalau dia tahu siapa Kazuo, siapa Jeon Jungkook"

Madam Yoo terdiam. Wanita itu menggeleng perlahan kepalanya.

Mungkin jejaka itu tidak menyedari bagaimana layanan Song Jihyo kepada dirinya. Jeon Jungkook mahupun Kazuo, Jihyo melayan kedua mereka sama sahaja.

          Kedua mereka dilayan dengan perasaan kasih.

Tiada yang berbeza.


***


Tuan Saito mengelamun jauh ke arah pemandangan di kota raya Tokyo. Sekali sekala terdengar keluhan berat yang keluar dari bibir tua tersebut.

Rasa bersalah terhadap cucunya masih menebal hingga ke hari ini.

Dia lah penyebab Jeon Jungkook menjadi anak yatim di usia muda. Dia juga lah yang menjadi penyebab kepada munculnya Kazuo Saito.

          Kazuo Saito.

Identiti ini muncul kerana Jeon Jungkook dianggap sebagai seorang yang lemah, gagal untuk melindungi ibu dan bapanya.

Disebabkan itu juga lah, Jeon Jungkook bersembunyi di sebalik Kazuo sepanjang tempoh lima tahun.

          Di bawah jagaan Tuan Saito, Kazuo telah dilatih untuk menjadi seorang samurai yang handal dalam pelbagai seni mempertahankan diri.

Sehinggalah cucunya itu cukup dewasa untuk mengambil alih syarikat keluarga menantunya.

Tuan Saito tidak mampu untuk menyalahkan sesiapa lagi melainkan dirinya.

Angkara pergaduhannya bersama Yakuza yang lain, anak dan menantunya yang menjadi korban. Hingga Jeon Jungkook turut membenci dirinya.

          Pernah terdetik di hati tuanya untuk berhenti, namun Tuan Saito masih mempunyai banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan posisinya kepada orang lain. Ini untuk keselamatan cucu tunggalnya juga.

Tiada yang layak melainkan Kazuo.


***


Song Jihyo tersedar, dan perkara pertama yang menyapa pandangan sang gadis ialah wajah Kazuo yang dihiasi senyuman.

Jihyo bingkas bangun, namun dihalang oleh sang jejaka.

          "You shouldn't move around yet,"

Gadis itu tersenyum nipis.

Kazuo seperti biasa, terlalu risau akan dirinya.

          Wayar yang berselirat pada lengannya dipandang Jihyo. Kesakitan pada bahagian belakangnya turut terasa.

Jadi benarlah. Ianya bukan mimpi. Gadis itu hampir-hampir sahaja berada di ambang kematian.

Perutnya yang masih kempis lantas dipegang. Jihyo memandang Kazuo, meminta penjelasan mengenai keadaan kandungannya.

          "The baby is safe. Strong, just like the mother,"

Kazuo berbisik lembut.

Genggaman tangannya bersama sang gadis turut dieratkan sebelum jemari mulus Jihyo dikucup perlahan.

Senyuman gadis itu masih terukir, tidak lekang atas layanan manis Kazuo terhadap dirinya.

          "Jihyo,"

Raut wajah Kazuo bertukar serius.

          "Kau ingat janji aku dulu? Janji di mana aku akan lepaskan kau?"

Senyuman pada wajah Song Jihyo lantas menghilang.

Jihyo terdiam. Pernafasannya terasa seperti disekat.

Adakah jejaka itu mahu menunaikannya? Sekarang?

          "Aku minta maaf, aku-"

"Kazuo,"

Jihyo segera memotong.

        "Saya masih penat. Kita cakap kemudian ya,"

Jihyo lantas memejam erat matanya.

Buat masa sekarang, Jihyo masih belum bersedia untuk mendengar kata-kata perpisahan dari sang jejaka.

Kazuo mengeluh perlahan.

          Senyuman pahit diukir sang jejaka sebelum sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi Song Jihyo.

Gadis itu perlu berehat.

Dan Kazuo tidak mahu mengganggu.

          Sebaik sahaja pintu biliknya ditutup, Jihyo lantas membuka matanya semula.

Air jernih lalu membasahi wajah polos tersebut.










          'Aku belum bersedia untuk lepaskan kau, Jihyo. Tak, aku tak sanggup untuk lepaskan kau. Jadi aku terpaksa mungkiri janji. Maaf, sebab aku pentingkan diri'



          'Saya belum bersedia untuk pergi dari hidup awak Kazuo. Tak, saya tak sanggup untuk pergi. Jadi saya terpaksa lari dari janji. Maaf Kazuo, saya pentingkan diri'


***

p/s: short chapter! hehehehhe

btw, drama je pasangan kita ni.

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now