Song Jihyo membasahkan tuala sebelum badan Jeon Jungkook dibersihkan gadis tersebut. Sudah menjadi rutin harian buat sang gadis untuk melakukan perkara sedemikian.
Kini sudah masuk hampir dua minggu semenjak kemalangan tersebut berlaku. Jihyo sudah pun pulih sepenuhnya. Cuma dia masih perlu mengikuti rawatan susulan.
Manakala Jeon Jungkook, jejaka itu masih sahaja belum sedarkan diri.
Sepanjang tempoh itu juga lah Song Jihyo setia berada di sisi jejaka tersebut, menunggu sang jejaka untuk bangun dari tidurnya.
"Awak tahu Kazuo, hari ni saya lawat Junseo lagi. Sampaikan grandpa marah sebab saya tak nak balik rumah lansung. Mingyu dengan Madam Yoo pun kuat membebel. Diorang suruh saya rehat. Tapi saya sihat je,"
Jihyo ketawa kecil.
Jeon Junseo merupakan nama yang dipilih oleh Jungkook buat bayi lelaki mereka.
Bayi kecil itu masih ditahan di hospital namun keadaannya turut semakin pulih. Tetapi beberapa rawatan dan ujian masih perlu dijalankan ke atas Junseo sebelum bayi tersebut benar-benar boleh dikeluarkan dari hospital.
"Bila awak nak bangun? Saya rindu awak. Awak-"
Gerakkan yang dirasakan dari jemari Jungkook mematikan percakapan Song Jihyo.
"Kazuo?"
Jihyo bingkas bangun.
Tautan pada tangan Jungkook dieratkan.
Perlahan-lahan kelopak mata Jeon Jungkook dibuka, mengundang senyuman lebar pada bibir sang gadis.
"Doktor! Nurse!"
***
"He can't remember some part of his memories. We will do CT scan on his brain again to see any changes"
Baris ayat dari doktor tersebut membuatkan Song Jihyo terkelu.
Tuan Saito dan Kim Mingyu turut serta terdiam.
"Kazuo,"
Jihyo menghampiri.
Tangan sang gadis perlahan-lahan naik, mengusap lembut sisi wajah Jeon Jungkook.
Jungkook sekadar membiarkan.
Riak kosong terpapar di wajah jejaka itu.
"Siapa dia, grandpa?"
Perlakuan Jihyo terhenti.
Bibir sang gadis bergetar, menahan sebak.
Pandangan Jihyo dialih ke arah Tuan Saito dan juga Kim Mingyu sebelum gadis tersebut segera melangkah keluar dari bilik rawatan Jeon Jungkook.
Tuan Saito mengeluh berat.
Buat masa sekarang, lelaki berusia tersebut juga buntu.
Tiada jalan lain melainkan menunggu ingatan sang jejaka untuk Kembali pulih.
******
Song Jihyo termenung jauh.
Air laut yang sekali-sekala menyapa kakinya hanya dibiarkan.
Penerangan dari doktor tersebut terngiang semula di minda sang gadis.
YOU ARE READING
Till Death Do Us Part
RomanceShe is full of love He is full of secrets You could feel warmth in her stare But there is only cold in his gaze She seeks for the harmony in living Yet he brings the turmoil to those who breathing He got nothing to lose, but everything to fight Whi...