Song Jihyo termenung sendirian.
Sudah hampir dua minggu sejak pemergian neneknya. Namun, ayah gadis tersebut masih belum memunculkan diri. Panggilan juga lansung tidak diangkat.
Jihyo terkilan.
Ayahnya pergi menghilangkan diri begitu sahaja. Dia kini seolah-olah sudah tiada sesiapa.
Buat masa sekarang, gadis itu terpaksa menyewa seorang diri di sebuah rumah kecil di pinggiran Seol. Dia turut berkerja separuh masa di kedai serbaneka berhampiran.
Ini semua semata-mata demi menyelamatkan diri daripada cengkaman Jung Ilwoo. Lagipula, rumah lamanya telah pun dirampas sebagai bayaran kepada hutang bapanya yang menimbun.
Puan Seo dan Seojoon sudah banyak kali memujuk agar dirinya tinggal bersama mereka. Namun Jihyo tetap berkeras. Dia tidak mahu sekiranya nyawa kedua beranak tersebut pula yang berada dalam bahaya.
"Jihyo!"
Laungan tersebut berjaya mematikan lamunannya. Segera kepalanya dijengukkan ke luar tingkap bilik.
Senyuman lebar lansung terbit di bibir munggil gadis tersebut apabila melihat sahaja gerangan yang tiba.
***
Jeon Jungkook memejam erat kedua-dua matanya. Peluh yang mengalir dikesat kasar. Rahangnya turut dikejap kuat.
Meja kerja lantas dihentak berulang kali, tidak mempedulikan buku limanya yang kian memerah.
"Kazuo sial!"
Sumpah seranah dilempar Jungkook kepada gerangan yang meniti di bibirnya.
Mahu sahaja dia membunuh jejaka tersebut.
Namun mustahil.
Kerana Kazuo merupakan sisi lain dalam dirinya.
Tiada cara lain bagi dirinya untuk melenyapkan Kazuo, melainkan dengan mengambil nyawanya sendiri.
Sejak kehadiran gadis itu, Jungkook sedar bahawa Kazuo lebih kerap memunculkan dirinya berbanding sebelum ini. Selalunya Kazuo hanya akan muncul apabila malam tiba, sejurus selepas Jeon Jungkook berlayar ke alam mimpi.
Namun kini, hampir setiap hari Jungkook dan Kazuo akan bertingkah, cuba mengambil alih tubuh masing-masing seperti yang berlaku sekarang.
Barang serta dokumen yang tersusun elok ditolak Jungkook hingga ke lantai sebelum akhirnya jejaka itu terduduk semula di atas kerusi.
Suasana di pejabat milik jejaka tersebut berubah sunyi secara mendadak.
Namun ianya tidak lama apabila sebuah tawa sinis mula kedengaran dari mulut jejaka tersebut. Pandangan mata jejaka itu turut berubah.
Kazuo lantas mengelus perlahan buku limanya yang terasa sengal. Pasti sahaja angkara Jeon Jungkook.
Meja kerja yang tidak tersusun dipandang jejaka itu sekilas sebelum pandangan matanya tertancap pada sehelai dokumen.
Alis keningnya diangkat. Senyuman sinis mula terpamer apabila membaca isi kandungan dokumen tersebut.
Nampaknya, bukan dirinya sahaja yang tertarik terhadap Song Jihyo. Sisi lainnya, Jeon Jungkook sepertinya turut menanam minat terhadap gadis muda tersebut.
Dokumen yang mengandungi maklumat mengenai Jihyo lantas dilempar Kazuo semula ke atas meja.
Setelah hampir dua minggu mencari, Kazuo kini tahu di mana keberadaan gadis tersebut.
Tanpa membuang masa, telefon pintar yang berada di kocek seluar segera dikeluarkan. Nombor Takayama pantas didail oleh jejaka tersebut.
***
"Jihyo, kau pasti kau okay?"
Gadis itu hanya mengangguk perlahan.
"Kau jangan la risaukan aku sangat Joon,"
Park Seojoon mengeluh.
Bagaimana lah dia tidak risau sekiranya gadis itu bila-bila masa sahaja boleh diancam bahaya.
"Pastikan call aku kalau samseng tu datang cari kau,"
"Yelah yelah! Kau pergi je, lambat dah ni,"
Tubuh Seojoon ditolak Jihyo ke arah motosikalnya.
Jejaka itu hanya menurut. Topi keledar lantas disarung semula.
"Nanti aku datang lagi. Pastikan kau kunci pintu rumah. Dekat sini katanya area perompak. Baik kau hati-hati,"
"Yelah Seojoon. Jangan lupa kirim salam dekat mak kau,"
Seojoon tersenyum. Rambut gadis itu lantas diserabutkan oleh jejaka tersebut.
Jihyo mencebik bibirnya tanda geram akan perlakuan Seojoon. Jejaka itu pula sudah lama terkekeh suka.
"Bye Jihyo! Jaga diri kau,"
Seojoon sempat lagi menjerit sebelum motorsikalnya hilang dari pandangan Jihyo.
Lambat laun, senyuman lebar turut muncul di bibir gadis tersebut. Jihyo akui, Seojoon memang sering membuat dirinya tersenyum.
Dalam diam, gadis tersebut turut menyimpan perasaan terhadap sahabat baiknya itu. Cuma dia masih belum berani untuk meluahkan semuanya. Jihyo nekad. Suatu hari nanti, apabila semua masalahnya sudah selesai, dia pasti akan meluahkan perasaannya yang terbuku selama ini kepada Park Seojoon.
Tersedar bahawa dia masih perlu ke tempat kerja, Song Jihyo segera masuk semula ke dalam rumahnya untuk bersiap.
Tanpa gadis itu sedari, terdapat beberapa pasang mata yang sedang memerhatinya kini.
***
"Tuan muda-"
Langkah Kim Mingyu terhenti.
Ruang pejabat majikannya yang sepi itu menjadi tatapan. Rasa hairan mula menjengah apabila melihatkan meja kerja milik Jeon Jungkook yang turut berselerak.
Matanya lantas tertancap pada satu dokumen yang berada di atas meja.
"Shit-"
Tak salah lagi, dokumen tersebut ialah dokumen yang mengandungi maklumat mengenai Song Jihyo.
Hanya ada satu sahaja kemungkinan yang sedang berlaku ketika ini.
Kazuo, jejaka itu pasti sahaja telah mengambil alih tubuh badan milik Jeon Jungkook.
Kaki Mingyu laju menuju ke arah meja setiausaha.
"Nayeon, mana Tuan muda pergi?"
Gadis yang digelar Im Nayeon lansung sahaja terkebil-kebil memandang Mingyu yang sedang kelihatan resah.
"Tuan muda ada bagitahu tak dia pergi mana?"
Soalan yang berbaur sama disoal sekali lagi. Geram pula jejaka itu apabila Nayeon hanya mampu terkebil-kebil memandang dirinya.
"Oh, Tuan Jungkook tak kata apa-apa pulak. Dia just terus keluar. Saya ingatkan dia nak pergi lunch."
Mingyu merengus perlahan. Nampaknya, memang benar Kazuo sedang mengambil alih tubuh badan tersebut.
"Batalkan semua appointment Tuan muda untuk harini"
"Eh?! Tapi-"
Belum sempat Nayeon mahu membantah, Mingyu sudah terlebih dahulu menghilangkan diri.
Jejaka tersebut harus segera mencari tuan mudanya itu.
Jeon Jungkook dan juga Kazuo boleh berada di dalam bahaya sekiranya kedua-duanya hilang kawalan ke atas tubuh badan mereka.
YOU ARE READING
Till Death Do Us Part
RomanceShe is full of love He is full of secrets You could feel warmth in her stare But there is only cold in his gaze She seeks for the harmony in living Yet he brings the turmoil to those who breathing He got nothing to lose, but everything to fight Whi...