-23

416 46 12
                                    


          "You owe me."

Nada Jeon Jungkook dingin.

Tidak ubah seperti beberapa hari yang lalu apabila Jungkook menghalau dirinya.

          Kim Mingyu yang memerhati mula terpinga-pinga. Kedua-dua mereka sudah berbaik, bukan?

Song Jihyo langsung tidak membalas.

Malah, gadis itu sekadar mengabaikan sahaja kehadiran jejaka tersebut.

          Perasaan geram mula bertaut di hati sang gadis.

Ingatkan jejaka itu ingin memohon maaf atas perlakuannya tempoh hari. Tapi boleh pula dia datang menuntut hutang dari gadis tersebut. Hutang apa entah. Sudah lah muncul tanpa diundang.

          'You owe me. Ceh.'

Jihyo mengejek suara jejaka itu di dalam fikirannya.

Pandangan sang gadis kini kembali kepada Junseo, tidak lepas dari melihat wajah comel bayinya itu.

Sekali sekala rengekan yang keluar dari mulut Junseo berjaya menghiburkan hati sang gadis, membuatkan Jihyo tersenyum manis. Terlupa sejenak akan kehadiran Jeon Jungkook yang menjengkelkan hatinya sebentar tadi.

          Dan senyuman yang terbit di bibir munggil Song Jihyo, tanpa sedar turut berjaya mengundang senyuman di wajah Jeon Jungkook.

Secara spontan, jemari Jungkook naik mengusap pipi si comel.

Jihyo terkedu, namun gadis itu tidak juga menghalang.

          Sebaliknya, pandangan Jihyo kini beralih kepada wajah milik Jungkook yang berada terlalu hampir dengannya.

Jejaka itu yang ralit mengelus pipi montel milik Junseo, masih belum sedar akan perlakuan Jihyo.

Gadis itu tersenyum pahit.

          Tipu jikalau Jihyo katakan bahawa dia tidak rindu akan jejaka di hadapannya ini. Namun Jungkook tidak mengingati dirinya. Malah, Jungkook dengan jelas memberitahu bahawa dia tidak sukakan gadis tersebut.

Dan tanpa sedar, pandangan mata kedua-dua pasangan itu kini bertaut.

Jungkook terpaku.

         Jejaka itu seolah-olah dipukau. Dia tidak boleh mengalihkan pandangannya dari terus melihat wajah sang gadis.

Sejak bila Song Jihyo kelihatan cantik seperti ini? Malah bibir munggil gadis itu seolah-olah memanggil dirinya.

Belum puas Jungkook mahu merenung wajah milik Jihyo, rengekan Junseo terlebih dahulu menghentikan segalanya.

          Tubuh jejaka itu segera dijauhi sang gadis.

Dengan pantas Jihyo cuba untuk mententeramkan hatinya yang menjadi tidak tentu arah hanya dengan renungan dari Jeon Jungkook.

Junseo yang masih merengek kecil itu lantas ditepuk perlahan sehingga bayi tersebut tertidur.

          "Mingyu, jom"

Baris ayat tersebut ditutur oleh Jihyo sebaik sahaja Junseo diletakkan di katil bayinya semula.

Mingyu yang sedari tadi hanya memerhati segera mengangguk sebelum mengekori kelibat Cik mudanya yang sudah jauh ke depan.

          Jeon Jungkook menghembus nafas lega.

Wajah Junseo yang lena itu lalu ditenung dengan senyuman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now