Jeon Jungkook terjaga dari lena apabila rasa lenguh dan kebas mula menjalar di lengan kanannya.
Keluhan halus dilepas Jungkook apabila menyedari bahawa Song Jihyo kini berada di dalam dakapannya. Song Jihyo, gadis itu seperti tiada tanda-tanda mahu bangun dari tidur.
Dengan perlahan-lahan, Jungkook mula mengalihkan tangan sang gadis yang merangkul pinggangnya sebelum tubuh mereka berdua dijarakkan jejaka tersebut.
Namun belum sempat Jungkook mahu menarik lengannya yang sedang memangku kepala Song Jihyo, gadis itu sekali lagi telah merapatkan jarak mereka sebelum pinggang sang jejaka dirangkul semula.
Rengekan kecil yang keluar dari mulut sang gadis membuatkan Jungkook berhenti bergerak, tidak mahu sekiranya gadis itu terbangun dari lena.
Memandangkan hujung minggu sudah bermula, jadi tiada salahnya jika dia membiarkan Jihyo tidur dengan lebih lama. Dia masih lagi mempunyai hati perut. Lagipula, haruman bunga bercampur vanilla berserta kehangatan dari tubuh sang gadis sedikit sebanyak memberi keselesaan pada dirinya.
Baru sahaja Jeon Jungkook mahu berlayar ke alam mimpinya semula, gadis itu tiba-tiba sahaja bangun secara mendadak, mengejutkan Jungkook yang baru terlelap.
"Pukul berapa dah ni?!"
Jihyo segera bertanya. Matanya pula lantas memandang sekilas ke arah jam di dinding. Anak mata sang gadis membesar apabila menyedari bahawa dirinya sudah terlambat.
Melihatkan Jihyo yang tergesa-gesa mahu turun dari katil, Jungkook pantas menahan pergelangan tangan gadis tersebut, menghentikan pergerakkan sang gadis.
"Kau nak ke mana?"
"Saya dah janji dengan Dr.Lee, nak datang hospital pagi ni. Check kandungan,"
Tanpa menunggu balasan dari Jeon Jungkook, Jihyo lantas meninggalkan jejaka itu keseorangan di bilik.
Ingatan sebelum dirinya pitam tidak sedarkan diri kembali berputar di minda sang jejaka. Hampir seharian dirinya diambil alih oleh Kazuo. Dan semuanya disebabkan oleh Song Jihyo.
Berita kehamilan gadis itu sudah tentu telah diketahui Kazuo.
Jungkook bingung.
Pelbagai persoalan bermain di mindanya ketika ini. Dan semuanya tentu sahaja berkaitan Song Jihyo.
***
Song Jihyo tersenyum kekok ke arah Jeon Jungkook. Terasa janggal sahaja apabila sedari tadi jejaka tersebut melihat perutnya yang terdedah itu.
Tak sangka pula jejaka itu mahu menemaninya ke hospital pagi ini. Padahal, Jihyo baik-baik sahaja sekiranya dia pergi sendiri. Lagipula, gadis itu boleh sahaja meminta pertolongan dari Madam Yoo sekiranya dia mahu ditemani.
"Saya sapu dulu gel ni atas perut puan ye. Tapi sejuk sikit lah,"
Jihyo mengangguk, memberi kebenaran kepada doktor wanita itu untuk meneruskan perbuatannya sebelum mesin ultrasound tersebut digerakkan di atas perut sang gadis.
"Oleh sebab usia kandungan puan masih lagi awal, jadi anggota badan bayi puan masih belum lagi terbentuk sepenuhnya. Buat masa sekarang, puan hanya boleh Nampak kantung bayi sahaja. Tapi memang confirm lah, usia kandungan puan sekarang ni dah masuk 5 minggu"
YOU ARE READING
Till Death Do Us Part
RomanceShe is full of love He is full of secrets You could feel warmth in her stare But there is only cold in his gaze She seeks for the harmony in living Yet he brings the turmoil to those who breathing He got nothing to lose, but everything to fight Whi...