-19

218 46 2
                                    


Air mata Song Jihyo menitis tanpa henti, membasahi pipi mulus sang gadis.

          Madam Yoo memandang sayu ke arah Jihyo.

Bahu gadis itu dirangkul ke dalam pelukan, cuba memberi kekuatan.

Anak yang dikandung Jihyo kini sedang dirawat di dalam unit rawatan rapi. Disebabkan kemalangan tersebut, bayi Jihyo terpaksa dilahirkan pra-matang.

Komplikasi yang dihadapi menyebabkan ia tidak mampu bertahan hidup tanpa bantuan alat pernafasan. DIsebabkan itu lah segala rawatan rapi sedang diusahakan buat si kecil.

          "Jihyo tak sempat nak peluk cium dia lagi,"

Jihyo berbisik lirih.

Gadis itu hanya mampu melihat anaknya disebalik dinding yang berkaca.

          "Kesian baby Jihyo. Mesti dia tengah sakit sekarang ni. Tapi Jihyo tak boleh nak sentuh dia,"

Gadis itu kembali teresak-esak.

Ditambah lagi dengan keadaan anaknya yang berselirat dengan wayar, membuatkan hati Jihyo semakin sayu.

          "Ni semua salah Jihyo. Jihyo tak kuat nak jaga baby,"

Madam Yoo lantas mengusap lembut belakang badan sang gadis.

          "Tak cik muda. Semua ni bukan salah cik muda. Baby cik muda akan sihat tak lama lagi. Cik muda sabar ya,"

Wanita berusia itu cuba menenangkan diri gadis tersebut.

          "Kazuo, Kazuo-dia, dia salahkan Jihyo jugak ke makcik?"

Jihyo bertanya sayu.

          "Tak ada sesiapa yang salahkan cik muda. Semua yang berlaku ni bukan salah cik muda."

          "Habistu, mana Kazuo? Dia bencikan Jihyo ke makcik? Jihyo penyebab baby sakit. Sebab tu lah dia tak datang jumpa Jihyo kan?"

Madam Yoo terdiam.

Wanita itu kelihatan seperti teragak-agak untuk bersuara.

          "Tuan muda tak bencikan cik muda. Makcik yakin."

          "Jadi mana Kazuo, makcik?"

Song Jihyo mendesak.

Madam Yoo seloah-olah mahu mengelak dari menjawab soalannya sahaja sedari tadi.

Gadis itu mula berasa tidak sedap hati.

          "Cik muda kena banyakkan berehat. Lagipun, cik muda baru sedar. Doktor pun minta cik muda untuk balik semula ke wad lepas dah tengok baby. Luka jahitan cik muda masih belum sembuh."

Madam Yoo cuba mengalih tajuk.

          "Kalau macam tu, biar Jihyo yang cari Kazuo sendiri,"

Jihyo tidak mempedulikan kata-kata dari Madam Yoo. Gadis itu lantas berura-ura mahu menggerakkan kerusi rodanya dengan sendiri.

Wanita berusia tersebut dengan pantas menghalang.

Satu keluhan berat meniti di bibir sebelum Madam Yoo mengangguk lemah. Wanita tersebut tiada pilihan lain selain mengikuti sahaja keinginan cik mudanya itu.


***


Kim Mingyu terjaga dari lena apabila pintu ruangan itu dibuka dari luar.

Till Death Do Us PartWhere stories live. Discover now