Bab 1

8.9K 273 4
                                    

Kring kring

Bunyi bising dari jam loceng yang berada di sebelah meja dicapai dengan malas.Tangan segera menghentikan jam loceng itu daripada berbunyi dengan nyaring dengan mata yang masih tertutup.

Nafas diambil sejenak dan di hembus perlahan.Selimut yang membalut tubuhnya untuk mengelakkan kesejukkan semalam di buang ke tepinya.Rambut yang kusut di sikat dengan jarinya dan dia termenung seketika di atas katil.Memang tabiatnya untuk termenung sebelum bangun dari tidur.Fikirannya berada di awang-awangan sekarang.

Tidak tunggu lama, Elain Nesrin bangun daripada baringannya dengan mata yang masih kabur.Kaki melangkah ke bilik air dengan lemah longlai.Terfikirkan kerjanya sebagai pembantu peribadi dengan pendapatan yang lumayan membuatkannya bertahan.Kalau tidak sudah lama dia meneruskan tidurnya itu.

Setelah selesai dengan mandiannya,Elain memakai pakaian kerjanya seperi biasa.Pencil skirt paras lutut dan satin blouse dipadankan.Rambut dikemaskan dan solekkan nipis menjadi pilihan Elain pada hari ini.Dia hanya mahu ke pejabat jadi tidak perlu make up seperti mahu mengorat boss.Beg tangan di ambil dan dia keluar dari biliknya.

Kaki melangkah ke tingkat bawah.Sarapan yang telah disediakan di atas meja makan membuatkan mata Elain melilau ke kiri dan kanannya.Tangan sibuk memakai anting-antingnya.

"Abang!".Jeritan kuat yang keluar dari bibir wanita itu membuatkan Seth yang berada di dapur segera berlari ke ruangan makan dengan terburu-buru tanpa sempat dia menanggalkan apronnya.

"Kenapa dik?".Seth dengan riak wajah keliru memandang Elain yang sudah kemas dengan pakaian kerjanya.

"Abang bukannya balik esok ke?".Tanya Elain pelik.Abangnya itu ada lawatan kerja selama seminggu dan dia ingatkan Seth akan pulang esok tetapi melihatkan lelaki itu yang berdiri di hadapannya hari ini membuatkannya sedikit pelik.Kaki melangkah ke kerusi dan punggung di henyak ke atas salah satu kerusi di situ.

Seth menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haah sepatutnya balik esok tapi kerja abang dah siap awal .Adik cuti tak hari ni?".Tubuh di dudukkan ke atas kerusi di hadapan Elain yang sedang menggigit sekeping roti itu.Tapi nampak gaya dengan pakaian wanita itu akan berangkat ke tempat kerja sebentar lagi.Seth memang menanyakan soalan bodoh.

Elain menggelengkan kepalanya.

"Adik kerja tak sampai sebulan pun lagi.Rasanya kalau minta cuti mesti boss adik tak bagi".Elain yakin akan perkara itu.Lagipun,kalau dia meminta cuti dengan alasan yang tidak munasabah,memang tidaklah bossnya membenarkan.

"Ouh,abang baru je nak ajak adik pergi rumah nenek".Seth mencebik sambil menggigit rotinya dengan riak yang sedih.

Elain menggelengkan kepalanya dek kerana menyampah dengan lelaki itu.Bukannya comel pun.Suasana sunyi seketika sebelum Elain mengambil beg tangannya.

"Hari ni adik pinjam kereta abang boleh tak?".

Seth menghentikan kunyahan dan dia perlahan-lahan menjeling Elain yang sudah memegang kunci kereta.Dalam hati sudah berbakul sumpahan kepadanya sendiri dek kerana meletakkan kunci kereta di tempat yang boleh dilihat Elain.

Dia bukannya tidak mahu adiknya itu meminjam keretanya tetapi dia risau wanita itu akan menjahanamkan keretanya.Lagipun dia baru sahaja beli keretanya itu.

"Please".Elain menambah dengan muka comelnya.

"Jangan calarkan kekasih abang tu walau sikit pun".Kata Seth dengan keluhan terpaksa.Demi adik kesayangannya,dia hanya merelakan sahaja walapun terpaksa mengorbankan kekasihnya.

HERWhere stories live. Discover now