Bab 11

4.6K 247 7
                                    

Lorong yang sunyi di pandang tanpa gentar sebelum kaki masuk ke dalam melalui lorong itu.Bau asap rokok dan arak mula menjengah masuk ke dalam hidungnya tetapi dia hanya meneruskan langkahnya sehingga sampai di hadapan sebuah kedai kecil yang agak buruk dari luar.

Mata di liarkan ke kiri dan kanan bagi memastikan tiada siapa yang mengikutinya.Merasakan keadaan aman,dia membuka pintu kedai itu.Terhenti dia seketika di hadapan pintu apabila melihat beberapa kumpulan tidak kira lelaki dan perempuan sedang asyik bermain judi.Keadaan di dalam kedai itu agak bising dengan suara pelanggan.

Beg hitam di tangannya di genggam erat  sebelum dia menghampiri seorang lelaki yang seperti berumur 30an sedang merokok di penjuru kedai itu.Pakaian lelaki itu yang berwarna hitam menyakinkannya bahawa lelaki itu merupakan pemilik pusat perjudian ini.

Seth berdiri di hadapan lelaki itu yang sedang asyik memandang skrin monitor yang memaparkan pelbagai sudut di dalam kedai itu.Mungkin untuk mengelakkan penipuan pelanggan mereka semasa bermain judi.

"Dōshite?".(Why?).Soal lelaki itu tanpa memandang kearah Seth.Rokok di tangan setia disedut sehingga mengeluarkan asap.

"I need a gun".Kata Seth tanpa berdolak-dalik lagi.Dia harus menyelesaikan urusannya secepat mungkin.Esok dia sudah perlu pulang ke Malaysia.Yang pasti dia harus pulang ke Malaysia bersama-sama Elain.

"You have money?".Tanya lelaki itu dengan sinis.Parut di muka lelaki itu tidak menakutkan Seth sedikit pun malah pandangan lelaki itu dilawan Seth dengan berani.

Seth meletakkan beg hitam itu di atas meja dan dia membuka zip beg itu.Duit Jepun yang penuh di dalam beg membuatkan lelaki itu terpana seketika.

Perlahan-lahan,lelaki itu menaikkan pandangan memandang Seth.Senyuman sinis terukir sebelum dia memberikan isyarat kepada Seth supaya mengikutinya.Beg di atas meja diberikan kepada orang suruhannya.

Seth mengikuti lelaki itu dari arah belakang.Sambil itu,mata Seth tidak henti meliar melihat pelbagai karenah manusia di situ.Ada yang menangis kerana kalah berjudi,ada yang gembira.

Terhenti langkahnya apabila tiba di sebuah lorong,
matanya terpandang seorang lelaki tua yang sedang ditumbuk oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa.Meraung lelaki itu apabila bertubi-tubi mukanya dipukul dan tubuhnya di sepak tanpa belas kasihan.

"Lose gambling".Ucap lelaki itu menjelaskan kepada Seth.Seth mengangguk faham dan dia meneruskan langkahnya mengikuti lelaki itu.

Tiba di sebuah bilik,lelaki itu membuka pintu dan mereka berdua masuk ke dalam.Ternaik kening Seth apabila melihat pelbagai jenis senjata api penuh di atas meja dan di gantung di tepi dinding.

"Choose".Kata lelaki Jepun itu kepada Seth.

Seth melilaukan matanya mencari senjata yang sesuai.Dia memerhati dengan teliti satu persatu senjata api yang menarik perhatiannya.Seketika,
matanya terkunci pada sebuah pistol yang berwarna hitam.

Perlahan-lahan tangannya mengambil pistol itu dan dia acukan kearah lelaki Jepun itu.

"Anata wa tadashī sentaku o shimasu"(You make the right choice)Kata lelaki Jepun itu lagi sambil tersenyum.


•••

Elain mengeluh untuk kesekian kalinya.
Kebosanan yang melanda semakin membuak-buak di dalam dirinya.Seharian dia berada di dalam bilik itu.Bukannya dia tidak mahu keluar tetapi dia dikunci atau erti kata lain dikurung oleh Deimos.

Hanya di sebabkan dia menceroboh masuk ke dalam bilik lelaki itu kelmarin.Sempat Elain mengingati wajah tegang Deimos yang menjerkahnya kerana telah masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran.

HERWhere stories live. Discover now