Malaysia2 bulan kemudian...
Seorang wanita yang sedang duduk bersantai di tepi pantai hanya menikmati angin sepoi-sepoi dan pemandangan pada waktu petang itu.Matahari yang ingin tenggelam itu menambahkan lagi keindahan di situ.Rasa sejuk yang menjalar ke tubuhnya segera di lindungi oleh selimut yang di bawanya tadi.
Seketika,kerusi di tepinya ditarik menandakan seseorang ingin mengambil tempat di tepinya.Tetapi wanita itu hanya menghiraukan gerangan lelaki itu dan dia hanya melihat ke hadapan.
"How was your day ?".Tanya suara garau itu sambil memandang wanita itu.
"It's better than yesterday because I can see your face now".Elain mengalihkan matanya dan kini wajah Deimos pula yang ditatap.
Wajah lelaki itu lebih nyaman berbanding pemandangan matahari tenggelam itu.Rasa rindu kepada lelaki itu sejak semalam kini beransur pergi apabila melihat seraut wajah itu.
Deimos tersenyum dan kepala Elain dilentokkan ke bahunya.Mujur kerjanya siap awal jadi boleh dia meluangkan masa dengan wanitanya itu.Semalam agak sesak jugalah dadanya apabila terpaksa berjauhan dengan Elain.Kerja yang di buat juga terburu-buru supaya dia dapat bersama dengan Elain.
"Did you take your medicine yet?".Soal Deimos dengan penuh sayang.Elain mengangguk dan dia menutup matanya untuk menghirup bauan lelaki itu yang dia rindui beberapa hari ini.
Sejak dia bangun daripada koma dua bulan lepas,dia hanya bergantung kepada ubat-ubatan untuk memulihkan ingatannya.
Jari yang bergerak-gerak itu berjaya menarik perhatian Deimos yang sedang berbual melalui telefon dengan rakan niaganya.Segera dia menutup taliannya itu dan fokusnya terarah pada Elain.
"Elain,Heyy".Pipi Elain diusap dan tangan lembut itu digenggam erat.
Elain perlahan-lahan membuka matanya yang kabur.Pandangan pertamanya adalah wajah seorang lelaki yang berkerut risau dengannya.
Deimos membulatkan matanya apabila melihat Elain sedar.Segera dia menekan punat di dinding untuk memanggil doktor keluarganya.
Tidak tunggu lama,seorang lelaki masuk ke dalam bilik dan tubuh Deimos di tolak ke tepi.Doktor lelaki itu segera memeriksa keadaan Elain dan apabila melihat Elain yang berusaha untuk membuka mask oksigen itu,doktor itu segera menolongnya.
"Can you see this?".Doktor Alvin melalukan tangannya ke hadapan mata Elain membuatkan Elain mengangguk lemah.
"She's okay now".Ucap doktor Alvin.
"Water".Ucap Elain dengan suara yang serak.Tekaknya yang agak sakit ketika berbicara tadi membuatkannya memejamkan mata.
Deimos segera menuangkan minuman kepada Elain dan dia menolong wanita itu meneguk air itu dengan berhati-hati.
Apabila lega,Elain menatap wajah lelaki itu dengan wajah keliru.
"Who are you ?".Soal Elain pelik.
"You don't remember me ?".Soal lelaki itu dengan wajah terkejut.
"I'm your husband".Ucap lelaki itu dengan kecewa.
Elain mengerutkan dahinya tidak faham.
YOU ARE READING
HER
Random"I took off your clothes because you're cold and almost dying last night".Jelas Deimos dengan mata memandang keluar kereta.Tetapi masih dingin wajahnya. "Liar!".Elain menaikkan nada suaranya dan tindakkan itu mendapat jelingan tajam dari Deimos. "I...