Bab 16

3K 182 20
                                    

Sedar sahaja daripada tidur,tangan Elain mencari tubuh yang menghangatkannya pada malam tadi.Tetapi puas dia menyentuh di sisinya, batang tubuh itu tidak dapat dia sentuh.Mata di buka dan dia terbingung seketika apabila tubuh Deimos sudah tiada.Yang ada hanyalah boxer lelaki itu yang terdampar di atas katil.

Pasti lelaki itu sudah berangkat ke tempat kerja.

Selimut yang ingin melurut jatuh daripada tubuhnya di tahan dengan sebelah tangannya.
Sebelah tangan lagi menyelak rambut ikalnya ke belakang.

"He left me alone".Elain mengeluh sendiri.Pagi-pagi lagi sudah tiada mood untuk meneruskan rutin hariannya.

Baru sahaja mahu bangun,sekeping nota berwarna unggu yang terlekat di atas meja lampu menarik perhatian Elain.

Segera tangannya mengambil nota itu dan apa yang tertulis di situ berjaya menaikkan senyuman manisnya.

"Dear love,I'm sorry for leaving you alone.I'll come back asap".

Di hujung ayat itu terdapat love kecil yang berwarna merah.Elain mengambil pelekat love itu dan dia tampalkan di cermin meja soleknya.

"Cute".

Dia yang tadinya tiada mood tiba-tiba sahaja gembira dengan perlakuan Deimos yang baginya romantik.

Nasib baik Deimos ada meninggalkan nota, kalau tidak memang merajuk dia sepanjang hari.

Kemudian,bilik air di tuju dan dia membersihkan badannya yang berlengas sejak semalam lagi.Setelah menyegarkan diri,Elain memakai pakaian santai dan katilnya di tuju.

Baru sahaja mahu menarik cadar di katil itu,dia terhenti seketika apabila melihat tompokkan cecair berwarna merah.

"My blood?".Soalnya pelik.

Dia duduk di sebelah darah itu seketika sambil memikirkan sesuatu.

Dia dan Deimos sudah berkahwin lima bulan, tetapi di sebelahnya itu darah daranya.
Sekaligus menunjukkan yang dia belum pernah di sentuh orang lain.

Tetapi tidak mungkin sepanjang perkahwinan mereka Deimos tidak menyentuhnya sama sekali.Dia terdiam sejenak sambil menyentuh cincin di jari manisnya.

Dan lagi satu,gambar perkahwinan mereka juga tiada satu pun yang tergantung di dalam rumah besar itu.Tidakkah itu aneh apabila satu gambar perkahwinannya pun tiada.

Elain memejamkan matanya seketika apabila kepalanya tiba-tiba sahaja pusing.Kepalanya di urut lembut dan apabila sedikit reda sakitnya itu, dia membuka laci di tepi katil itu.Jari lincah membuka laci dan sebotol ubat di ambil.

Lama dia memerhati botol ubat itu sebelum penutupnya di buka.Sebutir ubat yang berada di tapak tangannya di pandang sebelum Elain menelan ubat itu.

Elain tanpa menghiraukan persoalannya itu segera menarik cadarnya dan dia angkat ke tingkat bawah.Dia mahu membasuh cadar sebenarnya.Soal gambar nantilah dia tanya kepada Deimos.

Cadar itu dimasukkan ke dalam mesin basuh dan dia menunggu lama di situ sambil memerhati putaran cadar.

Dan lagi satu, Deimos tidak pernah menceritakan bagaimana dia boleh koma.Ada jugalah dia tanya kepada suaminya itu tetapi Deimos pasti mengelak.Kadang-kadang dia akan mengubah topik jika Elain bertanya tentang keluarganya.

Adakah Deimos merahsiakan sesuatu darinya ?

Ting

Bunyi mesin basuh yang menandakan cadarnya telah siap di basuh mematikan lamunan Elain.Dia mengambil nafas sejenak sebelum cadarnya itu di sidai di halaman belakang rumahnya.

HERWhere stories live. Discover now