Makanan yang berada di atas meja di pandang satu persatu.Air liur yang sudah merembes keluar di telan dan dia memandang Ryo di hadapannya untuk meminta kebenaran daripada lelaki itu.Makanan kesukaannya sudah terhidang di hadapan mata memang wajarlah dia gembira.Lagipun,dia lapar sejak dari tadi.Seth pula tidak mengikuti mereka kerana tercedera semasa bermain Ski mengakibatkan dia terpaksa berehat di dalam bilik.
Agak malu jugalah Elain tadi apabila terpaksa keluar dengan Ryo.Mula-mula agak kekok tetapi selepas beberapa jam berbual dengan lelaki itu,dia sudah mula membiasakan diri.Malah,Ryo sudah menjadi temannya.
"Can I eat?".Soal Elain dengan mata yang sudah bersinar teruja.Ryo tersenyum dan dia mengangguk.
Tidak tunggu lama,chopstick di ambil dan dia mengambil satu sushi yang terhidang di hadapan matanya.Kemudian,di suap ke dalam mulutnya.Terpejam matanya apabila merasai keenakan sushi itu.Tangan menutup mulutnya untuk mengunyah sushi itu.Tidak sopan jika dilihat oleh Ryo dengan mulutnya yang masih penuh.
"Oishī!".(Delicious)Ucap Elain dengan mulut yang masih penuh.Sushi di Jepun jauh berbeza rasanya dengan sushi di Malaysia.Ibu jari diangkat menunjukkan dia memang tidak memalsukan reaksinya itu.
Ryo memgangguk dan dia juga menyuap beberapa ketul sushi.Sesekali dia tergelak kecil dengan riak wajah Elain yang tidak diam itu.
Sedang Elain menyuap sushi,kakinya mula lenguh dek kerana duduk dengan melipat kaki di bawah peha.Sudah hampir satu jam dia duduk begitu jadi wajarlah pehanya lenguh.Elain mengerling ke arah Ryo yang sedang makan itu.Tangan menepuk pehanya dengan perlahan untuk mengelakkan Ryo sedar bahawa dia sedang lenguh.
"Why?".Soal Ryo melihatkan Elain yang seperti tidak selesa dengan sesuatu.Dengan dahi wanita itu yang berkerut menambahkan lagi kehairanan Ryo
"Huh?.Nothing".Balas Elain sambil tersenyum.Sushi kembali disuap ke dalam mulutnya.Suasana kembali sunyi hanya bunyi chopstick yang kedengaran.
Elain yang sudah tidak tahan dengan rasa lenguhnya meletakkan chopsticknya di atas meja.Ryo menaikkan keningnya aneh.
"I need to go to the toilet".Elain tersengih sebelum bangun.Wajah cuba di selambakan apabila dia tidak merasai kakinya.
"Elain,you okay?".Elain yang berdiri tetapi tidak berganjak membuatkan Ryo mendongak memandang wanita itu.
"Yeah,I'm okay".Senyuman kejanggalan di berikan kepada Ryo.Kaki dikuatkan melangkah perlahan pergi dari situ dengan mencuba sedaya upaya berjalan dengan santai.Selepas menutup pintu bilik itu,Elain merebahkan tubuhnya dan jari mengurut kakinya dengan kuat.
"Fuh lega!".
Selepas merasakan kakinya mulai okey,dia mengambil keputusan untuk ke tandas.Dalam perjalanan ke tandas,Elain perlu melalui beberapa buah bilik makan di situ.
Semasa dia melalui lorong untuk ke tandas,sebuah bilik yang di kawal oleh dua orang pengawal dari luar menarik perhatian Elain.Lagak seperti bilik itu terdapat orang penting.Mungkin jutawan jepun.Tanpa menghiraukan perkara itu yang sememangnya bukan masalah Elain, dia pantas berjalan ke arah tandas.Tidak sabar mahu melepaskan hajatnya yang dari tadi lagi.
Selesai dengan urusannya di tandas,dia berjalan kembali ke bilik makannya bersama Ryo.Tetapi satu tangan menarik lengannya secara tiba-tiba membuatkan Elain terjerit kecil.
"Argh!".Mulutnya di tutup oleh satu tangan besar yang berdiri di hadapannya itu.Matanya membulat memandang siapa yang berani membuatnya terkejut begitu.
'Tuan Deimos?!'
Tubuh Elain di sandarkan pada dinding yang sedikit tersembunyi.
YOU ARE READING
HER
Random"I took off your clothes because you're cold and almost dying last night".Jelas Deimos dengan mata memandang keluar kereta.Tetapi masih dingin wajahnya. "Liar!".Elain menaikkan nada suaranya dan tindakkan itu mendapat jelingan tajam dari Deimos. "I...