"Eh Elain,kereta sapa pulak yang kau rembat ni?".Soal Lilia sambil duduk di bahagian sebelah pemandu.Elain tergelak dengan soalan wanita itu."Abang aku".
Lilia hanya meng"ouh"kan sahaja.Tali pinggang keledar dipakai.Lama sunyi di dalam kereta,Lilia membuka bicara.
"Wey,pasal gosip tu en".
"Gosip apa?".Soal Elain sambil matanya masih menghadap ke jalan raya.Mujur tidak sibuk jalan raya sekarang.Sesekali dia menjeling Lilia yang sedang mengemaskan rambutnya di hadapan cermin.
"Tuan Deimos lah".
"Ouh jadi apa gosipnya?".Elain mula menunjukkan minatnya.
"Kau nak tau tak?.Semalam kan aku balik lewat dan kau balik awal kan?".
"Haah,kenapa?".Memang semalam dia balik awal dek kerana tugasnya sudah selesai dan tambahan lagi Tuan Deimos membenarkannya untuk pulang.
"Aku nampak Tuan Deimos berjalan dengan perempuan seksi masuk dalam kereta.Tapi aku nampak dekat parking lot yang gelap ah.Takdan tengok muka perempuan tu".Lilia memandang Elain.
"Ye wey?.Kalau muka macam tu dah sah-sah lah perempuan sekeliling pinggang".Tambah Elain sambil mata mencari sebuah restoran.
"Haah,muka mix macamtu sapa je taknak".
Elain mengangguk setuju sambil meletakkan kereta di tempat yang kosong dan mereka bersama-sama keluar dari kereta.
Masuk sahaja ke dalam restoran itu,seorang pelayan datang dan memberikan menu.Elain dan Lilia memesan makanan yang mereka mahukan.
Sambil menunggu makanan tiba,mereka berbual kosong.
"By the way kan sebelum aku kerja dekat situ,memang dah banyak ke perempuan yang Tuan Deimos angkut?".
"Angkut?.Angkut ke mana?".Soal Lilia tidak faham.
"Eh kau ni.Buat-buat tak faham pula".
Lilia ketawa kecil melihatkan jelingan dari Elain.
"Aku tak tahu pula pasal tu tapi adalah aku dengar gosip Tuan Deimos selalu bawa perempuan balik rumah.Aku tak tahu lah cerita tu betul ke tak".Ucapnya sambil menyedut minuman.
Elain mengangguk.
"Ala, dia pun kaya.Mestilah ramai perempuan yang nak".
"Ha'ah.Kalau dia nak dekat aku pun, aku terima".Ucap Lilia dengan gelakkan.
Elain juga menyertai gelakkan Lilia.Muka kacak begitu siapa je tak nak.
Gatal!
Mereka kemudiannya makan makanan yang dipesan sambil meneruskan perbualan gosip mereka.
Selepas menghantar Lilia pulang ke rumahnya,Elain terus memandu ke sebuah kedai untuk membeli hadiah kepada Tuan Deimos.Mungkin hadiah ini untuk perempuan yang dikatakan oleh Lilia tadi.Mungkin wanita itu teman wanita Deimos.
Bila difikirkan,lelaki itu agak romantik jika bersama teman wanitanya.Tetapi jika bersama pekerja,untuk mengukirkan senyuman pun susah.Haih,nasiblah ada boss begitu.
Elain pun satu.Dah sah-sahlah dengan pasangan hidup perlu romantik .Jika tidak siapa sahaja yang mahu berada di dalam hubungan yang dingin dan kelam.
Kereta diparkir di ruangan yang kosong dan dia masuk ke dalam mall yang agak besar.
"Nak beli apa eh?".Elain berjalan di pusat membeli belah itu sambil memikirkan apa yang harus di beli.Hadiah ini untuk wanita jadi dia harus membeli mengikut cita rasa wanita.Walaupun dia hanya mengagak itu untuk teman wanita Tuan Deimos tetapi dia yakin dengan "agaknya" itu.
YOU ARE READING
HER
Random"I took off your clothes because you're cold and almost dying last night".Jelas Deimos dengan mata memandang keluar kereta.Tetapi masih dingin wajahnya. "Liar!".Elain menaikkan nada suaranya dan tindakkan itu mendapat jelingan tajam dari Deimos. "I...