Bab 9

4.5K 239 27
                                    

Seth menyandarkan kepalanya di atas sofa apabila Ryo memberitahunya berita kehilangan Elain.

Dia yang sedang bangun daripada tidur tadi hampir sahaja pengsan dengan perkhabaran itu.Di kiranya Ryo dan Elain sedang bergurau tetapi apabila melihat lebam di wajah kacak itu,Seth mendiamkan dirinya beberapa saat untuk mencerna apa yang berlaku.

Kata Ryo,Elain di heret secara paksa oleh seorang lelaki yang berwajah dingin.Apabila Ryo ingin mengejar mereka,orang suruhan lelaki itu memukulnya sehingga lah Ryo pengsan.

Mata di pejam untuk beberapa ketika.Memikirkan adiknya di culik oleh manusia yang dia tidak tahu siapa menjadi kebimbangan Seth.Harapannya,Elain tidak di dera atauu diperlakukan dengan kejam oleh lelaki itu.

Mata di buka kembali.Wajah Ryo yang sedang menunduk itu di pandang lama.Dia tidak salahkan Ryo kerana tidak melindungi adiknya.Sepatutnya,dia sebagai abang yang melindungi Elain.Untuk saat ini,Seth merasa tidak berguna.

Kepalanya pusing  memikirkan keadaan gadis manja itu.Sudahlah Elain itu tidak tahan sejuk.

"You still remember his face?".Soal Seth dengan nada perlahan.Jika Ryo masih mengingati wajah lelaki itu sekurang-kurangnya ada harapan untuk dia mencari Elain di bumi Jepun ini.

Ryo mengangguk.Sesekali dia meringis akibat daripada luka di mukanya.

"Good,Now follow me to police station".

Ryo mengangguk dan dia mengikuti Seth dari belakang.Kereta di pandu Ryo menuju ke balai polis.

Mata hanya memerhati Ryo yang serius berbicara dalam bahasa Jepun dengan seorang polis.Dia tidak memahami satu pun apa yang dibualkan oleh mereka berdua jadi dia hanya menjadi pemerhati.

"He said we need to wait 24 hours before we can report this case".Jelas Ryo kepada Seth.

"What?!".

"I need to wait 24 hours?".Soal Seth yang sudah mahu kehilangan akal itu.

Ryo mengangguk.

Seth memejamkan matanya seketika.Dia tidak boleh menunggu untuk waktu begitu lama.Mungkin adiknya akan mati jika menunggu lebih lama.Mengingatkan itu,segera Seth berdoa meminta Elain dijauhkan daripada apa-apa perkara buruk.

"I can't wait until tomorrow".Seth segera keluar dari balai polis itu.

"So what you're gonna do now?" .Ryo setia mengikuti dari belakang.

"We need to find her.Maybe they kidnapped Elain for money".Pintu kereta di buka dan Ryo memandu keluar dari perkarangan balai polis.

"Do you or Elain have enemy?".Ryo memandang Seth yang berada di sebelahnya.Hairan juga Ryo apabila wanita itu tiba-tiba sahaja diculik.
Rasanya masih belum ada kes wanita dilarikan di kotanya itu.

Seth berfikir seketika.

"No".Balas Seth pendek.Kepalanya cukup pusing sekarang.

Ryo mendiamkan dirinya.


***

Cahaya matahari menerobos masuk ke dalam retina matanya.Mata yang terpejam di buka perlahan-lahan tetapi dia kembali tutup apabila penglihatannya sedikit kabur.Apabila sedar seratus peratus,mata kembali di buka.

HERWhere stories live. Discover now