Seperti pagi-pagi biasa Elain melakukan tugasnya sebagai pembantu peribadi Deimos.Kopi di letakkan di atas meja sebelum dia keluar dari bilik Deimos.Bilik yang agak bersepah itu dikemaskan.Berbulu matanya apabila melihat benda yang agak berselerakan ini.Kemudian, apabila selesai dia masuk ke dalam ruang pantri untuk menyediakan teh kepada dirinya sendiri.
"Elain?".Lamuanannya terhenti apabila mendengar teguran sesorang dari belakang.Elain segera berpaling.Dia kemudian tersenyum lega apabila melihat seorang wanita berdiri di muka pintu sambil melihatnya lucu.Mungkin lucu kerana melihat wajah Elain yang agak kaget tadi.
"Terkejut saya Kak Min".
"Laa,kenapa terkejut?".Kak Min mengambil cawan yang berada di atas rak.Dia pun nak buat kopi juga.
"Saya ingatkan hantu tadi".
"Haha,penakut sangat kamu ni".Kak Min kemudiannya duduk di atas kerusi yang telah di sediakan di dalam bilik itu.Elain juga mengambil tempat di sebelah Kak Min.
"Kak Min dah berapa lama kerja dekat sini?".Tanya Elain sekadar untuk membuka bicara.Lagipun hari ini dia datang awal ke pejabat jadi dapatlah dia bersembang dengan rakan sekerjanya.
Tambahan pula,dia belum dapat menyesuaikan diri walaupun sudah hampir sebulan dia bekerja di situ.Lilia itu pun satu-satunya kawan di sini.
"Lama dah.Rasanya dah lima tahun sejak ayah Tuan Deimos jadi CEO syarikat ni".
Elain menganguk faham sambil menghirup teh panasnya.
"Ouh,ayah Tuan Deimos tu Tuan Blake lah kan?".
Kak Min mengangguk.
"Tapi ayah dia—".Kak Min tidak meneruskan kata-katanya,sebaliknya dia memandang ke kiri dan kananya bagi memastikan tiada yang telinga selain mereka yang mendengar.Elain yang tidak tahu apa-apa juga mengikut apa yang dilakukan oleh Kak Min.
"Sini sikit".Elain bangun sedikit dan wajahnya di dekatkan kepada Kak Min.
"Tapi Tuan Blake tu tak ramah dengan pekerja dia.Boleh dikatakan seorang yang tegaslah.Kalau jumpa dengan orang bawahan dia tak pernah senyum".
"Ouh,patutlah Tuan Deimos pun macam tu!".Elain membisik sambil membulatkan matanya.Patutlah bosnya itu berperangai dingin.Rupa-rupanya memang keluarga mereka begitu.Dia ingatkan Tuan Deimos memang ada masalah untuk senyum.
Kak Min mengangguk.
"Ada sekali tu,Kak Min ingat lagi.Masatu ada sorang pekerja ni,dia terlanggar bahu Tuan Blake.Tuan Blake mengamuk ah.Habis semua yang ada dekat situ kena pecat.Yang tak tahu apa-apa pun kena pecat.Hanya di sebabkan terlanggar bahu tau El".Kak Min bercerita panjang lebar sambil menyisipkan kopi.
Elain meneguk air liurnya.Ngeri pula Elain mendengarnya.
"Tapi Elain jangan risau.Tuan Deimos ni okey sikit dari ayah dia".Ucap Kak Min sekadar untuk menyedapkan hati Elain yang menjadi pembantu peribadi Tuan Deimos.
Bukannya dia tidak tahu Tuan Deimos itu dua kali lima sahaja seperti ayahnya.
Elain mengangguk lega dengan kata-kata Kak Min.
Teh yang sudah hampir sedikit di teguk sehingga habis dan dia memandang ke arah jam di dinding.Terkejut dia seketika apabila melihat jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.05 pagi.
"Kak,saya pergi dulu lah.Dah lewat ni".Ucap Elain terburu-buru.
"Okey,letak je gelas dekat situ.Nanti akak basuh".
Elain mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.
Kaki melangkah dengan laju ke biliknya dan buku nota kecil dicapai.Sampai sahaja di hadapan bilik Deimos,nafas di ambil seketika dan dia mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam.
YOU ARE READING
HER
Random"I took off your clothes because you're cold and almost dying last night".Jelas Deimos dengan mata memandang keluar kereta.Tetapi masih dingin wajahnya. "Liar!".Elain menaikkan nada suaranya dan tindakkan itu mendapat jelingan tajam dari Deimos. "I...