Bab 14

3.9K 238 21
                                    

Dinding kokrit yang tinggi dan bercorak naga diperhati dari jauh.Mata meliar mencari jika ada pengawal yang berkawal di situ.Pistol yang berada dalam gengamannya dimasukkan ke dalam belakang seluarnya.

"I'll go first and you cover me from here.When I give you a signal then you can come in.It that clear?".Soal Seth kepada Ryo yang juga bersembunyi di belakangnya.

"But if I get caught?".Tanya Ryo yang juga tidak tahu jika keputusannya untuk mengikuti Seth ini adalah betul.

Mata Ryo naik memandang kearah mansion milik Deimos yang agak besar.Sudah pasti di dalam itu terdapat berpuluh-puluh anak buah Deimos kerana dia sedia maklum bahawa Deimos itu bukanlah orang biasa.

"Don't get caught".Seth memberi amaran.

Earpiece dan pistol di dalam poketnya juga di berikan kepada Ryo.Tetapi sebelum dia menyerahkan pistol itu kepada Ryo,Seth memasang silencer pada hujung muncung pistol itu untuk mengelakkan bunyi yang kuat.

"Wear this and just shoot if you see someone close to me or to you".

Ryo menyambut huluran itu.

"Be careful,okay?".

Seth tersenyum dan dia mengangguk kecil.

Mata Ryo hanya melihat lelaki itu yang bersembunyi di sebalik semak dari jauh.Dia tersengih seketika sebelum mengangkat pistol itu untuk bersedia jika ada anak buah Deimos di situ.

Kemudiannya Seth melintasi tembok itu dengan pantas apabila CCTV di setiap sudut konkrit tinggi itu berpaling ke arah lain.Seth bersembunyi di sebalik semak dengan berhati-hati supaya dirinya tidak ditangkap oleh CCTV ataupun orang suruhan Deimos.

Seth mengambil nafas sejenak sebelum dia memanjat dinding yang tidak kelihatan dari CCTV.Sebenarnya,Seth sudah tahu dimana sudut yang tidak ditangkap oleh CCTV kerana dia sudah berulang kali memerhati dari jauh kawasan kediaman Deimos.Jadi Seth dapat meneka di mana kamera litar tertutup itu berada.

Seth menunduk ke bawah apabila kakinya berjaya menjejak ke sebelah dinding itu atau lebih tepat sudah berjaya masuk ke dalam kawasan mansion milik Deimos.Keadaan di situ yang gelap juga memudahkan Seth kerana pakaiannya juga berwarna hitam.

"Right now I was in the mansion.Ryo you can come in now".Bisik Seth melalui earpiece nya.

"Ryo??".Seth memanggil Ryo sekali lagi apabila lelaki itu tidak membalas.

Lelaki itu sudah ditangkapkah?
Atau Ryo melarikan diri meninggalkanya seorang diri?

"Fck".Seth tanpa menghiraukan Ryo segera masuk ke dalam mansion itu.

Persetankan Ryo.Memang ini perjuangannya seorang diri untuk menyelamatkan Elain.

Kakinya hanya melangkah tanpa dia ketahui dimana Elain berada.Seth mengerutkan dahinya seketika apabila ruangan di dalam itu hanya sunyi tanpa pengawal atau manusia yang tinggal di situ.Mustahil rumah besar begitu tiada seorang pengawal pun.

Dia berhenti melangkah seketika sebelum pistol yang berada di poket belakangnya di ambil sebagai langkah berhati-hati.

Satu-satu bilik di tingkat bawah itu dibuka dan kesemuanya kosong tanpa Elain.Dia kemudiannya memandang ke tingkat atas rumah itu.

Kaki melangkah naik ke tingkat atas dengan pistol yang sentiasa berada kemas digenggaman tangannya.

Apabila tiba ditingkat atas,Seth membuat perkara yang sama seperti ditingkat bawah di mana dia mencari Elain di setiap bilik di mansion itu.Tetapi hampa,adiknya tiada di kesemua bilik itu.

HERWhere stories live. Discover now