"This is your new bodyguard".Kata Jack sambil memandang ke arah Elain.Seorang lelaki yang berada di belakang Jake setia mengikutinya.Elain yang sedang leka membaca majalah di ruang tamu mengangkat pandangannya untuk melihat gerangan manusia yang bersuara itu.
Elain meneguk air liurnya sambil tersenyum kepada seorang lelaki yang bermuka ketat di belakang Jake itu.Kenapalah semua anak buah Deimos ini menakutkan?
Tiadakah yang pemurah dengan senyuman?
Wajah Jake yang di penuhi tatu itu di pandang kembali.Majalah di ribanya di tutup dan di letakkan di atas meja.
"Err,kenapa saya perlu ada bodyguard?".Soal Elain teragak-agak.
"For your safety and to protect you".
Elain mengangguk faham apabila mendengar jawapan Jake.Tetapi bukankah Deimos berjanji dia sendiri yang akan menjaganya?
Tetapi bagus jugalah kalau Deimos tidak selalu berada dengannya.Lelaki itu boleh membuatkan jantungnya berdebar dengan mudah dengan kehadirannya.
"He will follow you anywhere you go". Tambah Jackson lagi.
"Dia buat aku macam banduan".Bisik Elain sekadar untuk di dengarkan kepada dirinya sendiri.
"Ryan,stand behind her now".Kata Jake memberi arahan kepada Ryan sebelum dia berlalu pergi dari situ meninggalkan Elain dan Ryan.
Tubuh tidak lupa ditundukkan kepada Elain.
Suasana sepi seketika dengan Elain yang agak kekok.Agak tidak selesa dia apabila seorang lelaki yang berdiri di belakangnya sedang memerhatikannya.
Elain menjeling sekilas ke arah Ryan dan dia tersengih kecil.Tetapi sengihannya kian pudar apabila lelaki itu tetap dengan wajah ketatnya.
Elain berdehem seketika untuk menutup rasa janggalnya.Dia kemudian bangun dan menuju ke arah peti sejuk.Dan semestinya Ryan juga mengikutinya dari belakang.
Susu di ambil dan dia tuangkan ke dalam gelas.
"You want too?".Soal Elain dengan baik tetapi Ryan hanya mendiamkan dirinya.Elain melepaskan nafasnya dan dia meneguk susu itu.Sambil meneguk susu,matanya menjeling tubuh Ryan dari atas ke bawah.Lelaki itu hanya memakai suit berwarna hitam dan itu membuatkan kekacakkannya terserlah.Mata naik ke wajah Ryan dan melihatkan lelaki itu juga memandangnya membuatkan Elain tersedak.
"Uhuk".Elain menepuk dadanya seketika apabila tersedak susu.Terbatuk-batuk dia dengan susah payahnya.Tekaknya yang terasa perit membuatkan air matanya juga terkeluar.
Melihatkan Ryan yang cuba untuk menolongnya,cepat-cepat Elain hentikan lelaki itu.
"I'm okay.Uhuk".Kata Elain dengan perit di tekaknya.
"You sure?".Tanya Ryan risau.
Elain mengangguk dan dia memejamkan matanya.Agak memalukan situasinya sekarang.Mesti Ryan gelak di dalam hati kerana melihat muka hodohnya yang batuk tadi.
Setelah merasakan tekaknya telah pulih,kaki melangkah ke arah mini perpustakaan.Elain membuka pintu perlahan dan sebuah buku di ambil.Dia kemudiannya duduk di atas sofa yang sudah ada di situ.Ryan yang berdiri di sebelahnya di pandang.
"You can sit".Sudah dijangka,lelaki itu menghiraukan katanya.Elain mengeluh dan dia meneruskan bacaanya.
Setelah satu jam membaca,Elain menjeling sekilas ke arah lelaki itu.Ryan kelihatan tidak selesa sekarang.Mungkin kerana lenguh berdiri dari tadi.Elain tersengih kecil.
YOU ARE READING
HER
Random"I took off your clothes because you're cold and almost dying last night".Jelas Deimos dengan mata memandang keluar kereta.Tetapi masih dingin wajahnya. "Liar!".Elain menaikkan nada suaranya dan tindakkan itu mendapat jelingan tajam dari Deimos. "I...