Bab 4

4.6K 255 7
                                    


"Eh awal balik?".Seth yang sedang menonton televisyen terkejut apabila melihat batang tubuh adiknya yang sedang masuk
ke dalam rumah.

Biasanya,Elain pulang pada jam 6 petang.Tapi hari ini belum sampai tengah hari pun dah balik.Wajah muram Elain menambahkan lagi kehairanan Seth.

"Adik dah berhenti kerja".Elain duduk di tepi Seth bagi menghilangkan rasa lelahnya.Nafas di hela perlahan sambil tangannya mencapai air yang berada di atas meja.

"Why?".Seth yang tadinya sedang bersandar,segera bangun dengan mendadak.Wajah adiknya yang hanya relax dipandang ragu-ragu.Betul ke adiknya dah berhenti?

"Boss adik cium adik.Haha,gila kan?".Jawab Elain selamba sambil tergelak kecil.Masih terasa lagi urutan bibir Deimos yang mengurut perlahan bibirnya.Mengingati hal itu tiba-tiba dia terasa geram.

"I quit!".Elain memandang tajam wajah Deimos yang seperti terkejut itu.Terkejut kerana memerima tamparannya mungkin.Masih kebas lagi tangannya itu.

"You dare to slap me?!".Deimos mencengkam lengan Elain supaya mendekat dengannya.Mata turun memandang bibir Elain yang masih basah tetapi dia segera menatap mata hazel itu kembali.

Elain mendesis sakit dengan cengkaman yang kuat itu.Lebam tangannya jika tidak dilepaskan sekarang.Sepatutnya dialah yang marah dengan Deimos bukan Deimos yang marah dengannya.

Mendengarkan suara celah gigi Deimos sedikit sebanyak membuatkannya gerun tetapi mengingat kembali perbuatan lelaki itu yang berani menciumnya,membuatkan darahnya mengelegak.

"Lepas".Ucap Elain tidak kurangnya menentang pandangan mata Deimos.

Deimos tersengih sinis sebelum dia perlahan-lahan melepaskan lengan Elain.Dia mengundur selangkah ke belakang.Bukan bermaksud takut dengan pandangan Elain tetapi wanita itu sedikit sebanyak membuatkannya geli hati.

Pipinya yang ditampar oleh Elain di gosok perlahan.

"I just kiss you not rape you.Relax girl".

Elain ternganga tidak percaya dengan kata-kata santai lelaki itu.

"Manusia macam awak memang tak kenal erti tahu malu kan?".Ucap Elain dengan tidak puas hati.

Elain mengesat sisa air matanya dengan kasar.
Bibirnya di sental kuat dengan mengunakan lengan bajunya.Jijik dia dengan perbuatan lelaki itu yang menciumnya sesuka hati.

"You're disgusting!".Elain berpaling untuk keluar dari bilik lelaki itu.Tidak dia hiraukan dengan gelakkan sinis Deimos di belakangnya.

Dia terhenti seketika di pertengahan jalan.Tubuh masih membelakangi Deimos.

"I quit".Ucap Elain sebelum menyambung langkahnya kembali.

Deimos segera mendahului Elain dan dia berdiri berhadapan Elain.

"Who said you can quit?".Soal Deimos serius.Takkanlah disebabkan ciumannya wanita itu mahu berhenti?

Elain tergelak sinis.Wajah mendongak memandang Deimos yang tinggi darinya.

"I don't need anyone permission to quit".

Ucap Elain dengan penuh kebencian.

Menjadi pembantu peribadi lelaki itu bukan bermakna Deimos boleh melakukan apa-apa sahaja kepada dirinya.

"You can't quit".Ucap Deimos perlahan tetapi tegas.Mata tajam memandang Elain yang juga nekad memandangnya tajam.

"I can".Jawab Elain sebelum tubuh Deimos dirempuh begitu sahaja.Buat pertama kalinya dia berasa lega apabila dapat melawan lelaki itu.

HERWhere stories live. Discover now