"Seth".Seth yang sedang membalas beberapa email di laptopnya berpaling apabila mendengar suara seseorang memanggil namanya.
"Adik nak pergi mana malam-malam ni?".Soal Seth apabila melihat pakaian adiknya.Dress pendek dan jaket kulit.Bukan pakaian untuk bersantai diruang tamu.
"Adik nak keluar kejap dengan Lilia".
"Jangan balik lewat sangat and zip your jacket.It's cold outside".Pesan Seth sebelum mata kembali memandang skrin laptopnya.Dia bukanlah sejenis abang yang mengongkong kehidupan adik sendiri.Apa sahaja kebahagian Elain,menjadi kebahagian Seth.
Selepas keluar dari rumah dan menutup pagar,Elain segera masuk ke dalam kereta Lilia.
"Kacak betul abang kau eh".Ucap Lilia sambil mengerling ke arah Seth yang sedang bersandar di pintu rumah.
Elain melihat arah mata Lilia.
"Tengok adik ah sis".Ucapnya dengan bangga.
"By the way kau nak bawa aku pergi mana?".
"Kelab malam".
Elain segera memandang Lilia kaget.Dah kenapa nak bawa dia ke kelab malam?
"Aku taknak masuk tempat macam tu,Lia".Kalau Seth tahu Elain masuk ke tempat begitu memang sampai tahun depanlah dia di bebel.Seth itu kalau membebel memang kalah perempuan.
"Tenang.Aku nak tengok betul ke tak Zayn curang belakang aku".Lia memandu dengan agak laju membuatkan Elain memegang erat tali pinggangnya.Zayn ialah teman lelaki Lilia yang sudah menjalinkan hubungan selama satu tahun.Mustahil lelaki itu curang.
"Kau kalau nak mati,mati sorang.Jangan bawa aku sekali".Ucap Elain sinis membuatkan Lilia memperlahankan kenderannya.
"Mana kau tahu Zayn curang?".Soal Elain curiga.
"Kawan aku tengok Zayn dekat kelab malam sambil peluk sorang perempuan seksi".
Sampai sahaja di hadapan kelab malam yang agak eklusif,Elain memandang Lia.
"Boleh masuk ke?.Ada pengawal dekat depan tu".Lia yang juga memandang pengawal itu tersenyum kecil.
"Pegang beg aku".Beg Lilia di pegang oleh Elain.
Lilia tidak tunggu lama mengoyakkan bajunya supaya membentuk dress seksi.Elain terkejut seketika melihat perbuatan wanita itu.Dah kenapa?
"Eh kau dah kenapa,Lia?".Ucap Elain gelisah.Wanita itu sudah gilakah?
Lilia tidak menghiraukan pertanyaan Elain.
"Buka jaket kau".
"Huh?".Wajah keliru Elain dihiraukan.Dia dengan sendirinya membuka jaket Elain membuatkan angin dingin berlumba-lumba menyentuh kulitnya.
"Sejuk".
"Takpe dalam nanti panas ah".Jawab Lilia pendek sambil tersengih.
Kemudian dress Elain juga di baiki membentuk dress yang agak seksi.
Sekarang kedua-duanya tampak seksi dengan sedikit pengubahsuaian yang dibuat oleh Lilia.
Elain yang tidak senang dengan pakaiannya sekarang segera merebut jaket kulitnya dari tangan Lilia.Tetapi segera wanita itu melarikan jaket Elain.
"El,tenang.Dah jom ikut aku".Lilia mendahului langkah.Elain yang berada di belakang wanita itu segera mengikut.Menyesal pula dia mengikut Lilia malam ini.Sumpahan kepada wanita itu juga tidak henti bermain di fikirannya.
Sampai sahaja di hadapan pengawal itu,mereka membenarkan Elain dan Lilia masuk dengan mudah.Tetapi mahu sahaja Elain mencucuk mata pengawal itu dengan jarinya apabila ditenung dari atas sehingga ke bawah.
YOU ARE READING
HER
Random"I took off your clothes because you're cold and almost dying last night".Jelas Deimos dengan mata memandang keluar kereta.Tetapi masih dingin wajahnya. "Liar!".Elain menaikkan nada suaranya dan tindakkan itu mendapat jelingan tajam dari Deimos. "I...