Bab 7

4.7K 259 14
                                    

Keluar sahaja daripada lapangan terbang,Elain menjerit teruja.Udara negara matahari terbit itu sungguh segar dan bersih.Beberapa orang yang melihat reaksinya membuatkan Elain menutup mulutnya rapat.Seth yang melihat adiknya itu hanya menggelengkan kepala.

"Don't too loud,Nesrin".Bagasinya di tolak dan mereka berdua berhenti seketika di tepi jalan untuk menunggu pemandu pelancong mereka.

Nesrin membetulkan sendi urat-uratnya sementara menunggu di situ.Perjalanannya yang mengambil masa beberapa jam cukup membuatkannya lenguh.Hanya katil sahaja yang berada di dalam fikirannya sekarang.

"Abang,sejuklah".Elain menyeluk lengan abangnya.Sekarang cuaca sejuk di jepun.Elain pula tidak tahan dengan cuaca begitu.Seth tersenyum kecil melihatkan hidung Elain yang sudah berubah merah.Sejuk bethull

Seth memberikan pad pemanas yang berada di dalam poketnya kepada Elain.Telefon sibuk mendail nombor pemandu pelancong mereka.

Sambil menunggu,Elain melihat kenderaan yang lalu lalang di hadapan mereka.Sedang leka memerhati,matanya terpaku dengan sebuah kereta hitam yang berhenti di hadapan mereka dek kerana jalan yang sesak.

Entah kenapa kereta itu menarik perhatiannya.Isi di dalam kereta itu tidak dia ketahui kerana semua tingkap bercermin gelap.Tetapi perasaannya kuat mengatakan ada aura negarif yang berada di dalam itu.Seperti semangat roh jahat yang bakal memusnahkan percutiannya.Seperti di dalam mana-mana cerita hollywood yang ditontonnya beberapa hari lepas.

"Elain!".Seth menarik tangan Elain apabila wanita itu tidak menyahut panggilannya.Elain yang baru sahaja tersedar daripada leka memerhati kereta itu segera berpaling memandang Seth.

"What?".Dengan wajah yang tidak puas hati Elain memandang abangnya tajam.Minat sungguh membuatnya terkejut.Jika dia ada lemah jantung,mungkin sudah mati dia di situ.Tangan naik menggosok dadanya bagi menenangkan hatinya yang berdegup dengan laju.

Seorang lelaki yang berdiri di samping Seth membuatkan Elain terdiam.Sejak bila lelaki itu berdiri di situ sehingga Elain tidak sedar dengan kehadirannya.

"Siapa ni?".Tanya Elain yang agak terpana dengan figura di hadapan matanya itu.Senyuman manis lelaki itu kepadanya membuatkan Elain termalu sendiri.

"Our tourist guards".

"This is my sister,Elain and El,this is Ryo".Seth memperkenalkan mereka berdua.Ryo menundukkan sedikit kepalanya kepada Elain.

"Kon'nichiwa, watashinonamaeha Ryōdesu"(Hello,my name is Ryo)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kon'nichiwa, watashinonamaeha Ryōdesu"
(Hello,my name is Ryo)

"Kon'nichiwa, watashinonamaeha ereindesu".(Hello,my name is Elain)

Jawab Elain sedikit pelat dan dia juga menundukkan sedikit kepalanya.Sudah dia berlatih sedikit bahasa Jepun beberapa hari lepas disebabkan terlalu teruja untuk melancong ke negara yang di sukainya itu.

HERWhere stories live. Discover now