Part 3 Kakak & Adik

206 14 0
                                    

Kediaman Tan Sri Haikal, sudah 11 tahun sejak kematian ibubapa mereka. Tiara dan Ishraf masih duduk di situ. Kini kedua mereka sudah dewasa dan sudah bekerja. Ishraf ambil alih syarikat Daddynya setelah lama dijaga oleh Pakcik Thoriq, Rakan kongsi Daddy mereka dulu. Syarikat itu diserahkan pada Ishraf sebaik capai umur 18 tahun,seiring dengan wasiat arwah Daddy. Terima kasih pada Pakcik Thoriq yang mengajar dia tentang selok-belok syarikat, sekarang dia jadi antara CEO yang termuda di dunia perniagaan ni.. Tiara ambil alih butik pakaian Arwah Mummynya yang sudah lama ditinggalkan…Dia ambil masa 3 tahun untuk majukan kembali butik itu,Sekarang ia sudah jadi antara butik yang terkenal di KL.

Tiara lihat dirinya di cermin...sudah 11 tahun berlalu. Dia sudah 26 tahun sekarang.Baiklah, Dia sudah bertekad!.. Rancangan ini mesti diselesaikan!, Sudah hampir 2 bulan ia tertangguh, Tetapi Sekarang dia perlu lakukan, Marah pun marahlah!. 

Tok!Tok!. Bunyi ketukan pintu mengejutkannya..terus meter keberanian Tiara menjunam..Aduh macam mana ni?.

"Cik Tiara,Sarapan sudah siap,"Suara Pembantu rumah memanggil.Tiara mengeluh. 

"Baik,"

Tiara capai begnya dan turun ke bawah, Ada lif tapi lambat. Dia lihat Seseorang sudah berada di meja makan..Dia tarik nafas perlahan,Baiklah!.

"Good Morning dear brother!,"

"Morning Kakak,"Ishraf toleh dan senyum.

Tiara duduk di tempatnya, Nasi goreng dan telur mata. Walaupun kehidupan mereka mewah tetapi mereka sudah terbiasa dengan cara hidup biasa, Tak adalah nak acah-acah mat salih makan Omelette dan sosej time sarapan. Tiara lihat segala fail ada di meja, adiknya ni kalau tak ada fail di meja makan memang tak sah, Nasib saja penjaga mereka tiada kalau tak memang bernanah telinga dengan bebelan.

Tiara kaup nasi goreng ke pinggannya sambil itu dia lirik pada adiknya. Macam mana ni ya?, Perlukah dia bagitahu?, Tak,dia perlu bagitahu juga!..

"Akak kenapa?,"Tanya Ishraf masih memeriksa fail. Perasan kakaknya tengah perhatikannya.

Tiara tersentak hampir terlepas senduk nasi itu, Ish dia ni!. Tiara mengeluh macan mana nak bagitahu ni?. Serba salah gila sekarang ni. Ishraf letak fail di tepi dan mula capai roti dan mentega. Tiara kuis nasinya sedikit.

"Ishraf..Um,Kakak..,"Tiara diam sebentar cuba susun ayat.

"Apa dia?,"Ishraf bertanya sambil sapu Mentega ke roti. Tiara tarik nafas sebentar.

"Kakak nak pindah?,"

Klak!,Pisau sapu mentega terlepas dari tangan,Wajah Wanita di hadapannya di tatap tajam, Terus telan air liur Tiara dibuatnya. Aduh adik jangan tengok kakak macam tu!. Ah,alang dah cakap tu.

 "A-Akak nak pindah rumah, Nak duduk tempat lain,boleh tak?,"tanya Tiara.Ishraf diam saja  cuba mentafsir kata-kata kakaknya. Dia tarik nafas perlahan.

"Baiklah,"

Tiara terkejut, Hah?! macam tu je?.

"Kamu bagikah?,Serius?,"Tiara teruja,Ingat Adiknya akan menghalang keras-sekerasnya.

"Ya,Akak nak pindah ke mana?, Nanti Ishraf carikan, Janji dekat dengan Pejabatlah boleh kita.pergi berdua,"kata Ishraf.

No!,Bukan pindah semualah adik oii. Tiara tunduk sebentar.

"Adik, Maksud Kakak, Kakak nak pindah seorang saja, kamu duduklah sini,"

Ishraf diam dan pandang Kakaknya kembali, Tiara diam dan senyum sedikit. Ishraf tunduk sebentar.

"Arhhh!,"

Terperanjat Tiara bila Adiknya menjerit tiba-tiba, Hah mula dah drama dia.

"Adikkk,"

"Sampai hati Kakak nak tinggalkan adik, Akak dah bencikan adikkah?, Kita dah bersama sejak dulu lagi takkan akak nak tinggalkan adik juga?. Akak dah bencikan adikkah?,"Ishraf merintih .Tiara garu kepalanya yang bertudung itu, Aduh rimaslah bila adiknya dah berdrama king macam ni.

"Kamu ni kakak bukan nak pergi oversea, duduk Malaysia jelah , Cuma akak nak pindah keluar saja,"Kata Tiara.

Ishraf berhenti dan buat muka bekunya itu, Terus seram sejuk Tiara melihatnya, Tak suka betul bila Ishraf buat muka macam nak telan orang ni.

"Kenapa akak nak pindah?, Beri 10 sebab,"Kata Ishraf.

"10?..Erm..Sebab akak nak berdikari,Cemburulah tengok kawan-kawan kakak duduk rumah sendiri,"

"Lagi?

"Butik akak jauh, kalau akak pindah boleh cari dekat dengan butik,"

"Lagi?,

"Nanti bila akak dah kahwin adalah juga rumah untuk kami duduk, takkan nak duduk dengan kamu,Iahraf mengetap, Bab tu dia tak suka sangat dengar.

"Lagi?,"

Tiara diam, Berapa dah tu?. ‘Sebab akak nak jauhi kamu,’. Ish takkan nak bagitahu yang tu.

"Itu saja,"kata Tiara.

"Tak cukup 10,baru 3 akak bagi,"Ishraf minum air tehnya.

"Takkan nak bagi 10 juga?,"

"Ya,Tak cukup 10 alasan jangan harap akak boleh keluar,"Ishraf keluarkan vetonya.

Tiara mengetap, 'kamu tau tak kamu tu adik?, Kenapa Kakak kena dengar cakap kamu pula?!.' Tapi dia tahu kalau dia lawan memang takkan menang, Satu Ayat dia bagi 10 Ayat Adiknya balas.

************************************

Risya lihat saja Majikannya menekup di meja, Sejak masuk butik sampai sekarang Bosnya asyik begitu. Dia macam tahu saja akan berlaku.

"Cik Tiara bergaduh apa dengan Tuan Ishraf?,"tanya Risya.

"Diamlah, Rimas dengar nama dia..Perangai dia lebih kontrol dari Mak Pak,"Tiara geram dengan sikap Protective adiknya itu.

"Nak buat macam mana?, Cik saja keluarga yang dia ada sekarang,"

Yelah tapi agak-agaklah.

"Pasal apa pula kali ni?," Jemina ingin tahu.

"Pasal hal nak pindah rumah tulah Jem, Dah 2 bulan rancang still tak diapprove lagi,"Risya sengih.

Memang tiada rahsia yang dia tak tahu pasal dua beradik itu, Maklumlah dah lama bekerja dengan Cik Tiara, Dia dan Jemimalah tempat Tiara mengadu masalah.

"Saya dah bagitahu dah pasal rancangan tu,"

"Hah, habis tu?,"Risya dengar.

"Dia minta 10 alasan kenapa saya nak pindah, Saya baru dapat 3, lagi 7 saja tak bagi lagi,"Kata Tiara.Risya senyum kesian.

"Saya cadangkan Cik lari rumah saja, jenuh nak tunggu approve tu,"

"Lari rumah?...No way,"Risya mengeleng tak setuju.

 "Ya,Saya pun tak setuju, Kau gila nak lari dari adik sendiri?..Kamu tahu tak tahap Overprotective dia tu macam mana?..Dah masuk level Stalker dah tau,"

Ya,teringat dulu zaman universiti dia tipu Ishraf balik lewat sebab nak study, Padahal nak pergi tengok wayang dengan geng lelaki. Nak dipendekkan cerita, Ishraf tiba di panggung wayang dengan 10 bodyguard..10 beb!, Nampak Overkan?, tapi itulah Ishraf. Sejak itu dia tak berani tipu adiknya lagi.

"So, sampai bila nak terus bertahan?,"tanya Jemima..

"Sampai bila harus ku bertanya..Firasat hatimu..,"Risya menyanyi dengan syahdu,Jemima ketawa dengan reaksi Risya itu.

Tiara cebik,budak berdua ni nak kena hentam ni, Orang tengah frust mereka boleh buat lawak bodoh pula.

"Orang Frust sebab putus cinta,Cik ni frust sebab adik sendiri,"

"Ah sudahlah, pergi buat kerja..Nanti Datin Sara nak test bajukan?,Dah siapkan baju tu,"Tiara bangun, Semakin dia biar memang tak buat kerja budak berdua ni.

25/9/2019

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now