Majlis Mid Year Collection PEARL Holding ke 6 tahun tiba juga,Semua staff dan planner bertungkus-lumus untuk pastikan Majlis berjalan lancar.Walaupun tukar tema last minit tetapi semua sudah lakukan yang terbaik.
Para tetamu mula memasuki dewan itu,Kali ini lain sedikit sebab ia dibuat di Hotel Grand Royal.Rakan-rakan, klien-klien PEARL dan golongan bangsawan hadir memeriahkan majlis.
Sebuah kereta Masseratti berhenti di depan pintu masuk Hotel.Tiara dan Ishraf keluar dari kereta itu.
Wah,terpegun Tiara lihat hotel itu...baru jalan nak masuk,belum masuk dalam lagi.Tiara memakai gaun labuh bewarna peace dan bermanik merah hitam.Tudungnya juga berwarna peach dengan batu mutiara di bahagian atas kepala seperti memakai cekak mutiara. Memang anggun sangat dengannya. Mereka menunggu Nenda dan Uncle Thoriq sebentar sebelum masuk.Vince kembali selepas parking kereta.
"Para Media, Pihak majalah dan fotographer sudah standby di atas,"Vince beri laporan berdasarkan maklumat yang anak buah lain sampaikan.
"Kamu jemput orang media yang selalu siarkan berita pasal Majlis kita ni kah?,"
"Ya,"
Tiara mengangguk saja.. Mesti mereka hairan bila majlis ni dibuat di tempat lain sedangkan dah 5 kali berturut Majlis ni dibuat di Hotel Abang Shafiq.
Kereta En Karim tiba,Hajah Sakinah turun dari kereta itu.Kenapa naik dua kereta?, Sebab Nenda mungkin akan pulang awal..Maklumlah orang tua tak nak duduk lama-lama di majlis, Penat.Selepas Kereta Nenda..Kereta Tan Sri Thoriq dan isteri pula tiba.
Mereka semua masuk bersama naik lif ke aras 2.Tiara sempat lihat sekeliling hotel..cantik hotel ni..elegan sangat.Aduh gugupnya rasa.
"Akak,ingat pesan Ishraf..sentiasa duduk dekat dan jangan ikut sesiapa..terutamanya lelaki tu,"Ishraf berkata perlahan seakan berbisik.
Tiara cebik..'Tahulah dik oii,dari di rumah,dalam kereta sampai masuk hotel asyik ulang benda sama.'Mereka tiba di dewan,Para media sudah bersedia dengan kamera masing-masing. Tiara pegang lengan adiknya bersikap tenang dan yakin ,Mereka berhenti di pintu masuk dewan beri peluang para wartawan mengambil gambar.Tiara senyum saja sekadar syarat. Selepas diumumkan ketibaan oleh pengacara majlis,mereka melangkah masuk ke dalam.Tiara perasan sesuatu..eh?.
"Adik,bukan kamu cakap tema Red blackkah?..kenapa ada lampu neon?,"Tiara berkata perlahan pelik. Ishraf diam.
"Tuan Ishraf tukar tema last minit lepas dapat tahu hotel ni milik..Er..orang tu,"Vince berbisik..Tiara terdiam,Dia mengetap.Mesti Ishraf dah menyusahkan Wahyu ni tiba-tiba tukar tema.
Mereka duduk di meja VIP hadapan sekali berdekatan pentas.Tiara terpegun lihat pentas yang gah bermacam lampu itu..mak aih berapa bajet buat semua ni?.
"Dik,Membazir eletrik hotel buat lampu-lampu ni,"
"Not my hotel,"Selamba saja Ishraf balas,Tiara cebik.dia nikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Tarmizi dari Hotel Grand Royal itu. Selepas itu Ucapan dari CEO PEARL Holding sendiri iaitu Tuan Ishraf Hakimi Bin Tan Sri Haikal. Tiara dengar saja adiknya berucap dengan yakin. Di majlis begini sajalah dia dapat lihat kematangan adiknya sendiri,kalau tak perangai macam budak-budak kerja nak cemburu dengan orang saja.
"Tiara,ni Hotel siapa sebenarnya?. Nenda macam pernah dengarlah nama hotel ni,"Hajah Sakinah bertanya sedikit.Tiara senyum.
"Nak tahu..Inilah hotel-,"
"I would like to thank the General Manager of Grand Royal Hotel Mr. Wahyu Iman for giving PEARL the opportunity to make this event a success here,"Ishraf berucap.
Tiara toleh...Oh pandai kamu berterima kasih walaupun tak suka Wahyu tu..Tiara senyum saja.
YOU ARE READING
OVERprotective
Non-Fiction'Siapa pernah ada Adik lelaki dalam dunia ni? ,Hampir semua ada. Tapi pernah ada tak adik lelaki yang protective tahap mega?. Mungkin setengah ada, Dan Ini Salah seorangnya. Tiara Mardhiah -Seorang Wanita yang hampir menjangkau 26 tahun, Usia lanjut...