Semalaman Tiara tak pulang ke rumah ,Ishraf mula risau dengan kehilangan kakaknya..Dia cuba kesan lokasi phone kakaknya tapi tak berjaya. Jangan kata lokasi,Signal nombor pun tak detect. Dia mengetap resah..Akak,Mana akak pergi ni?.
"Ishraf,"
Ishraf toleh kearah Nendanya.
"Bagaimana?,Dah berjaya call Tiara?,"tanya Hajah Sakinah turut risau keadaan cucu perempuannya tu.
"Tak dapat Nenda..Kakak tutup phone,"
"Kenapa dia menghilang tiba-tiba ni?,tak pernah-pernah dia buat perangai begini. Kamu ada buat sesuatu yang guris hati kakak kamukah?,"tanya Hajah Sakinah.
"Apa yang Ishraf buat?, Hubungan kami elok saja,"
"Yakah elok?, bukan kamu tolak Kakak kamu dari berkahwin dengan Wahyukah?. Mesti Kakak kamu sedih..Jangan-jangan dia dah kahwin lari dengan si Wahyu tu,"
"Hesh Nenda!,Apa cakap macam tu?. Tak kelakarlah, Kakak tengah hilang ni Nenda cakap benda mengarut begitu,"Ishraf tak senang dengar itu.
"Habis tu kamu nak buat apa sekarang?, Nak cari dia di mana?,"tanya Nenda.
Ishraf diam...Dia fikirkan seseorang.
*
*
Wahyu selesai bermesyuarat. Aduh penatnya rasa. Selagi tak habis projek di langkawi ni selagi tu dia tak dapat berehat. Wahyu mengeluh sambil tatap fail-failnya...Matanya lirik pada strap phone yang Tiara hadiahkan tu,dia senyum sedikit..Rindunya pada wanita tu...Dah 3 hari dia melamar Tiara, masih tak dapat jawapan lagi..Adakah Ishraf memang tak izinkan?.
Tiba-tiba dengar keriuhan di luar..Pintu terbuka dan Ishraf masuk ke dalam..Wahyu tersentak bila Ishraf muncul."Encik Wahyu,Maaf..saya tak sempat halang dia,"ujar Suri. Wahyu diam saja tatap Ishraf..wajahnya nampak tegang.
"Tak mengapa,tinggalkan kami Suri,"
Suri mengangguk dan beredar tinggalkan dua lelaki itu.Wahyu dekati Ishraf. Belum sempat dia buka mulut Ishraf terus mencekup bajunya dan tolak Wahyu hingga berlanggar meja..Wahyu terkedu dengan tindakan itu..
"Mana kakak aku?,"tanya Ishraf.
"Apa?,"Wahyu berkerut.
"Jangan nak buat bodohlah, MANA KAKAK AKU?!,"Ishraf tempik geram..penumbuk sudah bersedia,bila-bila masa saja bakal singgah pada wajah lelaki di hadapannya ni.
"Ishraf bertenang, Saya tak faham apa yang kamu cakap?.. Saya dah lama tak jumpa Tiara,"Wahyu resah.
"Jangan nak menipu aku ya,"
"Tak saya tak tipulah,Saya baru balik dari Langkawi semalam,Saya ada projek di sana 2 hari...Betul ni saya tak jumpa lagi Tiara hari ni,"Ujar Wahyu bersungguh-sungguh.
Ishraf diam saja..matanya menatap tajam mata Wahyu cuba mencari sebarang pembohongan, tapi lihat wajah Wahyu rasanya dia berkata benar...Jadi mana Kakaknya sekarang ni?..Dia mula resah.
"Kamu ada hubungi Kakak tak semasa di sana?,"tanya Ishraf.
"Tak,"
"Jangan bohong!,"
"Betul saya tak bohong, kali terakhir saya mesej Tiara masa ajak dia keluar haritu..tu saja..,"Kata Wahyu. Ishraf diam. Baju Wahyu perlahan dilepaskan..Dia mengeluh keras.
"Kenapa ni?...Kamu marah sebab saya lamar Tiarakah?..Saya tak-,"
"Kakak hilang,"
Wahyu terkejut..hah?!.Ishraf raup mukanya kasar.
YOU ARE READING
OVERprotective
Non-Fiction'Siapa pernah ada Adik lelaki dalam dunia ni? ,Hampir semua ada. Tapi pernah ada tak adik lelaki yang protective tahap mega?. Mungkin setengah ada, Dan Ini Salah seorangnya. Tiara Mardhiah -Seorang Wanita yang hampir menjangkau 26 tahun, Usia lanjut...