"Encik Haikal!," Seseorang menyapa. Haikal toleh ke arah suara itu, senyuman diukir.
"Berapa kali saya nak cakap jangan panggil Saya Encik. Panggil Haikal saja..Kita sebayalah,"Haikal mencekak pinggang buat-buat marah.
"Er,mana boleh begitu..Encik Klien saya,"
"Klien time berurusan saja,Kita berada di luar kawasan bekerja..jadi panggil Haikal saja ya Yusoff,"Haikal senyum menepuk bahu Yusoff.
Yusoff senyum mengangguk saja. Baru 6 bulan dia jadi sponsor kain pada lelaki ni tetapi dia begitu selesa dengan kliennya ni. Haikal seorang yang peramah dan begitu merendah diri..Walaupun hanya ada butik pakaian yang kecil tetapi sangat dikenali. Dia kagum dengan sikap dan kerajinan lelaki ni walaupun baru 3 tahun berhijrah dari kampung ke bandaraya Kuala Lumpur ni.Tapi sudah mampu buka butik pakaian sendiri walaupun kecil.
"Yusoff, kamu ada wanita yang kamu suka tak?,"Tanya Haikal ketika mereka berada di kedai makan.
"Hm?,Wanita..Er..kenapa tanya?,"Yusoff hairan. Haikal senyum sedikit.Yusoff diam meneka dari cara rakannya ni bertanya.
"Kamu suka seseorang kah?,"Teka Yusoff.Haikal senyum.
"Nak kata suka tu, Entahlah..Rasanya saya hanya kagum dengan dia agaknya..cara dia bekerja,"
Yusoff diam..Oh dah tangkap cintan rupanya. Patut tanya begitu...Tapi kalau pasal suka seseorang ni,terus dia teringat salah seorang klien perempuannya yang dia sudah lama berurusan.Klien perempuan tu saja yang dia rapat pun.Wanita yang cantik dan elegan,berdetak pula jantung kenangkan wanita itu.
"Yusoff,kenapa kamu?. Orang lain cakap pasal suka,orang lain yang termenung,"Haikal sengih lihat rakannya itu.Yusoff tersedar.
"Er,tak..tak ada apa,"Malu pula rasanya.
"Yelah Yusoff,ada benda saya nak cakap ni,"
"Kalau pasal wanita,saya tak boleh bantulah. Sebab saya pun tak pernah experience dengan wanita ni,"
"Bukan pasal tulah..tu mukadimah je,"Haikal sengih. Kelakar dia bermukadimah dengan tanya soal perempuan.
"Oh ok..Apa kamu nak tanya?,"Yusoff pelik.Haikal senyum.
"Saya ingat..nak buka syarikat lah,"
Yusoff tersentak..syarikat?.
"Saya dah 3 tahun buka butik ni..Rasanya duit yang saya kumpul mampu buka Syarikat sendiri...Saya nak kumpul aset untuk masa depan nanti,"Kata Haikal. Yusoff diam.
"Syarikat ya..Kamu yakinkah?. Dah tahu cara-cara nak kendali syarikat?," Yusoff teragak. Maklumlah orang jati kampung, Takut tak tahu apa-apa pasal dunia korporat ni.
"Saya ada belajar sedikit, Hasil membaca juga. Tapi saya perlukan bantuan juga untuk ajar saya,"Haikal senyum dan pandang Yusoff.
"Kamu ada syarikatkan?, Boleh bantu saya tak?,"
Yusoff diam, Memanglah dia ada syarikat..tapi syarikat tekstil biasa saja, tu pun ambil alih tugas bapanya yang sudah bersara...nak mula buka dari bawah memang susah sedikitlah.
"Tolonglah Yusoff, kamu boleh bantukan?..Saya jadikan kamu share partner saya jika syarikat ni berjaya," Haikal merayu. Yusoff mengeluh.
"Yelah, saya tak berapa pandai sangat tapi...Kejap,kamu dah jumpakah tempat nak dijadikan syarikat tu?,"tanya Yusoff.
"Erm..saya baru mencari..susah nak cari bangunan yang murah di sini,"
Memanglah,dah nama pun bandar. Tiada apa yang murah di sini..Bukan macam di kampung.
YOU ARE READING
OVERprotective
Kurgu Olmayan'Siapa pernah ada Adik lelaki dalam dunia ni? ,Hampir semua ada. Tapi pernah ada tak adik lelaki yang protective tahap mega?. Mungkin setengah ada, Dan Ini Salah seorangnya. Tiara Mardhiah -Seorang Wanita yang hampir menjangkau 26 tahun, Usia lanjut...