Tiara betulkan gaun pengantin customer itu,Dia selesai jahit manik.Customer ni cakap nak simple dan tak banyak manik sangat jadi senanglah sikit.Lepas ni nak buat jubah Nenda pula.Ketukan pintu buatnya toleh,Risya masuk ke dalam bilik jahitan itu dengan 2 gulung kain satin putih.
"Tia,Kenapa order kain satin sampai 2?..Dalam stor ada 2 gulung tak guna lagi,"
"Eh,Saya order warna creamlah..Mana datang warna putih?,"Tiara pelik,takkan dia silap key in warna kah?.
"Yakah?,Dalam invoice warna putih. Tu saya hairan baru minggu lepas hantar putih,yang ni putih lagi,"Risya serahkan invoice itu pada Tiara.
Tiara perhati kertas itu..Yalah..Alah silap key in pula..Apa dia nak buat dengan dua gulung kain satin ni?.
"Saya nak pakai warna cream..Nanti saya call Supplier suruh hantar warna Cream,"
"Yang 2 ni nak buat apa?,"
"Simpanlah nak buat apa lagi...Tengoklah kalau boleh tukar warna kita tukar,"Tiara kembali lihat gaun yang dia siapkan itu.
Risya duduk di kerusi.
"Yalah,how's dinner yesterday?...Tak ada perperangankan?,"Risya sengih..Tiara cebik.
"Alhamdulillah berjalan lancar..Nasib si Ishraf tu tak buat perangai sangat,just tak mau layan Wahyu saja,"
"Hm,kalian cakap pasal apa?..Takkan makan-makan saja?,"Risya teruja ingin tahu.Tiara diam sebentar.
"Tak ada benda menarik pun..Tipikal soalan, umur berapa?,anak siapa?,kerja apa?,duduk mana?,..Biasa-biasa saja tak ada yang menarik pun,"
Betullah,hanya makan-makan biasa saja saling mengenali.Nendalah lebih banyak bertanya soalan,Wahyu layankan saja."Lepas tu?,Takkan kamu dan En Wahyu tak ada perkembangan kut?,kalian tak berbual?,"Risya pelik.
"Buallah juga,tapi atas pemerhatian seseorang,"Tiara senyum..Ah haruslah ada orang yang jadi 'Jaga'.
"So how your impression on him?,"
Tiara diam,impression ya..Teringat segala kenangannya dengan Wahyu terus dia tersenyum.
"He's..not bad. Maksud saya,Mula-mula saya sangka dia macam lelaki-lelaki yang nak main-main tu. Tapi semakin kenal, saya dapat rasa dia ikhlas nak rapat dengan saya. Entahlah mungkin sebab saya tiada pengalaman dengan lelaki,Adakah ianya normal?,"Tiara terfikir..Adakah apa yang dia rasa ni cinta atau hanya sekadar terharu?.Risya senyum.
"Tiara,Jika kamu rasa kamu sukakan En Wahyu tu..Teruskan saja,Mungkin dia Mr.Right kamu?...Jika kamu selesa dengan En Wahyu teruskan saja mengenalinya,hati budinya...Perasaan cinta boleh datang nanti,"
Tiara diam...Ya dia mengaku dia memang selesa dengan Wahyu,cara layanannya,kata-katanya,keikhlasannya memikat hatinya. Tapi kenapa dia masih ragu-ragu untuk terima lelaki tu?..Apa yang dia takutkan?.
"Bagaimana Ishraf selepas tu?,Dia ada bebel pada kamu tak?,"Berbalik pada Ishraf pula,lupa terus pada Wahyu..Tiara mengeluh.
"Entahlah Sya,Lepas Wahyu balik saya cari dia,Sebab masa tu dia dan Wahyu ada berbual sesuatu di kawasan kolam renang..Saya cari dia tak jumpa. Rupanya dia tengah bertafakur dalam kolam,"
Lama jugalah Ishraf menyelam,Agak 3 minit macam tu..nasib dia timbul juga.Tiara memang dah sedia nak terjun kolam andainya Ishraf duduk dalam tu lebih dari 3 minit,takut adiknya lemas atau 'krem' dalam air saja.Siapa cakap dia tak sayang adik?.
"Mesti Tuan Ishraf Frustkan?..Yelah first time ada lelaki datang rumah,tapi terpaksa tahan sebab Nenda saja,"Risya sengih.
Tiara turut senyum..Memang pun,kalau tak ada Nenda rasanya memang Wahyu takkan boleh jejak kaki ke rumah tu.
"Saya tak tahulah kenapa dia tak suka sangat si Wahyu tu...Ishraf macam ada sembunyi sesuatu dari saya,"Tiara diam..Teringat kata-kata adiknya.
'Sebab dia anak-,'
Anak siapa?..Adakah Ishraf kenal keluarga Wahyu?..Tapi bagaimana?. Apalah yang Ishraf sembunyikan dari dia?.
*******************
Wahyu pulang ke kediamannya,Fuh penatnya rasa..Lepas meeting,jumpa klien pula..memang tak putus sibuknya tu."Wahyu,kamukah tu?,"Suara Datin Aira kedengaran di ruang tamu.
"Ya Mama,"
"Awalnya kamu balik?,Ingatkan pergi dating dengan girlfriend,"Datin Aira sengih lihat anak terunanya itu.
Wahyu senyum saja,sejak dia pulang dari Dinner rumah Tiara tu pelbagai soalan Mamanya tanya..Mana taknya dah 4 tahun membujang sejak dia putus tunang,tiba-tiba anak terunanya ni mula terbuka hati pada wanita kembali..Terujalah Datin Aira untuk mengetahui siapa wanita yang berjaya buka kembali hati anaknya ni.
"Wahyu tak sempat nak ke mana-mana pun Ma,Sibuk dengan meeting bagai,"Wahyu rungkaikan tali lehernya sedikit.
"Hm,bila kamu nak bawa wanita tu jumpa Mama dan Papa pula?,"Datin Aira senyum.
"Alah Mama ni,Macam tak kenal wanita tu siapa,"
Memang kenal pun...Tiara Mardhiah dari Butik yang buat busananya itu...Memang cantik orangnya,manis dan sopan, dia berkenan sangat..Tak sangka anaknya sendiri terpikat pada wanita tu.
"Memanglah kenal,tapi Mama nak juga berbual dengan dia lebih rapat.,Nanti ajak dia datang rumah ya,"Kata Datin Aira.
Wahyu mengangguk saja..entah bila pun tak tahulah,Dia dan Tiara pun belum declare apa-apa lagi..Ingat senang nak ambil hati si comel tu?..Tambahan lagi ada 'bodyguard' yang menghalang pula...Lambat lagilah Ma.
"Apa ni?,rancak je bersembang,"Datuk Yusoff turun ke bawah.
"Eh Pa,tak kerjakah hari ni?,"Wahyu pelik..Selalu Papanya balik lewat.
"Tak, Pa ada urusan sikit di luar...Berbual pasal apa ni?,"
"Tulah,Wahyu punya girlfriend tu..Mama suruh dia bawa wanita tu nanti makan malam di rumah kita pula,"Datin Aira senyum.Datuk Yusoff diam dan pandang Wahyu.
"Wanita tu Tiara Mardhiahkan?..Anak Arwah Tan Sri Haikal?,"tanya Datuk Yusoff.
"Ya betul,dialah tu,"Wahyu senyum teringat wanita tu...Girlfriend ya?,Nakkah Tiara jadi girlfriend dia?.
"Kalian betul couplekah?,"soalan Datuk Yusoff menyedarkan Wahyu.
"Mana ada..Er..Dalam proses nak kenal hati budi,dia pun dah boleh terima Wahyu...Slow-slowlah,"
Datuk Yusoff diam sebentar fikir sesuatu.
"Wahyu...Wanita tu ada adikkah?..Nama dia Ishraf Hakimi betulkan?,"
"Ya betul tu..Itu nama Adik dia..kenapa pa?,Pa kenalkah?,"Wahyu hairan.Datuk Yusoff diam lagi.
"Ishraf Hakimi,dia CEO baru PEARL Holding betul tak?,"
"Papa kenal Ishrafkah?,"Wahyu hairan..Jika difikirkan balik,Ishraf pun nampak macam kenal Papanya saja..Tapi apa hubungan mereka?.
Datuk Yusoff senyum saja dan mengeleng."Tak ada apalah...Tapi bagus juga jika kamu bersama dengan Kakak Ishraf tu..Teruskan gayat dia,Papa restu jika kamu nak kahwin dengan Tiara tu,"Datuk Yusoff beri restunya.
"Ish papa ni,Jangan mengarutlah..kami baru kenal kut,"Wahyu malu.
"Eleh nak malu pula,Zaman Papa dan Mama bercinta tak payah tunggu lama-lama..kalau dah suka tu masuk meminang terus..senang..Betul tak Ma?,"
"Betul tu Papa,Nak kenal hati budi berapa lama lagi?..Baik kahwin terus boleh kenal luar dan dalam terus,"Datin Aira menyokong suaminya..Datuk Yusoff ketawa saja.
Wahyu tunduk malu,Kalau dah Mama dan Papa bergabung ni memang dia takkan menanglah ,baik dia pergi sebelum kena lebih banyak lagi.
Datuk Yusoff lihat anak lelakinya sudah larikan diri...Dia senyum saja.Kepalanya fikir sesuatu.
'Ishraf Hakimi..Tiara Mardhiah..Tan Sri Haikal,'27 ogos 2021
*Next in 🇲🇾(InsyaAllah)
*⭐⭐⭐⭐⭐
YOU ARE READING
OVERprotective
Non-Fiction'Siapa pernah ada Adik lelaki dalam dunia ni? ,Hampir semua ada. Tapi pernah ada tak adik lelaki yang protective tahap mega?. Mungkin setengah ada, Dan Ini Salah seorangnya. Tiara Mardhiah -Seorang Wanita yang hampir menjangkau 26 tahun, Usia lanjut...