Tiara pandang lelaki di hadapannya itu,Macam mana boleh terserempak di sini?.Apa dia buat di sini sebenarnya?. Wahyu hanya senyum gembira lihat wanita tu..Dah 2 minggu tak jumpa,rindu betul dia pada si comel ni.
"Saya baru teringatkan kamu,tiba-tiba boleh terjumpa tengah Mid Valley ni..Adakah ini jodoh?,"
"Ish pleaselah tak habis-habis dengan jodoh,menyampah dengar,"Tiara cebik.Wahyu ketawa,seronok dia dapat usik wanita ni lagi.
"Kamu apa khabar?,dah dua minggu sejak Dinner di rumah kamu tu..,"
"Ok je,Ingatkan kamu dah give up," Yelah,sejak lelaki ni berbual dengan Ishraf terus tak nampak bayangan dah..Ingatkan dah pindah negeri lain.
"Maaflah,Saya sibuk sejak kebelakangan ni...Nak buka cawangan baru di Langkawi,selalu ulang alik ke sanalah,"Kata Wahyu..Tiara diam,Begitu ya.
"Kenapa?,Rindu sayakah yang tanya ni?,"Wahyu mengusik lagi.
"Mana adalah!,Saya cuma hairan kenapa kamu menghilang tiba-tiba..ingatkan Ishraf cakap apa-apa pada kamu dan kamu pindah negeri?..Jangan nak perasan pula,"
Wahyu senyum saja.
"Ya dia cakap sesuatu,tapi itu tak meruntuhkan semangat saya untuk rapat dengan kamu...Satu lagi..I miss you Tiara,There never a second that I don't miss you..Saya berkerja siang malam untuk habis cepat semata nak jumpa kamu lagi,"Kata Wahyu..Tiara diam.
"Kamu..tak rindu sayakah 2 minggu ni?,"Tanya Wahyu.
Tiara tunduk,wajahnya merah sedikit.
"Um...Saya..rindu kamu juga,"Tiara berkata perlahan.Tangannya meramas hujung bajunya malu dan gugup.
Wahyu senyum lebar dengar perkataan itu walaupun perlahan.jadilah tu sekurang dia tahu Tiara masih ingatkan dia. Berbunga hatinya sekarang.
"Kamu nak ke mana ni?,"
"Saya baru lepas hantar busana pada Customer,". Ya tiba-tiba dia jadi rider penghantar baju...Mid valley pula tu.Nasib customer bayar lebih.
"So kamu tak ada kerjalah sekarang ni?..Alang tu apa kata kita lunch bersama..Saya tak makan lagi ni,"Wahyu mengajak.
"Lunch?,"
"Yalah,takkan kamu masih nak tolak saya?...Saya dah dinner di rumah kamu,takkan tak nak lunch dengan saya?,"Wahyu buat muka comel mengharap.
Tiara diam teragak,..Selepas berfikir lama akhirnya dia setuju.
Sekali-sekala tak salah rasanya.Haraplah Ishraf tak tahu. Wahyu senyum gembira bila Tiara setuju."Jadi kita makan seafood nak?,saya teringin nak makan seafood,"
"Ikutlah,saya tak kisah,"Dia makan saja apapun.
"Jom kita ke Manhattan fish market,Saya belanja,"Wahyu senyum.
Mereka berjalan ke restoran itu,sempat Tiara hantar mesej pada Risya kata dia lambat sikit.Nasib tak ada appointment dah hari ni.
Manhattan fish market nampak lengang saja,Mereka masuk ke dalam cari tempat.
"Kita duduk tepi ya,"Wahyu jalan ke tepi,dia suka duduk di situ.
Tiara mengikut saja,Jarang makan seafood sebenarnya,dah lelaki ni teringin jadi dia ikut sajalah..Siapa tak nak makanan freekan?. Dia lihat ada 4 meja saja penuh,memang lengang sungguh,Mungkin sebab mahal.
Tiba-tiba matanya tertancap pada satu orang tak jauh dari tempat mereka...Tergamam dia bila perasan orang itu...ISHRAF?!!.
Ishraf turut terkejut melihatnya,tapi tak lama sebelum wajah terkejut tu berubah sekelip mata kepada wajah bengis bila lihat kakaknya bersama lelaki tu!.
YOU ARE READING
OVERprotective
Non-Fiction'Siapa pernah ada Adik lelaki dalam dunia ni? ,Hampir semua ada. Tapi pernah ada tak adik lelaki yang protective tahap mega?. Mungkin setengah ada, Dan Ini Salah seorangnya. Tiara Mardhiah -Seorang Wanita yang hampir menjangkau 26 tahun, Usia lanjut...