Bab 13 Bunga

71 11 1
                                    

Tiara perhati susuk tubuh seorang wanita yang tengah berjalan membawa bunga di luar butiknya itu,mungkin boyfriend bagi...Punya bosan dia perhati saja orang yang lalu-lalang sambil memikir apa yang orang-orang itu buat..Nasib kedainya berkaca tinted sedikit taklah orang luar lihat dia mengeliat atau menguap macam badak air. Hai perangailah,Macam mana nak kahwin?.

"Tia,Manik baru ni nak letak mana?,"Risya tunjuk plastik manik yang baru tiba itu.

"Letak tepi dulu,saya nak lihat manik jenis apa tu,"

Stok tiba setiap hari Khamis,Sekali masuk berkotak-kotak.Butiknya dipenuhi kotak yang besar itu.Malas nak kemas..dia ambil apa yang perlu saja untuk buat baju,selebihnya dia serahkan pada Risya dan Jemimah untuk kemas. Kadang tahan telinga juga dengar bebelan Risya bila ada kotak yang sudah dibuka tetapi tak dikemas. Staf sorang ni saja berani marah bos,tapi perduli apa dia.

Tiara belek design pakaiannya...nak buat baju sekejap saja,nak jahit manik ambil masa yang lama.Boleh juling mata dibuatnya. Sebab tu customer yang request banyak manik dia cas mahal. Nasib mak-mak Datin tak kisah sangat harga.

Bunyi pintu dibuka buatnya toleh,Eh ni wanita bawa bunga tadi. Wanita itu dekati kaunter dan berkata sesuatu pada Jemimah.

"Cik Tiara,Ada delivery untuk cik!,"Jemimah memanggil.

Tiara tersentak..hah?,Untuk dia?.Wanita itu dekati Tiara.

"Cik Tiarakan?..Ni untuk Cik,"Wanita itu serahkan jambangan bunga yang besar itu.

"Jap,siapa bagi ni?,"Tiara terkejut,Seumur hidup tak pernah dia dapat bunga dari sesiapa. Ada sebenarnya,tapi dari adik sendiri..itu tak kiralah.

"Ada kad di situ,Sila tandatangan sini,"

Tiara berkerut,tetapi dia turunkan tandatangan juga.Wanita itu beredar dari situ selesai kerjanya.

"Wah Tia!,Siapa bagi tu?..Punya besar bunga dia,"Risya kagum.Jambangan bunga yang bercampur itu begitu cantik.

"Rasanya Ishraf ni,dia saja selalu bagi bunga pada saya,"

"Takkan Ishraf bagi?,hantar delivery pula?,bukan dia selalu bagi in personkah?,"tanya Jemimah. 

"Yalah,lagipun apa motif dia nak bagi bunga tiba-tiba pula?, Bukan ada apa-apa pun,"Kata Risya.

Ya tak ya juga,Ishraf selalu bagi sendiri. Tiara belek bunga itu..cantik. Dia capai kad di bunga itu dan bukanya.

'May your days full of smile,Miss Tiara'

                                           Love Wahyu

Tiara terkelip..Wahyu?..Wahyu Imankah?. Apa pasal dia bagi bunga pula ni?.

"Wahyu?..Oh!,Lelaki spek Rayban tukah?..Wah!,So sweetlah dia bagi bunga,"Risya tergedik.

"Ini lagi tak ada ribut,tak ada apa,tiba-tiba bagi bunga. Apa motif dia?,"Tiara berkerut.

"Obviously,dia nak gayat kamulah tu. Tiara ada admirer..Awww,"Risya ketawa.Tiara tampar sedikit lengan Risya geram.Buat lawak pula minah ni!.

"Jangan mengarut, Saya tak kenal dia kut. Ingat saya dah rijek dia faham bahasa,rupanya tak,"

"Eh,kenapa rijek dia?..Dia hensem kut!,Kulit hitam manis,Tinggi lagi..Pakej TDH tu!,"

"TDH?..Apa benda tu?,"Tiara berkerut.

"Tall,Dark and Handsomelah,"

Tiara diam, Teringat pada Wahyu.Ya tak dinafikan lelaki tu memang kacak,Kulit sawo matangnya jadi tarikan para wanita. Ada jugalah pakej lelaki dia nak..Tapi, Kenapa dia rasa tak berminat dengan lelaki tu.Macam ada sesuatu yang cengkam hatinya supaya tak tertarik oleh lelaki tu.

"Tak tahulah Risya, Saya rasa tak patut untuk saya berkenalan dengan lelaki tu. Maksud saya,Kami baru jumpa dua kali dan tiba-tiba dia ajak saya keluar. Buat dia tu orang bahaya tak pasal saja,"Seram dia memikirkan.

"Hesy, janganlah fikir begitu. Cuba positif sedikit. Encik Wahyu tu saya nampak macam baik saja,Tengok cara dia layan Mak dia haritu. Baik je,Lemah lembut. Kalau Mak dia pun dia boleh layan elok tambahan lagi wanita-wanita lain,"Kata Risya.Tiara diam.

Bunyi pintu dibuka menamatkan perbualan mereka.

"Dahlah,tak nak fikir. Pergi layan customer,"kata Tiara. Dia letak bunga itu ke tepi. Kalau dibiarkan memang berbakullah pujian yang Risya keluarkan.

15/6/21
*Next in Monday(InsyaAllah)
*Jangan lupa vote⭐

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now