Bab 49

45 6 0
                                    

YS Textile, Tiara lihat bangunan itu. Dari semalam dia tak boleh tidur teringatkan cerita adiknya tu..Tentang apa yang berlaku pada ibubapanya..Sungguh dia tak boleh nak percaya walaupun dia tahu adiknya takkan menipunya. Tapi bila dengar dari sebelah pihak saja memang dia tak yakinlah,kalau silap jadi fitnah pula. 

Sekarang pagi-pagi lagi dia buat kerja gila terpacak di hadapan bangunan YS Textile ni. Apalah yang kamu cari ni Tiara?, Tak cukup lagikah cerita adik kamu tu?. Tiara mengeluh, Kalau Ishraf tahu ni memang bernanah telinga kena marah.

Dia berfikir sebentar sama ada nak masuk atau tidak,mundar-mandir dia di hadapan bangunan itu. Macam orang gila pula orang tengok dia.. Ah,lantaklah..Dia dah sampai sini masuk jelah!.

Dengan bacaan bismillah dia melangkah masuk ke bangunan itu..Gugup dia rasa,macam masuk kandang harimau pula. Kaki menapak menuju ke kaunter kerani.

"Um Maafkan saya,"

"Ya Cik,boleh saya bantu?,"Kerani itu senyum manis.

"Um..Saya..Er..Ini syarikat Datuk Yusoff Kan?,"Gugup dia berkata.

"Ya betul tu, Cik ni siapa?..Ada urusan dengan Datuk Yusoff?,"

"Bukan urusan sangat..saya cuma..,"Tiara diam. Nak bagi alasan apa ni ya?.

"Oh Datuk,"Kerani itu menyapa seseorang di belakang Tiara.

Tiara terkaku. Datuk?. Dia rasa seseorang dekatinya.

"Maizan, Nanti Datuk Jamal datang suruh dia terus ke pejabat saya ya,"Suara garau Datuk Yusoff kedengaran di belakang. Lantas Tiara toleh ke sebelah..Datuk Yusoff betul-betul duduk di belakangnya.

Datuk Yusoff yang tengah tulis sesuatu di kaunter terasa seseorang memperhatikannya, terus dia menoleh ke sebelah.

"Eh?,"Terkejut lelaki tua itu bila lihat Tiara di sebelahnya. Tiara ukir senyum sedikit janggal.

"Er..Datuk,"Walaupun gugup tetapi dia menyapa juga.

"Kamu ni..Tiarakan?. Apa kamu buat di sini?. Ini bukan tempat kerja Wahyu,"Datuk Yusoff pelik tetapi dia ukir senyuman juga.

"Er ya saya tahu..Maaf saya mengganggu Datuk,"

"Eh tak mengapa, Apa kamu buat di sini?, Kamu perlukan sesuatukah?,"tanya Datuk Yusoff. Tiara diam sebentar..dia tarik nafas perlahan.

"Saya...Saya nak jumpa Datuk sebentar,"

"Jumpa saya?..Kenapa?," Pelik.

"Um...Saya nak tahu hubungan Datuk dengan Ibubapa saya,"Tiara straight to the point. Terkedu Lelaki itu mendengarnya.

"Mari ikut saya,kita berbual dalam pejabat saya,"Datuk Yusoff beredar.

Tiara diam..perlukah dia ikut?..Ah,dia dah sampai sejauh ni..Maafkan Akak Ishraf. Dia jalan mengikut Datuk Yusoff. Office berada di tingkat 4. Khas untuk management saja. Datuk Yusoff perlawa Tiara masuk ke bilik kerjanya. Besar, Mata lirik sekeliling..penuh dengan gambar kain dan carta..Mata tertumpu pada satu gambar..Gambar Wahyu memakai baju korporat berlatarbelakangkan Hotel Grand Royal.Hensem..

"Itu gambar Wahyu masa dia mula-mula buka Hotel ni,"Datuk Yusoff menegur. Tiara toleh pada Datuk Yusoff di sebelahnya.

"Wahyu seorang anak yang baik dan berdikari, Dia satu-satunya kebanggaan Uncle. Dia tak pernah minta bantuan Uncle atau siapapun..Dia berusaha sendiri hingga dia mampu buka Hotel diusia muda,"kata Datuk Yusoff.Tiara senyum.

"Mesti Datuk sayangkan Wahyukan?," Yelah anak tunggal mesti jadi kesayangan Ibubapa. Datuk Yusoff senyum.

"Dia ingatkan Uncle pada seseorang,"

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now